Pelekat Hari Kemerdekaan ke-51 dari Negaraku.net
Serlahkan semangat kemerdekaan anda dengan memasang pelekat hari Kemerdekaan ke-51 dari Negaraku.net oleh NoktahHitam. Untuk contoh sila lihat di bawah penjuru kanan blog ini. Merdeka!
Bukan sekadar blog!
Arkib untuk kategori ‘Eksklusif’
Serlahkan semangat kemerdekaan anda dengan memasang pelekat hari Kemerdekaan ke-51 dari Negaraku.net oleh NoktahHitam. Untuk contoh sila lihat di bawah penjuru kanan blog ini. Merdeka!
Salam sejahtera buat semua. Aku dengan suka hatinya ingin mengajak para pembaca khususnya bagi mereka yang berminat untuk belajar dan berkongsi pengetahuan tentang css dan xhtml, turut serta dalam forum cssmalaya. Dibangunkan dengan bbpress, dengan harapan ianya dapat mengajak para ahli mengingati tag-tag asas xhtml, kerana selalunya kita cuma klik dan klik butang yang disediakan di dalam forum ketika menghantar pos.
Medium disampaikan dalam bahasa Malaysia, tetapi terma-terma penting tak perlulah dialih bahasa, nanti pening pulak jadinya. Dan, untuk memudahkan lagi penggunaan forum cssmalaya, aku dah bahagikan kategori kepada 5 bahagian utama iaitu:
Seterusnya, tak lupa juga penghargaan pada saudara awqi_zar(kerana sudi menaja domain cssmalaya) dan Amanz(Di atas slogan cssmalaya - CSS untuk semua).
Sebenarnya forum ni dah wujud 2 bulan lepas, sebab tu dah ada beberapa ahli lain yang dah daftar. Diharap sesiapa yang ambil kisah tentang forum ni dapat menghebahkan info tentang kewujudan cssmalaya.
Sekian, wassalam ^_^
Pengenalan
Alhamdulillah setelah hampir setahun lebih tidak mengeluarkan sebarang tema percuma, akhirnya aku dapat jugak memaksa diri aku untuk keluarkan tema baru untuk pengguna wordpress. Tema kali ni dinamakan Pelangi. Kalau ada tema lain yang nama Pelangi, aku minta maaf, tak sempat nak fikir nama yang sesuai dalam masa yang singkat. -_-
Untuk demo, boleh kunjungi blog peribadi aku. Kalau berminat untuk pakai, boleh muat turun secara percuma. Di bawah aku dah sediakan panduan untuk pengguna. Kalau ada yang tak cukup atau tak jelas, sila maklumkan.

Warga Msjbox akan mengadakan gathering sempena Msjbox 3rd Anniversary. Lokasi & waktu adalah seperti berikut:
Berikutan itu, kepada warga pembaca InfoMalaya yang berkelapangan masa, anda dijemput untuk memeriahkan suasana sambil berkenalan dengan bloger-blogger serta penulis buku dan chef sekalian atau mungkin celebriti.
Untuk maklumat lanjut dan senarai blogger yang dijangka hadir, sila lawati laman web kami di http://my.msjbox.com
Terima Kasih.

Kredit poster untuk baliomega dan Persetankan.com
Digital Foto Jeritan Jiwa bulan ini tampil dengan tema Flora, satu tema yang agak best dan seronok untuk dilihat. Tapi pastikan gambar-gambar anda menepati regulasi yang telah ditetapkan untuk memastikan kualiti terjamin.
[Sumber dari Omar Bahrin]

Ya, Wordpress kini sudah tidak lagi menggunakan khidmat Technorati untuk mengenalpasti ‘inbound links’ dalam dashboard. Wordpress kini sudah guna Google Blog Search. Antara sebab utama penukaran ini, mungkin kerana tindakan Technorati yang mengenakan ‘ban’ kepada founder Wordpress, Matt Mullenweg. Ramai lagi yang mengalami nasib yang sama, boleh baca sendiri di blog Vangardx.
Adakah ini satu petanda kejatuhan Technorati di penghujung 2007? Atau satu petanda awal kebangkitan produk dari Google iaitu Google Blog Search? Sama-sama kita lihat!

