Arkib untuk kategori ‘Tip & Trick’

Pada kali ini, aku cuba huraikan bagaimana menjadikan bayang pada teks blog. Disebabkan ramai yang bertanya bagaimana mahu membuat demikian. Untuk pengetahuan, aku tidaklah pakar, cuma sekadar untuk diri sendiri dan membantu blogger baru yang inginkan kelainan.

Shadow - Mozilla 3.6

Gambar 1- Shadow - Mozilla 3.6

Klik untuk selanjutnya »

Bagi yang sudah mencuba perisian Microsoft Office 2010 beta, pasti mengagumi interface yang ada padanya. Sangat cantik dan tersusun pada pendapat editor namun bakal mendatangkan sedikit kesukaran bagi yang melompat terus daripada Microsoft Office 2003 ke 2010 tanpa melalui 2007. Untuk mereka yang senantiasa melayari internet menggunakan Mozilla Firefox tapi inginkan antara-muka pelayar internet seperti Office 2010 dek kerana terpaku akan kecantikannya. Silalah gunakan tema TwentyTen oleh Devianart!

Berikut ialah sreenshot pelayar Mozilla Firefox dengan menggunakan tema TwentyTen. Cantik bukan?

Berikut ialan contoh screenshot Microsoft Office Word 2010 sebagai perbandingan.

Klik pada imej-imej di atas untuk membesarkan.

Ya, tajuk itu merepek. Walaupun aku benci sounds like Mael dan Khai, aku terima jua hakikat bahawa mereka punya pengaruh. Mungkin, penulisan gay ++ amat diminati oleh pelawat di Malaysia.

*muahaha.

Ok, sebelum Mael ngan Khai hangin dua badan, meh aku sambung tutorial tidak ikhlas ni. :p

Kau orang semua tahu yang content is king, not the design. Ini berikutan kegilaan Bat terhadap konsep minimalis dua tiga menjak ni. Aku ikut saja. Kau kan Bos.

*aku pula, big boss! kui3.

Ok, sebelum Bat tempeleng aku – kita sambung. :p

Design juga penting, namun untuk mencampak masukkan semua fungsi terbaek, itu adalah kerja susah. Nasib baik ada manusia yang suka menghadiahkan tema hebat (dan percuma) yang mesra SEO seperti Thesis. Kegilaan untuk menjadi femes dan mendapat backlink[s] cara mudah (dan berkekalan) juga menguntungkan blogger lain dengan lahirnya plugins superb seperti yang dimuatkan di dalam entri Plugin Wordpress yang perlu ada bila aku setup blog baru. Kalau siapa-siapa tahu ada lagi yang terbaek, sila tambah. Itu hanya essentialbasic untuk lebih memudahkan dan merancamkan(?) blogging activity.

Aku takmo ulas tentang submit men’submit artikel ke Digg, Propeller, meta marketing, video marketing, bla bla bla. Article submission bagi aku adalah cara murahan untuk si pemalas dan belum tentu berkesan. Kalau berkesan pun, sesuai digandakan dengan teknik meta marketing. Tiada salah satu, rebah lah ia. Video marketing? Rajin kew?? Teknik-teknik di atas mungkin sesuai untuk berita-berita sensasi, gosip, artikel hangat dan berlainan dari biasa. Tidak heran pun kalo 1000 orang Digged. Penduduk bumi yang baca kau orang punya artikel cuma ribu-ribu je ke? Nonsense la..

*walaupun aku kutuk cara-cara di atas, aku masih buat. cuma, last step. maknanya, tak buat pun takpe.

Jadi, step pertama aku buat adalah menulis sendiri, menaip semula + edit- meng’edit artikel-artikel masyuk (bukan copy paste taw..) yang aku fikir boleh dimanfaatkan oleh pelawat/ pembaca, dan pastikan aku optimize‘kan ia dengan plugin wp paling best atas muka bumi, All In One SEO Pack (AIOSEOP).

Sedikit tips, untuk memvariasikan artikel bila Google crawl blog/ web kau orang, tajuk utama entri dan permalink tidak perlu sama. Contoh, aku menulis artikel tentang Aging Skin: Prevention & Protection. Tajuk entri nampak menarik dengan penggunaan “&” instead of “and”.

