Arkib

*Sebahagian screenshot dari muka hadapan e-majalah ubuntu karya Zul melayubuntu

Tahniah aku ucapkan kepada Zul kerana berjaya menerbitkan sendiri e-majalah setebal 27 mukasurat tentang ubuntu linux dalam bahasa Malaysia. Boleh dikatakan kewujudan e-majalah ini sebagai satu titik permulaan dalam menjadikan ubuntu mendapat hati di tempat pengguna komputer di negara kita(jadi kuranglah sedikit isu penggunaan Windows XP versi lanun).

Baik, cepat pergi muat turun!

Terdapat 3 cara untuk memuat turun e-majalah ni, iaitu melalui savefile, Box.net, atau baca secara online. Lepas tu jangan lupa baca dan ucapkan terima kasih kat penulis :). Aku dah baca, dan dengan senang hatinya aku nak buat beberapa ulasan tentang e-majalah ni. Ehem ehem ^_^..

Apa yang menarik?

  • Design yang boleh dikatakan hampir serupa dengan majalah sebenar. Mana belajar ni? hehe, sungguh berwarna warni dan menarik. Syabas!
  • Isi kandungan yang menyentuh tentang pengenalan kepada ubuntu, ulasan tentang ubuntu versi baru iaitu hardy heron, perkakasan asas untuk ubuntu, cara-cara mendapatkan CD ubuntu(Sangat berguna), dan beberapa lagi perkara asas yang perlu diketahui oleh pengguna baru.
  • Memuatkan pengalaman penulis sepanjang menggunakan ubuntu.
  • Turut menyentuh mengenai perisian asas yang dimuatkan di dalam ubuntu.
  • Mempunyai senarai rujukan arahan ketika menggunakan terminal.
  • E-majalah ni percuma. Tak payah bayar pun kalau nak muat turun.

Kekurangan? Rasanya perlu digantikan dengan perkataan CADANGAN.

  • Meletakkan isi kandungan atau TOC selepas muka hadapan.
  • Menggunakan nota kaki supaya tampak lebih menarik dan senang untuk dibaca.
  • Saiz e-majalah ini perlu dikecilkan sedikit. Saiz cadangan = kurang dari 10-15 Megabait.
  • Maklumkan kewujudan e-majalah kepada Majalah PC terbitan karangkraf. Biar satu Malaysia tahu!
  • Buat ruangan untuk soalan yang diajukan pembaca di keluaran akan datang.
  • Sediakan banner yang boleh diguna pakai oleh para blogger untuk diletakkan di blog masing-masing.

Pendapat aku

Tak semua benda yang percuma tak berkualiti. Contohnya? Kebangkitan Komuniti Sumber Terbuka(terutamanya ubuntu) dan kewujudan e-majalah ni. Syabas lagi sekali Zul. Kepada para pembaca, sila berikan respon anda mengenai majalah ini dengan menghubungi Zul sendiri demi memastikan tahap kualitinya dapat ditingkatkan.

p/s: Tengah tunggu CD ubuntu tak sampai-sampai lagi. Minggu depan agaknya baru boleh dapat.

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh Bat

Laman web penulis : http://www.infomalaya.com

Bat atau nama sebenarnya, Mohd Huzairy ialah seorang guru pelatih sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur. Tiada apa-apa yang menarik mengenai beliau, kecuali beliau suka tidur secara berlebihan dan kadang-kadang tidak tidur terus semalaman. Beliau merupakan ketua editor di infomalaya dot com.

Sudah ada 8 respon untuk entri “E-Majalah ubuntu versi pertama siap sedia untuk dimuat turun”

  1. Komen dari melayubuntu · May 6, 2008 @ 2:45 pm

    Waaa..Bat, Terima Kasih banyak2 sebab review+ulas ttg emajalah aku kat sini.
    Terharu plak aku..huhuhu..
    Best gak ko nyer cadangan tuh. AKu xterpk plak hal-hal mcm 2 buat masa ni.
    Hmm…Nmpaknya banda bnda bleh di ubah dalam edisi ke2 pasni
    Thanks skali lg bro!

  2. Komen dari Bat · May 6, 2008 @ 4:31 pm

    @melayubuntu: Err, sama-sama. Tapi takda apa la sangat reviu aku ni kalau nak dibandingkan dengan masa yang hang guna untuk buat majalah tu. Bukan kejap nak siapkan tu.. ^_^

  3. Komen dari Wizurai · May 6, 2008 @ 11:10 pm

    baguih ni…
    tunggu pc kembali ke rumah baru aku download…

  4. Komen dari Pena Menari · May 7, 2008 @ 4:54 am

    wahh, ni yang semangat ni nak belajar ubuntu!! cayalahhh!!

    dah lama sgt CD tu dok atas cpu..hopefully leh install soon!!

    thanks bat and melayubuntu for this gr8 stuff!!

  5. Komen dari alip · May 7, 2008 @ 1:52 pm

    yeaahhh!! hidup Melayubuntu…
    rasanya ramai la orang pasni yang nak pakai Ubuntu kan.
    biasa org pakai xp je
    bila lagi nak modenkan pemikiran org kite..
    mekasih

  6. Komen dari Bat · May 8, 2008 @ 10:45 am

    Owh, sama-sama..Sekadar membuat hebahan, hehe..

  7. Komen dari aman · May 8, 2008 @ 5:20 pm

    wah..dah kuar versi penuh yerk..nak dload jap.. :D

  8. Pingback dari E-majalah ubuntu made in malaysia | Coretan Sang Cencorot · May 12, 2008 @ 6:51 pm

    [...] to Bat infomalaya* nuffnang_bid = “ef3a6a4ca3664366975470cae205624b”;   - Leave [...]

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.