Berita yang agak menggemparkan, Bob iaitu pemilik blog BlogOhBlog telah berjaya menjual blognya pada harga 10 ribu USD di laman web SitePoint. Antara sebab-sebab beliau menjual blog tersebut ialah terpaksa memberi komitmen kepada tugas dan bisnes. BlogOhBlog merupakan antara blog yang popular di arena antarabangsa kerana menduduki tangga ke-44 senarai blog popular Technorati, dan juga mempunya Google PageRank 6.
Apa-apa pun, diharap Bob dapat meneruskan hobi beliau iaitu menghasilkan theme wordpress untuk blogger di masa hadapan. Theme-theme wordpress beliau berjaya menambat hati ribuan blogger di internet. Owh, selain itu, Bob juga merupakan pemilik blog Adooi.com dan juga galeri laman web CSS iaitu CSS Snap.
Tahniah Bob!
Bacaan lanjut:
BlogOhBlog
Tebaboom
RajaBlog.info
MohdIsmail dot com
Flisterz
Baik, pagi ini aku nak menyenaraikan beberapa laman web yang menawarkan hosting blog Wordpress percuma. Percuma maksud aku, selain dari WordPress.com. Dan aku akan cuba fokus pada laman web dalam Malaysia sahaja. Dalam senarai yang aku ni, tak berapa banyak, jadi aku minta jasa baik semua untuk maklumkan kepada aku di ruangan komen sekiranya tahu ada mana-mana laman web yang menawarkan khidmat hosting blog wordpress percuma. Baca entri ini sampai habis »
Sudah lama tidak menulis di Infomalaya ni, sekarang arynet kembali memeriahkan suasana yang sudah meriah nih, mohon maaf kepada Bat. Pernah anda terfikir untuk menggunakan dua CMS (Content Management System) dengan menggunakan satu database dan admin yang sama ? ok, gambar diatas menunjukkan dashboard wordpress yang telah diinstall ke joomla. Fungsi antara muka juga serupa dengan wordpress sebenar.
Terdapat dua component atau wordpress untuk joomla ini, pertama JD-wordpress, ia mempunyai interface serupa dengan wordpress sebenar seperti mana yang digunakan di joomla.org, ary mendapati projek JD-wordpress telah berhenti, mungkin mereka tiada orang mahu membantu, anda mahu? tapi masih ada untuk didownload versi lama, hehe.
Keduanya ialah mojoBlog, merupakan projek terkini untuk wordpress dalam joomla ni, mojoBlog mempunyai kelebihan kerana dapat menerima plugin-plugin, theme, yang popular dan bekerjasama baik dengan joomla! untuk maklumat lanjut boleh la kunjungi ke joomlify.
Untuk sidebar pula, anda boleh download module joomla yang digunakan untuk JD-wordpress dan juga mojoBlog. untuk melihat contoh, anda boleh berkunjung ke JoomlaDotOrg.
Jika anda berminat, anda juga boleh import database wordpress ke joomla. Ini perlu sedikit pengubahsuaian kod database. Kepada yang pakar mungkin mudah. Kepada yang masih baru, insyaAllah akan ada tutorial lepas ni.
p/s : arynet peminat Joomla, Majulah Wordpress dan Joomla.
Seperti yang dijanjikan, kali ni aku nak menulis tentang beberapa laman web yang berkolaborasi dengan blog InfoMalaya ni. Sekadar ingin membuat hebahan dan menyatakan rasa terima kasih kepada mereka. Jom kita tengok!

Demoplanet.tv, milik sebuah syarikat produksi di Malaysia. Teringat aku ketika mula-mula dihubungi oleh Abang Wantranz, waktu tu macam tak percaya apabila dipelawa berkolaborasi dengan mereka, sebabnya InfoMalaya waktu tu baru diwujudkan dan sangat kecil kalau dibandingkan dengan blog-blog lain. Terima kasih sebab percaya dan memberikan peluang kepada blog ni.
Fakta: Tahu Kaber Hero Kaber Zero? Itu semua di’shooting’ oleh team Demoplanet. ^_^

Sireh dan Cengkeh, dibangunkan oleh saudara Syed Syahrul Zarizi. Konsep yang diketengahkan ialah Web Zine yang memuatkan temuramah dan penemuan inovatif dunia web. Sangat di’rekemen’kan untuk dilawat.
Fakta: Temuramah bersama Timothy Tiah ( Pengarah Eksekutif Nuffnang ) juga ada di sana!