Tajuk Sebenar: Aging Skin: Prevention & Protection

Permalink: http://affuan.net/2009/aging-skin-prevention-and-protection/
Contoh Penggunaan Plugin Wordpress All In One SEO Pack (AIOSEOP) - Affuan.net

Contoh Penggunaan Plugin Wordpress All In One SEO Pack (AIOSEOP) - Affuan.net

Itu satu variasi. Untuk optimization, just leave it to AIOSEOP. Aku variasikan ia setapak lagi dengan mengubah menjadikannya langsung tidak sama dengan Tajuk Sebenar dan Permalink. Keyword[s] utama tetap dikekal, cuma perlu dibalik-balikkan.

Contoh Penggunaan Plugin Wordpress All In One SEO Pack (AIOSEOP) - Affuan.net

Contoh Penggunaan Plugin Wordpress All In One SEO Pack (AIOSEOP) - Affuan.net

Jika kau orang sudah biasa guna plugin AIOSEOP ni, mesti ramai yang meraban bila menulis deskripsi entri di dalam kotak description tu kan? Bagi aku, dari dibiarkan kosong atau menambah variasi/ mengukuhkan lagi keyword[s] satu-satu entri, baik aku pukul muat dengan meletakkan semua keyword[s] utama dalam kotak deskripsi sama seperti yang di dalam kotak keywords. Jika pening lalat, sila rujuk gambarajah. Sila klik gambar untuk menjadikan ia gambaGajah.

*ngahaha.

Mana nak dapat Keyword[s] tu sumer? Ok, soalan yang bagus. Menyusahkan aku je nak terus menulis. Adei la. Dish3! Makan penampo sebijik sorang. :p

  1. Retract dari artikel

    Contoh Penggunaan Keyword Tool External Google - Affuan.net

    Contoh Penggunaan Keyword Tool External Google - Affuan.net

  2. Reka-reka, guna common sense. Kalau tulis & publish artikel tentang makanan kesihatan tambahan (supplement), takkan nak letak keyword[s] bontot plastik plak kan? Haha.
  3. Guna KeywordToolExternal.

Teknik-teknik yang aku tulis di atas amat berkesan. Boleh lihat result keyword stop snoring. Entri Ways To Stop Snoring In Sleep – Snore Buster! tidak pernah terperosok ke muka selain muka pertama. Banyak lagi teknik berkesan, mudah dan cepat tapi aku percaya dengan kata-kata aku sendiri (hehe) iaitu:

Naik cepat, turun pun cepat. Naik sikit-sikit, jatuh pun tak sakit. Naik lambat, susah nak jatuh, sebab banyak rintangan dilalui yang mematangkan diri.

Ada make sense? Sila puji saya tinggi melangit. Muahaha (gelak jahat!)..

Beberapa hari lalu, saya ada membaca artikel berkenaan satu security hole yang ada pada Wordpress versi sebelum 2.8.4 pada blog Lorelle On Wordpress. Security hole tersebut menyebabkan blog-blog yang masih belum dikemaskini terdedah kepada serangan pihak luar seperti hacker. Oleh kerana tak banyak blog yang menulis tentang security hole tersebut, saya anggap ia bukanlah satu yang serius.

Hinggalah semalam, blog-blog terkenal seperti Mashable.Com dan juga TechCrunch.Com menulis tentang perkara tersebut. Seterusnya dibalas oleh Matt melalui blog Rasmi Wordpress, mengajak pengguna Wordpress supaya mengemaskini ke versi terbaru 2.8.4.

Bagi blog yang sudah terkena serangan tersebut, anda akan lihat tanda-tanda seperti berikut :
- Ada skrip pelik pada penghujung pautan kategori anda seperti example.com/category/post-title/%&(%7B$%7Beval(base64_decode($_SERVER%5BHTTP_REFERER%5D))%7D%7D|.+)&%/ .
- Terdapat satu hidden admin yang tak dikenali menggunakan nama Administrator (2) atau nama-nama yang tak pernah dilihat. Dalam sesetangah kes, ada akaun yang tak dapat dimasuki lagi.

