Arkib
Salam sejahtera buat semua. Aku dengan suka hatinya ingin mengajak para pembaca khususnya bagi mereka yang berminat untuk belajar dan berkongsi pengetahuan tentang css dan xhtml, turut serta dalam forum cssmalaya. Dibangunkan dengan bbpress, dengan harapan ianya dapat mengajak para ahli mengingati tag-tag asas xhtml, kerana selalunya kita cuma klik dan klik butang yang disediakan di dalam forum ketika menghantar pos.
Medium disampaikan dalam bahasa Malaysia, tetapi terma-terma penting tak perlulah dialih bahasa, nanti pening pulak jadinya. Dan, untuk memudahkan lagi penggunaan forum cssmalaya, aku dah bahagikan kategori kepada 5 bahagian utama iaitu:
- Pengumuman - Berita dan sebagainya.
- Tutorial dan info - Tutorial dan info mengenai css dan xhtml.
- Kaunter Pertanyaan - Ruangan untuk bertanyakan penyelesaian masalah berkenaan css dan xhtml.
- Request Tutorial - Permintaan ahli untuk menyatakan tutorial yang diinginkan. InsyaAllah para ahli yang tahu dan berkelapangan akan cuba memenuhi permintaan.
- Mencari Freelancer? - Kredit pada Xero di atas idea. Khas untuk mereka yang memerlukan khidmat freelancer untuk menyiapkan kerja berkenaan laman web.
Seterusnya, tak lupa juga penghargaan pada saudara awqi_zar(kerana sudi menaja domain cssmalaya) dan Amanz(Di atas slogan cssmalaya - CSS untuk semua).
Sebenarnya forum ni dah wujud 2 bulan lepas, sebab tu dah ada beberapa ahli lain yang dah daftar. Diharap sesiapa yang ambil kisah tentang forum ni dapat menghebahkan info tentang kewujudan cssmalaya.
Sekian, wassalam ^_^
Entri sebelumnya « Msjbox Versi Terbaru
Komen dari pengodam · June 9, 2008 @ 11:22 pm
Bat niat bagus dan aku harap banyak aku dapat belajar disana nanti. Cuma satu dan hanya satu, USAHA YANG BERPANJANGAN itu sahaja. Aku faham penglibatan yang tak putus dan banyak dapat membantu perkembangan sesebuah comunity blog,forum atau apasaja, tapi jika tak ada? apa yang bakal kau lakukan? just jangan putus. satu lagi berapa coz maintain cssmalaya ni pula? mungkin sudah sampai masa ko minta tolong kawan-kawan lain. sorry bat agak pedas cuma aku tak mahu jadi seperti infomalaya dimana penglibatan penulis lain tak seperti di harapkan dan aku kesian tgk ko yang tak cukup tangan. aku juga ingin berkongsi tapi aku tak diajak untuk berbuat demikain munggkin aku tak pakar dan terkenal dikalangan blogger superstarmalaya.
Komen dari Bat · June 10, 2008 @ 12:04 am
@pengodam: Pasal usaha yang berpanjangan tu, aku harap sangat la, boleh teruskan jugak sampai bila-bila walaupun aku selalu cakap yang masa aku cuma tinggal setahun setengah, lepas tu aku dah mula jadi cikgu kat sekolah. =) Kalau boleh aku nak mintak posting kat sekolah pedalaman..
Sebab tu aku buat konsep terbuka kat blog ni(nanti ada la jugak orang yang sanggup teruskan blog ni), sapa-sapa yang berminat dan berani nak jadi penulis infomalaya, dipersilakan turut serta. Sila emel aku kalau berminat.
Pasal cssmalaya, kos tu tak jadi isu, domain awqi_zar dah sponsor, hosting lak guna hosting infomalaya, jadi takdalah banyak sangat nak keluar duit. =)
Komen dari asx · June 10, 2008 @ 12:01 pm
Cari freelancer ? . Boleh lawat laman http://asx.zerodeuxsix.com
Komen dari Bat · June 10, 2008 @ 9:23 pm
@asx: Owh, dah pernah pergi =) hehe..Tapi silent reader ja, huhu…Kantoi lak.
Komen dari ikram_zidane · June 10, 2008 @ 10:33 pm
dah launch jugak.. tahniah2…
tapi nape tak design sendiri, guna default template je ?
Komen dari Bat · June 10, 2008 @ 10:53 pm
@ikram_zidane: Terima kasih Ikram. Design dah ada, tapi sekadar mockup. Tunggu dah ramai orang skit, baru buat agaknya, insyaallah. ^_^
Komen dari razifmustapha · June 10, 2008 @ 11:34 pm
aku kalao godek2 CSS ni tak lebih dari 2 jam, pastu mesti kepala aku berdenyut, pening pastu tido………….
Komen dari Junaidix · June 11, 2008 @ 10:41 am
ooh.. aku baru perasan ada logo Msjbox kat sini.. huhu.. terharu nyer..
Komen dari asx · June 11, 2008 @ 2:14 pm
“@asx: Owh, dah pernah pergi =) hehe..Tapi silent reader ja, huhu…Kantoi lak.”
Sebut pasal silent reader , web tuh mostly one day more than 100 hits , tapi i never who they are .haha . Rasenye sbb takde blog kot . Haha .
Komen dari asx · June 11, 2008 @ 2:15 pm
*i never know who they are . typo di situ . =)
Komen dari Bat · June 11, 2008 @ 9:39 pm
@razif: Owh, kalau pening, makanlah panadol. Ok2, css ni yang peningnya bila kita tak faham lagi konsep dia, aku rasa kalau dah faham konsep, mesti senang.
@Junaidix: Hehe, sokonglah produk buatan tempatan. =)Lepas ni aku nak taruk lagi laman-laman web yang aku rasa orang patut tau.
@asx: Aha, cuba pasang widget MyBlogLog, mesti dapat tau sapa yang pergi sana. =)
Komen dari aman · June 14, 2008 @ 6:33 pm
huhu..slogan aku tue..