Pencil Project

Memperkenalkan, Pencil Project, sebuah aplikasi yang dibangunkan dari enjin Mozilla Gecko(Enjin untuk Mozilla Firefox), khas untuk membuat lakaran dan prototaip laman web dan antaramuka aplikasi.

Sangat berguna untuk pereka laman web yang ingin menjimatkan masa mereka ketika menyiapkan antaramuka laman web. Aku dah cuba sendiri dan ini hasilnya:

Seperkara lagi, aplikasi ini boleh dijalankan di platform Windows dan juga Linux. Kedua-duanya percuma =). Sila ke laman web Pencil Project untuk memuat turun dan pilih sama ada ingin menggunakan versi addon untuk Firefox atau pun versi standalone.
Selamat mencuba.
Kredit: Terima kasih kepada saudara Mohd Fazlee untuk info.