Baru-baru ini, sebuah blog milik blogger terkenal dunia iaitu Robert Scoble telah terkena serangan pada security hole tersebut. Menurut blog VentureBeat yang melaporkan serangan tersebut. Hackers telah menceroboh blog Scobleizer.Com dan telah membuang artikel-artikel 2 bulan terdahulu miliknya. Penceroboh tersebut juga telah mensisipkan malicious code pada laman arkibnya yang menyebabkan pihak Google membuang blognya daripada senarai indeks mereka.

Bagi yang sudah terkena serangan tersebut, sila ke blog Lorelle On Wordpress untuk tindakan selanjutnya. Untuk mereka yang masih belum mengemaskini Wordpress, sila buat langkah-langkah yang perlu.

Benda aku tak tahu, walau mahal mana pun satu-satu ebook tu – memang aku akan beli. Baru-baru ini aku membeli satu ebook dari saudara RajaKamil (RK) iaitu ebook PanduanAFD dengan harga RM90. Walaupun ayatnya berterabur dan unorganized, yang penting maksudnya sampai. Paling penting, follow up yang saudara RK beri melalui YM memang tidak ada tolok bandingnya. Setiap YM yang dihantar akan dibalas oleh beliau dengan cepat, tepat dan jitu. Hak3.

Adsense For Domain

Mau contoh? Lihat site consolidate-debts.co.cc yang aku buat ni. Itu contoh. Cara membuatnya aku tak dapat la hurai kat sini, nanti akan menutup periuk nasi si penjual ebook pula. Kalau aku discover sendiri, insyaAllah aku akan cerita dari A sampai Z. Untuk menzahirkan keikhlasan aku menulis, aku tidak menggunakan link affiliate di sini dan mengaku laman AFD di atas adalah aku punya. :p

Berapa penting?

AFD ni amatlah penting kepada sesiapa saja yang mahu cara mudah dan tidak mahal untuk menjana duit Adsense. Tidak seperti Adsense konvensional yang memerlukan seseorang publisher membuat artikel untuk dimuatkan di dalam satu-satu site/ blog. Hanya dengan beberapa langkah mudah (kira-kira 15 minit), laman seperti yang ditunjukkan di atas akan terbina. Sedikit tweak dari segi colour match up perlu di lakukan – macam biasalah.

Apa lagi?

Ya, ada banyak lagi yang perlu dibuat – menarik trafik! Ini tajuk lemau. Aku tak mahu ulas di sini. Nanti aku akan entri lain.

Paham kan? Kalau tak paham, paham-paham kan lah. Kui3.

*jangan lupa add aku di FB okeh.

viral

Jika aku sebut viral, pasti ramai yang sengih tak tahu. Nak pula, yang tidak berada di dalam tempoh PPSMI dijalankan (lepas tu dimansuhkan) dan bodoh alang sikit-sikit dengan Bahasa PPSMI ni. Hehe. Kalau aku sebut virus, penagih dadah yang tidak educated juga akan menyebutnya dengan betul – vaires – kata mereka. :p

Mari aku bawa kalian kepada makna perkataan ini. Seperti biasa, aku suka menggunakan Wikipedia untuk mendapatkan apa sahaja maksud sesuatu perkataan. Menurut Wiki, viral adalah sesuatu yang berkaitan dengan virus.

Semua orang mengenali virus jadi aku tidak akan ulas apa itu virus. Aku cuma mahu ulas bagaiman satu-satu entri yang ditulis akan go viral jika kena caranya. Ramai sudah tahu yang entri evergreen juga boleh menjadi entri viral tapi memerlukan sedikit masa hingga ia matang – tunggu di’discover je.Tak faham? Nanti tanya di bahagian komen. :p

Bila bercakap berkaitan teknik-teknik menaikkan trafik ke blog/ laman, kita selalu akan terbayang internet marketer (IM) kerana jarang orang berblog secara suka-suka. Kebanyakannya mahu membuat duit. Dengan itu, lahirlah istilah viral marketing dan viral video. Oleh kerana dua perkara ini adalah sesuatu yang perlu pergi lebih jauh (SHELL) jadi ia perlu menjadi sesuatu yang berjangkit. Ya, kita sekarang sedang bercakap tentang sesuatu yang berjangkit, merebak dan boleh membuat pelawat addicted (ketagih) – macam UMNO ketagih selalu nak menang dalam Pilihanraya Kecil (PRK). Har3.

