Forum ExpertsMalaysia

Baru-baru ini, saudara Fikri atau lebih dikenali sebagai taiping_online ada menghubungi aku berkenaan projek terbaru beliau iaitu forum ExpertsMalaysia.com. Tujuan forum ini diwujudkan adalah untuk menjadi pusat perbincangan hal-hal berkaitan dengan komputer dan internet. Selain itu, hal-hal semasa turut diselitkan dalam topik perbincangan di sana.
Saudara Fikri sebenarnya ialah seoorang pelajar dalam bidang sekuriti komputer di universiti pertahanan. Jadi di sana, beliau akan berkongsi tentang apa yang dipelajarinya berdasarkan permintaan ahli forum.
Diharap agar forum ini dapat menjadikan para pengguna lebih celik komputer. =) Seperkara lagi, disebabkan forum ini masih baru, dah tentu isinya masih belum banyak, jadi kepada yang berminat untuk turut serta dalam forum ini, silalah mendaftar sebagai ahli dan kongsikan permasalahan atau pengetahuan anda di sana.
Akhir kata, majulah IT untuk negara =)





