Arkib untuk kategori ‘Menarik’

GUIMagnets - Prototyping made sticky

GUIMagnets — Produk inovatif untuk membuat prototaip aplikasi web. Mungkin aku boleh buat sendiri lepas ni, haha =P.

Flickr: The Unclutterer Workspaces Pool

Flickr: The Unclutterer Workspaces Pool — Boleh dijadikan inspirasi untuk mereka yang ingin mengubahsuai ruang kerja. =)

Opentape

Opentape — Sukakan Muxtape(yang sekarang sedang mengalami masalah dengan RIAA)? Mungkin anda juga akan menyukai Opentape, iaitu perisian untuk membuat versi muxtape anda sendiri. Cuma perlu pasang di dalam web hosting sendiri dan masukkan lagu-lagu mp3 anda melalui FTP. Perisian ini adalah percuma dan sumber terbuka. Sila lihat contoh yang telah disediakan.

Sweetcron

YongFook akan melancarkan SweetCron tidak lama lagi. Untuk pengetahuan semua, Sweetcron ialah sebuah perisian blog automasi yang memuatkan segala aktiviti sosial bagi pengguna(Lifestream blog automated software).

Mungkin bakal memberikan saingan kepada Wordpress, siapa tahu. =)

NowDoThis

NowDoThis — Aplikasi mudah untuk menguruskan senarai kerja(to-do list). Untuk maklumat lanjut, sila layari blog mereka.

TypeNavigator

TypeNavigator — Cari font yang diingini secara visual. Sangat berguna jika kita tidak tahu nama font yang ingin kita cari.

Essential tools and tips for freelancer’s on the go

Essential tools and tips for freelancer’s on the go — Tips yang cukup praktikal dan sesuai untuk para freelancer dan juga pelajar kolej. Terima kasih Ikhwan. =)

ADAA - Adobe Design Achievement Awards 2008

Adobe Design Achievement Awards 2008

Adobe telah mengumumkan para pemenang dan finalis untuk anugerah Adobe Design achievement bagi tahun 2008. Apa yang menarik ialah, sebanyak 20 semi-finalis dari 70 peserta dari Malaysia yang bertanding. Keseluruhan submisi ialah sebanyak 979(dari pelbagai negara). Untuk melihat keputusan dan hasil kerja peserta secara terus, sila berkunjung ke laman web rasmi ADAA(Yang sangat interaktif).

Paparan laman web ADAA

Kesimpulannya: Negara kita sememangnya ramai insan-insan yang berbakat dalam bidang rekabentuk dan seni. =) Syabas!

Kredit info : Anne dari PPM Technology Communications Sdn Bhd

48 Unique Ways To Use WordPress

48 Unique Ways To Use WordPress — Rupanya banyak perkara yang boleh dilakukan dengan Wordpress biar pun dulu aku sendiri yang memperkecilkan kebolehannya. =)

WhatTheFont?

WhatTheFont : MyFonts — Servis percuma yang berguna untuk mencari jenis font yang kita tak tahu namanya, tapi kita cuma tahu rupanya. Cuma muat naik gambar font berkenaan dan sistem mereka akan memaparkan senarai/nama font yang dicari.

R.A.P.A.T

RAPAT bermaksud “dekat” atau mendekatkan.

Merapatkan hubungan @ mengeratkan lagi pertalian persahabatan antara blogger, rakan, media, artis, fan club, dan lain-lain forum komuniti.

Satu acara untuk menemukan pelbagai komuniti setempat di Malaysia sedang dirancang. Sedang mencari rakan-rakan penaja dan penyertaan dari komuniti-komuniti internet yang lain untuk merialisasikan projek tersebut. Di uruskan oleh saudara Shai.

Projek RAPAT sedang kini sedang mengadakan pertandingan mencipta logo RAPAT. Sudilah kiranya pembaca-pembaca serta komuniti InfoMalaya.com untuk menyertai projek RAPAT ini.