Sesuatu yang berjangkit inilah yang membuatkan pelawat mahu lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Pelawat yang datang lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi (adei..) inilah yang menyumbang keuntungan kepada pemilik blog yang berupa publisher mana-mana program i.e. Adsense. Hehe. Trafik memang diperlukan untuk memastikan blog sentiasa dikunjungi ramai pelawat.

Antara contoh entri yang bersifat viral adalah entri tutorial yang jarang orang buat atau susah nak jumpa. Contohnya: Tema premium blogspot berserta tutorial untuk  meng’editnya secara detail. Ya, jika dibuat ebook, ia memang jual. Juga ya, kalau diberi percuma – lebih ramai orang menggila mahu juga. Jadi, pilih. Untung sekarang, sedikit atau untuk jangka masa panjang tapi berkali-kali [banyak]. Itu pasal aku tekankan sangat kualiti. Buat sesuatu biarlah padan dengan susah payah pembaca nak fahamkan. Nak memulakan dan memahami sesuatu adalah perkara yang payah tahu tak. Siapa setuju angkat kaki. Ehe.

Video bersifat viral pula adalah seperti senarai-senarai yang keluar bila kalian searchhow-to-make-up” di YouTube ini. Users yang membuat tutorial cara-cara untuk mekap muka dengan betul (dan sadis). Tutorial-tutorial sebegini, jika di dunia nyata, memang mahal kena bayar professional. Rasa aku, professional juga belajar daripada video-video ni kot. Muehehe.

*jadi, sila vote, adakah entri ini berkualiti dan bersifat viral jenis time sensitive ke dak. ehe.
*entri yang memuatkan hanya video bukan bersifat viral secara amnya ok tapi ada caranya untuk jadikan ia viral. tamau tulis! muehehe.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, lama sudah aku tidak menulis disini, aku masih di medan pertempuran. Beberapa hari lepas aku ditanya oleh seorang hamba Allah (pengunjung tetap infomalaya), bagaimana hendak menulis bahasa arab dalam wordpress versi Bahasa Inggeris. Masalah yang berlaku kepada beliau ialah, teks arab tersebut apabila preview dan publish, akan timbul seperti tanda tanya (???????? ????? ??????).

Aku membalas emel beliau, dengan saranan ringkas menyuruh beliau install wordpress secara manual, bukan automatik seperti menggunakan fantastico. Saranan untuk install manual kerana, default charset database untuk manual adalah utf8. Dan default untuk automatik install adalah selain utf8, mungkin latin1 atau selainnya yang tidak menerima karakter arab dalam database.

Jadi, itu cara mudah untuk membolehkan menulis dalam bahasa arab dalam wordpress. Bagaimana pula jika database lama yang tulisan arabnya seperti ????? ?????. Baiklah, mari kita ikut langkah mudah ini (Linux Hosting). Klik untuk selanjutnya »

Bagi mereka yang menggunakan sistem pengoperasian seperti Windows 2000 sehinggalah ke atas termasuk Windows7, sejenis worm yang dikenali sebagai Conficker akan menyerang security hole yang ada pada sistem pengoperasian tesebut pada 1 April ini.

Kenapa ia merbahaya?

Win32/Conficker is a worm that infects other computers across a network by exploiting a vulnerability in the Windows Server service (SVCHOST.EXE). If the vulnerability is successfully exploited, it could allow remote code execution when file sharing is enabled. Depending on the specific variant, it may also spread via removable drives and by exploiting weak passwords. It disables several important system services and security products and downloads arbitrary files.

[via Microsoft Malware Protection Centre]

Klik untuk selanjutnya »