Pintasan ke kandungan utama

Blog / Arkib / EasyCapture - Perisian mengambil screenshot untuk blogger

EasyCapture - Perisian mengambil screenshot untuk blogger

Contoh screenshot yang diambil menggunakan perisian EasyCapture

Kepada blogger, rasanya selalu memasukkan gambar ke dalam entri masing-masing, kan? Tapi kebarangkalian untuk gambar tu diedit terlebih dahulu menggunakan perisian editor gambar adalah tinggi, berdasarkan pengalaman aku sendiri dan apa yang aku lihat pada kawan-kawan aku. Leceh kan nak kena resize, crop bahagian mana yang kita nak dari hasil screenshot(guna kekunci printscreen, hehe) dalam Adobe Photoshop, contohnya.

Ni aku nak kongsi satu perisian percuma yang boleh meringankan beban, menjimatkan masa, dan mengelakkan diri kita dari menggunakan perisian cetak rompak seperti Adobe Photoshop sekadar untuk crop gambar, haha. Perisian tu dinamakan EasyCapture. Dari nama perisian pun kita dah boleh agak yang menda alah ni senang nak guna, hehe..Jadi, disebabkan terlalu senang nak guna, aku malas nak bebel panjang-panjang kat sini. Boleh terus muat turun perisian tu, tapi untuk pengguna Windows sahaja. Dan sila pastikan PC masing-masing sudah dipasang dengan Microsoft .NET framework 2.0 terlebih dahulu.

Kemaskini
Persoalan sama ada perisian ni boleh dipasang dalam ubuntu Linux dengan menggunakan Wine, belum sudah dapat dipastikan. Perisian ini sudah dicuba dan berjaya digunakan di dalam ubuntu linux dengan pertolongan perisian sokongan The Wine(Terima kasih Encik MelayuBuntu). Encik Novatech pula mengatakan The GIMP boleh digunakan untuk mengambil screenshot. Ada di bahagian File>Acquire>Screenshot.

p/s: Aku rasa dulu pernah terbaca entri dalam blog tempatan tentang perisian ni, tapi aku dah terlupa sebab dah terlalu lama. Jadi kalau ada sesiapa yang tahu/pernah jumpa entri asal, sila maklumkan di ruangan komen supaya aku boleh letakkan kredit. Terima kasih.

Kredit pada saudara MK dari Sembang Komputer. Rupanya dari blog dia, huhu, pelupanya aku..Terima kasih Khairul!

Kemaskini - Beberapa perisian yang hampir serupa yang telah digunakan oleh segelintir pembaca:

Sekian dulu dari aku, salam…



17 respon untuk entri “EasyCapture - Perisian mengambil screenshot untuk blogger”

  1. ikoko (#)

    aku guna picture resizer..

    tapi picture resizer mengurangkan kualiti gambar.. em.. last-last, aku guna adobe photoshop semula untuk resize gambar.

    picture resizer juga takbleh buat screenshot. uhukz..

    thanks perkenalkan software ni..


  2. khairul (#)

    um aku pernah buat reviu pasal EasyCapture ni dulu.

    Memang bagus sebab fungsi tabbed window die. cuma kualiti imej yang ditangkap (terutamanya kalau resize jadi kecik) kurang sket. aku still lagi dengan FastStone Capture skang neh


  3. Icednyior (#)

    I skrang pakai Screenshot Capture, leh resize, crop, highlight dan tambah text. Link


  4. Bat (#)

    @ikoko: sama-sama cikgu, hehe..

    @khairul: Aku dah kemaskini entri ni, terlupa la bro, sori, hehe.

    @Icednyior: Aha, terima kasih sebab kongsi link tu. =)


  5. ikram_zidane (#)

    aku lagi suka guna screengrab.. http://www.screengrab.org/


  6. Bat (#)

    @ikram_zidane: Aha, jenis addon untuk firefox. Terima kasih ^_^

    p/s: Aku rasa entri ni kena kemaskini, sebab nak masukkan perisian-perisian yang pembaca guna.

    Jadi kalau ada perisian lain, jangan lupa kongsi. =)


  7. pengodam (#)

    Bat aku guna Screen Hunter ko bolek capture dengan hanya but kunci pintas print screen kat papan kunci PC. ada 3 opsyen yang biasa tangan manusia guna:- crop,capture screen dan tetingkap yang aktif dan yang best siap ada sound yang agak menyemak seperti bunyi kamera. ok just nak share geng. bat jangan percaya dengan politik petukaran link antara Blogger. kasi link kat member atau blog yang kita suka sudah, senang kau senang member kau dan mudahkan pembaca kau. kasi kat orang yang tak reti berterima kasi kelak kau sakit hati lepas tu maki maki hehehe. ok thank untuk entri ni banyakkan program kat pertition ketiga aku, kalau kau jumpa untuk uBuntu leh kongsi tapi pastikan free heheh.. Selamat


  8. novatech (#)

    untuk ubuntu/linux boleh guna gimp untuk grab certain area untuk dijadikan screenshot. ada kat
    File>Acquire>Screenshot

    tapi aku biasa tekan je print screen tu abis cite, pastu manual la edit pakai apa apa image editor


  9. xeRo (#)

    aku guna Websnapshot dan Webkut. dedue aplikasi Adobe AIR..


  10. awqi_zar (#)

    mmm..
    kesemua screenshot yg ade kat blog ak pakai FireShot..sejenis addon utk Firefox..kelebihan bole crop gambar,bbuh text,bbuh arrow ker dan mcm2..hehe..bole save screenshot dlam format png,jpeg dll..dan senang nak capture screeshot..right click dan pilih nak capture keseluruhan page (full page) atau page yg nampak jek (page dlm windows jek)..


  11. melayubuntu (#)

    bro…aku dh try dlm ubuntu gune wine…
    so far no prob…rojer!


  12. Wizurai (#)

    aku guna Fastone Capture jugak…
    ada aku citer dlm blog aku…


  13. Bat (#)

    Baik, aku dah kemaskini entri ni, terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang membantu! :D


  14. Pena Menari (#)

    saye gune HoverSnap..

    tapi tengok softwares lain lagi bes siot esp the one ikram’s using.. i might wanna try that out later..

    gr8 post lah bat!! best tengok ape orang lain gune!


  15. pengodam (#)

    thank bat hang dah buka satu topik yang boleh buat orang keluarkan suara yang diorang pakai apa untuk tujuan yang sama. ko tengok lagi sekali ko buat orang berbincang secara terbuka kat sini. bagus-bagus. itu sangat kool. boleh juga menambahkan koleksi software percuma orang lain dan aku juga


  16. Bat (#)

    @Pena Menari dan Pengodam: Err, best kan diskus2? huhu..Tak sangka sebenarnya yang entri ni boleh ajak orang lain berbincang..


  17. azwan (#)

    untuk keseluruhan web page, aku guna ni
    http://websitescreenshots.com/

    untuk sebahagian dan edit aku guna photoscape, tapi aku tak url lah bat


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen