E-fiqh

Salam Sejahtera semua, setelah lama tidak menulis, saya kembali lagi. Peperiksaan telah tamat beberapa hari lalu. Doakan kejayaan saya. Masalah internet di rumah, kabel dicuri mungkin. Ini menyebabkan kesukaran untuk melayari internet.
E-fiqh, satu laman web yang diwujudkan oleh Majlis Kebajikan Keluarga Kedah Mesir. Merupakan portal soaljawab agama online yang dikendalikan oleh Muhammad Aidil Azwal Zainudin dan beberapa rakan seperjuangan. Timbulnya portal ini adalah kesinambungan daripada kuliah online yang dipancarkan keseluruh dunia setiap hari kecuali Jumaat. Boleh dapatkan jadual pengajian di Portal Utama Majlis Kebajikan Keluarga Kedah Mesir.
Jika anda mempunyai soalan, bolehlah hantar ke sana untuk disemak dan dijawab sebagaimana yang ditinggalkan ulama dulu yang jauh dari jumud dan mempermudahkan hukum. Soalan-soalan yang ditanya mungkin mengambil masa untuk dijawab, ini kerana memerlukan rujukan yang tepat dan jawapan yang memuaskan untuk anda. Jangan malu-malu untuk bertanya.
Portal ini dibangunkan oleh Pelajar dari Negeri Kedah, Malaysia, yang menuntut Universiti Al-Azhar Mesir untuk dikongsi bersama. Untuk maklumat lanjut mengenai sila layari e-fiqh.
Fahmishah (#)
June 8th, 2008
sumber2 islam semakin meluas di internet
cencorot_91 (#)
June 9th, 2008
owh!
bagus laman web ni..
boleh la aku nk tnye hal2 agama tanpa rasa malu..hehe
arynet (#)
June 14th, 2008
Ya. Mungkin ini sumbangan dari pelajar untuk semua.. jadi kita perlu meriahkan suasana..