Arkib


Pernah dengar CSS Naked Day? Kalau tak pernah, 9 April yakni hari ini merupakan hari memperingati betapa pentingnya CSS dalam pembangunan web. Masuk tahun ni, dah 3 tahun acara ini dijalankan.

Setiap peserta dikehendaki membogelkan laman web/blog masing-masing dari CSS. Hasilnya, laman web berkenaan akan kelihatan togel dengan apa-apa style dan grafik(kecuali gambar yang dimasukkan dalam HTML atau entri). Boleh lihat contoh laman web peserta di sana.

Apa-apa pun, rasanya infomalaya dot com tidak menyertai acara ini pada tahun ini. Lagipun tema blog ni baru guna 3 hari, sayangnya nak biarkan dia togel, hehe..

Jadi, kepada yang berminat, bolehlah sertai mereka di sana dengan mengisi borang pendaftaran.

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh Bat

Laman web penulis : http://www.infomalaya.com

Bat atau nama sebenarnya, Mohd Huzairy ialah seorang guru pelatih sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur. Tiada apa-apa yang menarik mengenai beliau, kecuali beliau suka tidur secara berlebihan dan kadang-kadang tidak tidur terus semalaman. Beliau merupakan ketua editor di infomalaya dot com.

Sudah ada 6 respon untuk entri “CSS Naked Day ‘08”

  1. Komen dari kita · April 9, 2008 @ 11:28 am

    togel sama dengan bogel erk…sopan bahasa togel ni :)

  2. Komen dari Pena Menari · April 9, 2008 @ 1:05 pm

    Nak join tahun-tahun sebelum ni tapi takde website, kali ni sebab dah ade jadi saye pon join jugaklah sapot website nudity hoyeh

  3. Komen dari affuan · April 9, 2008 @ 6:30 pm

    bat, pakai la dropdown admin menu - plugin wp terhebat di alam semesta untuk wp 2.5. haha.

  4. Komen dari awqi_zar · April 9, 2008 @ 8:17 pm

    haha..xpyah la bat..ak tgk theme IM skang nie pun dh togel bak kate kita..haha..

  5. Komen dari ikram_zidane · April 16, 2008 @ 10:02 am

    bukan css la bat.. xhtml ngan semantic markup la.. ^_^

  6. Komen dari Bat · April 17, 2008 @ 10:28 am

    @kita: hehe..Indah kan bahasa?

    @Pena Menari: ahaha…

    @affuan: aha, nanti aku tengok dulu. Tenkiu

    @awqi_zar: dah togel ek? huhu..Aku sengaja minimakan design tema kali ni, biar cerah sikit mata tu nak baca entri, hehe..

    @ikram-zidane: aha, tenkiu sebab maklumkan, css untuk styling, dan xhtml untuk structure. Dan penamaan ID dan classes perlulah semantik supaya senang dikemudian hari. ^_^

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.