Website RAPAT: http://rapat.msjbox.com

Koleksi Web2.0 Stickers

Beberapa bulan lalu sejak wabak Web2.0 mula merebak, tentu korang pernah dengar tentang, terserempak dengan atau terpaksa guna (sebab client suruh) starburst badges untuk menonjolkan style Web2.0 pada rekabentuk laman web korang. Jika kita membuat carian ’starburst’ atau ’startburst badge’ di Google, berlambak koleksi percuma untuk di muat turun, tak kurang juga tutorial yang mengajar cara untuk membuat badges ini. Hasilnya? Starburst badges telah mendominasi rekabentuk pelbagai jenis laman web seperti ini, ini, ini, argh.. dan juga ini!

Too much of something is bad! Aku rasa aku dah bosan tengok starburst badges ini sebab kadang-kadang penggunaan badges tu bagai tak kena pada tempat, semata-mata je nak ikut trend atau hype.

Jadi hari ini, kita ubah mood sikit, mari kita cuba gunakan Web2.0 Stickers - rupa dia macam menarik bagi aku, macam ala-ala badge yang kita jahit kat jeans atau bag sekolah!

Pautan ini ada menyediakan koleksi stickers ini dalam pelbagai warna dan rekabentuk, file format .png, .eps dan .ai pun disediakan.

Side note: Banyak pendapat dan idealism yang terbentuk dari jargon Web2.0 ini terutama dari segi design atau rekabentuk. Secara asasnya, design with Web2.0 flavour ini mempunyai ciri-ciri seperti yang tertulis dalam artikel ini

Bat pun pernah membuat entri pasal penjelasan Web2.0

Monolog diri: Tak sabar nak tunggu Web3.0 pulak, ape pulak design flavour dalam Web3.0 nanti.. pEnGgUnAaN fOnT sEbEGinI mUnGkiN! haha! anything yang di hype kan memang boleh jadi hip!! Cuba imagine kalau Kevin Rose announce kat Twitter dia harini ialah hari tYpE mAcAm iNi.. chis, mesti satu dunia akan follow.

Muxtape

Muxtape - Pita Kaset di Digitalkan — Satu cara mudah untuk menyebarkan atau berkongsi lagu. Teramat mudah. Seperti kat mohdismail, “mengembalikan nostalgia lama”. Apa lagi band-band bawah tanah dan indie. Kongsikan muxtape masing-masing di ruangan komen. Satu idea mudah yang disisihkan oleh pengaturcara kerana terlampau memikirkan idea-idea yang lebih ‘kool’ seperti MySpace Music mahupun AMP. Muxtape adalah buzz seterusnya selepas Twitter.

Mari perah otak~

iqtest.png
Jom uji tahap IQ masing-masing di IQtest.com. Sila jawab soalan-soalan yang diberikan, dan isikan emel untuk mendapatkan keputusan ujian tadi. Jangan gelabah apabila diminta untuk membayar sejumlah wang kerana itu hanya untuk laporan terperinci sahaja, untuk mengetahui skor ujian PERCUMA sahaja. Semak peti surat emel masing-masing dan ketahui skor anda dan bandingkannya di mukasurat tahap pencapaian. Sekiranya ingin berhenti untuk melanggan ‘newsletter’ dan kemaskini dari pihak mereka, sila klik pautan yang berada di footer emel yang dikirimkan sebelumnya. Semoga berjaya!

p/s: Lepas jawab dan dah tahu skor masing-masing, jangan segan-segan nak kongsi kat ruangan komen. ^_^ Nanti baru aku kasitau berapa skor aku, haha..

Siapa tahu apa nama kiosk ini?

kiosk-public-internet.jpg
Kiosk ini dijumpai di Plaza Sungai Wang, Kuala Lumpur. Mempunyai skrin sentuh, keyboard besi(macam telefon awam) dan juga tetikus yang err Baca entri ini sampai habis »

Halaman 1 daripada 41234»

Arkib InfoMalaya

Mengikut Kategori


Mengikut Bulan

Atau, mengikut kata kunci:

Tentang InfoMalaya

Masukkan emel untuk melanggan RSS infomalaya:

Dibawakan oleh FeedBurner