Gengturbo.org — Sebuah forum komuniti hantu kereta. Diwujudkan pada tahun 2003, jadi hampir 4 tahun sudah online. Ada kereta? Gila kereta? Boleh la pergi sana untuk berforum ^_^.
DriveProject.Net — Medan ’showcase’ kereta masing-masing. Juga ada bahagian untuk jualan kereta dan peralatan. Sesiapa yang ada kereta yang lawa-lawa mungkin boleh tunjuk belang di sana, haha…
Kedua-duanya dibangunkan oleh saudara Mohd Fazlee dari Phixelcode Systems merangkap abang kandung aku. Tapi aku tiada apa-apa syer di sana ya.
Baiklah, itu sahaja untuk hari ini. Lepas ni, InsyaAllah page Jaringan akan dikemaskini. Dan tinggal 4 HARI saja lagi sebelum Rumpun 2007 berlangsung. Jangan lupa daftar. ^_^
Seperti dijanjikan test run untuk MovableType 4 sedang dijalankan oleh pihak IM. Layankan beberapa screenshots yang disediakan.
Penggunaan sistem templat PHP mengakibatkan tiada lagi folder-folder untuk menyimpan fail html yg dihasilkan oleh backend MT4. Dalam kata lain, pemindahan dari satu pelayan ke satu pelayan lain memudahkan.
Esok pagi, pihak IM akan menjalankan testrun Mephisto, satu lagi CMS yang dibanguknan menggunakan Ruby.

Motivasi – Elemen dalaman yang menyedarkan, mendorong atau mengekalkan sikap atau keadaan seseorang itu. (Translasi dari Woofolk, 1993, mukasurat 336).
Pernah tak terfikir semasa kita berblog, tatkala kita ketandusan idea atau lebih dikenali sebagai mental block, dan lepas tu, kita dapat bangun semula yakni kembali menulis seperti biasa ataupun lebih baik dari sebelumnya? Itulah motivasi sebenarnya, keadaan di mana kita bagaikan mendapat satu tenaga yang luarbiasa untuk menggerakkan tangan untuk menaip mengikut apa yang berada dalam akal fikiran kita demi melahirkan satu karya agung yakni entri untuk blog…Fuhh.. Baca entri ini sampai habis »

Bila bercakap mengenai inspirasi, mungkin ramai atau pun semua dah tahu. Inspirasi atau ilham ini merupakan elemen terpenting ketika diperlukan. Sama ada ketika membuat design, menulis entri, membuat susun atur perabot rumah hatta ketika ingin menyusun ayat ketika ingin mengurat si anak gadis..hehe..
Namun, apa yang ingin disentuh oleh aku untuk entri ini ialah, inspirasi untuk membuat design atau layout laman web. Dan sekiranya kau bukan designer, jangan bimbang, entri aku kali ini agak menarik dan sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja. Aku berani jamin!
Tahu mengapa designer dibayar dengan gaji yang mahal? Dan mengapa karier ini dianggap profesional? Sebabnya tak lain tak bukan, bukan mudah mencipta atau merekabentuk sesuatu yang baru dan cantik. Kau pun tahu bukan? Tak percaya? Cuba buka Photoshop dan buat satu design, dan berikan kepada kepada rakan-rakan kau untuk dinilai. Sekiranya mereka mengatakan cantik atau menarik, mungkin kau berbakat menjadi seorang designer atau pun kau berdarah seni, hehe..Kalau sebaliknya, maaf, mungkin kau boleh berlatih dan mencuba lagi, dan sentiasa mencari ilham, mana tahu kau juga berbakat!
Rajin-rajinkan diri melawat laman web Galeri CSS, di situ, aku jamin kau akan terbeliak biji mata melihat betapa banyaknya laman web yang cantik dan sesuai dijadikan inspirasi. Tapi awas! Jangan cuba menjadi peniru, jangan cuba meniru bulat-bulat atau petak-petak design orang lain. Itu kerja jahat namanya, itu tidak profesional. Mengambil konsep mungkin tiada masalah, dan jadilah seorang kreatif dan inovatif.
Tahu buku skrap? Iaitu buku atau helaian kertas yang dipenuhi dengan gambar-gambar atau tulisan yang dipotong dari majalah, buku atau pun suratkhabar. Apa motifnya? Percayalah, kau akan jumpa insipirasi kau selepas melalui proses menyusun dan melekat benda-benda tersebut. Di situlah kau akan lihat bagaimana kuatnya padanan dan susunan elemen yang kau dah buat tadi. Nak jadi lebih kreatif? Kerat lebih banyak gambar dari warna-warna yang berbeza atau pun sama tona untuk melihat kesan yang lebih mengghairahkan. Haha.. =) Aku pun ada satu. =) Tapi aku masih lagi baru dan belajar.

