Dropbox
Kini Dropbox telah dibuka untuk orang ramai. Fungsi Dropbox adalah untuk memudahkan kita berkongsi dan menyimpan sebarang fail di talian internet. Talian internet dan komputer anda saling bersambung jika anda menggunakan Dropbox ini.
Aplikasi yang mudah untuk digunakan, perlu install di komputer dan daftar untuk akaun Dropbox. Kemudian hanya ‘drag and drop‘ fail ke folder Dropbox di komputer anda. Secara automatik, fail anda akan diupload ke server dropbox. Ruang simpanan yang disediakan adalah 2GB. Jangan risau, semua fail anda selamat seperti yang dijanjikan oleh pihak Dropbox.
Anda boleh mengakses fail anda dimana sahaja, selagi ada talian internet. Dengan paparan antaramuka yang menarik, kemas, dan ringkas, ianya mampu membuatkan pengguna selesa untuk menggunakan. Ia juga membuatkan kita seperti seorang yang professional
. Matt Mullenweg juga menggunakan Dropbox. Jom kita lihat kelebihan yang disediakan!