Baca majalah? Suratkhabar? flyers? Itu semua boleh dijadikan bahan untuk mencari inspirasi. Abaikan sebentar isi kandungannya, tetapi lihatlah pada bagaimana susunaturnya, bagaimana warna dimainkan pada mukasurat tersebut, dan lihat juga bagaimana gambar diletakkan bersebelahan teks. Semua itu penting, lepas ini, lihat semula majalah yang kau selalu baca, selak dan kau akan lihat apa yang aku sebutkan tadi. =) Dan lebih molek kalau benda-benda ni diletakkan dalam buku skrap seperti dalam kaedah 2.
Kalau kau berada di tepi tingkap, cuba pindahkan pandangan kau ke luar tingkap sebentar. Lihatlah dunia di sekeliling kau. Lihatlah struktur bangunan, pokok-pokok, pasu bunga, bumbung rumah hatta kereta kancil sekalipun. Lihat dan renungkan, adakah itu yang kau cari? Aku tak tahu, inspirasi bergantung kepada individu itu sendiri. Aku pernah mendapat inspirasi dari sebuah apartmen yang dilihat dari dalam Tren STAR. Aku terpegun kerana warna cat apartmen itulah yang aku cari-cari selama ini. Dan itulah warna yang aku gunakan untuk blog ini..Dan alangkah beruntungnya orang yang mempunyai kamera, senang untuk menangkap gambar di mana-mana sahaja. =)
Kalau kau masih lagi tak mendapat inspirasi, aku rasa baik kau TIDUR saja. Dan sebelum tidur, berdolah supaya Allah memberikan apa yang kau mahu di dalam mimpi. Merapu? Tidak sama sekali. Renung-renungkanlah… ^__^
Sekiranya kau membaca sehingga habis, tahniah aku ucapkan kerana entri kali ini agak panjang..Bersama kita memeriahkan pembangunan laman web di Malaysia! Yeah!
Idea untuk mengadakan kempen kesedaran scam ini timbul selepas saya terbaca dua keratan akhbar iaitu Student falls victim to Net scam dan Millions lost in e-invest scam. Artikel pertama tersebut menceritakan bagaimana seorang pelajar berusia 20 tahun ditipu duit sebanyak RM148,000. Apa yang membingungkan saya ialah dia ditipu oleh sindiket yang sama dua kali berturut-turut. Baru-baru ini, satu kes scam juga baru dilaporkan dalam akhbar bertajuk, “Betting on ‘winning digits’ led deliveryman to lose everything“.
Pelbagai usaha telah diambil untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang scam. Namun, kes-kes sebegini masih berlaku. Ini adalah disebabkan sikap tamak si mangsa. Selain itu, saya percaya kempen kesedaran yang diadakan selama ini adalah kurang berkesan.
Maka, tercetuslah idea untuk mengadakan kempen kesedaran scam melalui blog. Pengaruh blog adalah besar. Ramai rakyat Malaysia membaca blog untuk mendapatkan berita atau maklumat terkini. Oleh itu, saya percaya mesej kempen ini dapat disalurkan kepada suatu kumpulan pembaca yang besar.
Harapan saya adalah untuk mendapatkan sekumpulan blogger yang sanggup menyertai kempen ini. Bagi sesiapa yang ingin turut serta, anda cuma perlu menulis sekurang-kurangnya satu artikel tentang scam setiap hujung bulan (contohnya 31/5, 30/6, 31/7 dsb.). Kandungan artikel tersebut bergantung kepada anda sendiri. Anda boleh menulis tentang cara mengenalpasti scam, teknik-teknik scam terkini, dan sebagainya.
Kempen kesedaran ini terbuka kepada semua, tidak kira sama ada anda rakyat Malaysia atau tidak. Ini adalah kerana kes scam berlaku di seluruh dunia. Berikut adalah senarai blog yang telah menulis tentang scam:
1. Lottery Scam (Bahasa Cina)
2. Buat duit dengan mudah di’internet?Baca ini dulu! (Bahasa Melayu)
3. Of scams and pissing them off (Bahasa Inggeris)
4. Lampe Berger (Bahasa Inggeris)
5. This is NOT a scam? (Bahasa Inggeris)
Harapan asal saya adalah supaya tidak berseorangan dalam kempen ini. Sekarang, saya berharap dapat menggandakan bilangan ahli dalam kempen ini.

Aku dah pernah mencuba pelbagai perisian statistik untuk blog aku ni, tapi tak pernah lagi aku melihat servis yang dapat memberitahu aktiviti pelawat aku secara terperinci selain CrazyEgg. Servis lain yang seumpama ini, iaitu MyblogLog pun ada ciri-ciri ini, tapi ianya dalam bentuk popup(aku kurang suka). Cuba lihat screenshot di bawah :