Sweetcron - Google Code
Sweetcron - Google Code — Sweetcron sudah sedia untuk dimuat turun!. Sesi testdrive akan dimulakan dengan kadar segera.
Bukan sekadar blog!
Arkib untuk kategori ‘Downloads’
Sweetcron - Google Code — Sweetcron sudah sedia untuk dimuat turun!. Sesi testdrive akan dimulakan dengan kadar segera.
25 Aplikasi berguna untuk pendrive anda — Dulu aku pernah tulis pasal aplikasi untuk pendrive, tapi itu dah lama. Sekarang dah banyak perisian lain yang lagi bagus. =)

Kini Adobe Reader 9 sudah sedia untuk dimuat turun. Sila berkunjung ke laman rasmi Adobe untuk mendapatkan perisian ini atau melihat dahulu fungsi terbaru untuk versi 9. Versi ini boleh didapati secara percuma, berbanding dengan versi berbayar(Adobe Acrobat 9 Pro Extended beta) yang telah direviu baru-baru ini.
Selamat mencuba. =)
Kredit: Anne dari PPM Technolgy.

Mirip Joost, tapi mungkin lebih menarik kerana datang dari Adobe dan dah tentu, menggunakan teknologi Adobe AIR. Ada pelbagai rancangan menarik yang disediakan mengikut kategori dan genre(Lihat screenshot di bawah).

Untuk maklumat lanjut dan muat turun, boleh layari laman web Adobe.
Terima kasih Anne di atas info.
Pengenalan
Alhamdulillah setelah hampir setahun lebih tidak mengeluarkan sebarang tema percuma, akhirnya aku dapat jugak memaksa diri aku untuk keluarkan tema baru untuk pengguna wordpress. Tema kali ni dinamakan Pelangi. Kalau ada tema lain yang nama Pelangi, aku minta maaf, tak sempat nak fikir nama yang sesuai dalam masa yang singkat. -_-
Untuk demo, boleh kunjungi blog peribadi aku. Kalau berminat untuk pakai, boleh muat turun secara percuma. Di bawah aku dah sediakan panduan untuk pengguna. Kalau ada yang tak cukup atau tak jelas, sila maklumkan.

*Sebahagian screenshot dari muka hadapan e-majalah ubuntu karya Zul melayubuntu
Tahniah aku ucapkan kepada Zul kerana berjaya menerbitkan sendiri e-majalah setebal 27 mukasurat tentang ubuntu linux dalam bahasa Malaysia. Boleh dikatakan kewujudan e-majalah ini sebagai satu titik permulaan dalam menjadikan ubuntu mendapat hati di tempat pengguna komputer di negara kita(jadi kuranglah sedikit isu penggunaan Windows XP versi lanun).
Terdapat 3 cara untuk memuat turun e-majalah ni, iaitu melalui savefile, Box.net, atau baca secara online. Lepas tu jangan lupa baca dan ucapkan terima kasih kat penulis :). Aku dah baca, dan dengan senang hatinya aku nak buat beberapa ulasan tentang e-majalah ni. Ehem ehem ^_^..
Baca entri ini sampai habis »

Contoh screenshot yang diambil menggunakan perisian EasyCapture
Kepada blogger, rasanya selalu memasukkan gambar ke dalam entri masing-masing, kan? Tapi kebarangkalian untuk gambar tu diedit terlebih dahulu menggunakan perisian editor gambar adalah tinggi, berdasarkan pengalaman aku sendiri dan apa yang aku lihat pada kawan-kawan aku. Leceh kan nak kena resize, crop bahagian mana yang kita nak dari hasil screenshot(guna kekunci printscreen, hehe) dalam Adobe Photoshop, contohnya.
Ni aku nak kongsi satu perisian percuma yang boleh meringankan beban, menjimatkan masa, dan mengelakkan diri kita dari menggunakan perisian cetak rompak seperti Adobe Photoshop sekadar untuk crop gambar, haha. Perisian tu dinamakan EasyCapture. Dari nama perisian pun kita dah boleh agak yang menda alah ni senang nak guna, hehe..Jadi, disebabkan terlalu senang nak guna, aku malas nak bebel panjang-panjang kat sini. Boleh terus muat turun perisian tu, tapi untuk pengguna Windows sahaja. Dan sila pastikan PC masing-masing sudah dipasang dengan Microsoft .NET framework 2.0 terlebih dahulu.
Kemaskini
Persoalan sama ada perisian ni boleh dipasang dalam ubuntu Linux dengan menggunakan Wine, belum sudah dapat dipastikan. Perisian ini sudah dicuba dan berjaya digunakan di dalam ubuntu linux dengan pertolongan perisian sokongan The Wine(Terima kasih Encik MelayuBuntu). Encik Novatech pula mengatakan The GIMP boleh digunakan untuk mengambil screenshot. Ada di bahagian File>Acquire>Screenshot.
p/s: Aku rasa dulu pernah terbaca entri dalam blog tempatan tentang perisian ni, tapi aku dah terlupa sebab dah terlalu lama. Jadi kalau ada sesiapa yang tahu/pernah jumpa entri asal, sila maklumkan di ruangan komen supaya aku boleh letakkan kredit. Terima kasih.
Kredit pada saudara MK dari Sembang Komputer. Rupanya dari blog dia, huhu, pelupanya aku..Terima kasih Khairul!
Kemaskini - Beberapa perisian yang hampir serupa yang telah digunakan oleh segelintir pembaca:
Sekian dulu dari aku, salam…
Beberapa bulan lalu sejak wabak Web2.0 mula merebak, tentu korang pernah dengar tentang, terserempak dengan atau terpaksa guna (sebab client suruh) starburst badges untuk menonjolkan style Web2.0 pada rekabentuk laman web korang. Jika kita membuat carian ’starburst’ atau ’startburst badge’ di Google, berlambak koleksi percuma untuk di muat turun, tak kurang juga tutorial yang mengajar cara untuk membuat badges ini. Hasilnya? Starburst badges telah mendominasi rekabentuk pelbagai jenis laman web seperti ini, ini, ini, argh.. dan juga ini!
Too much of something is bad! Aku rasa aku dah bosan tengok starburst badges ini sebab kadang-kadang penggunaan badges tu bagai tak kena pada tempat, semata-mata je nak ikut trend atau hype.
Jadi hari ini, kita ubah mood sikit, mari kita cuba gunakan Web2.0 Stickers - rupa dia macam menarik bagi aku, macam ala-ala badge yang kita jahit kat jeans atau bag sekolah!
Pautan ini ada menyediakan koleksi stickers ini dalam pelbagai warna dan rekabentuk, file format .png, .eps dan .ai pun disediakan.
Side note: Banyak pendapat dan idealism yang terbentuk dari jargon Web2.0 ini terutama dari segi design atau rekabentuk. Secara asasnya, design with Web2.0 flavour ini mempunyai ciri-ciri seperti yang tertulis dalam artikel ini
Bat pun pernah membuat entri pasal penjelasan Web2.0
Monolog diri: Tak sabar nak tunggu Web3.0 pulak, ape pulak design flavour dalam Web3.0 nanti.. pEnGgUnAaN fOnT sEbEGinI mUnGkiN! haha! anything yang di hype kan memang boleh jadi hip!! Cuba imagine kalau Kevin Rose announce kat Twitter dia harini ialah hari tYpE mAcAm iNi.. chis, mesti satu dunia akan follow.

Semalam, saudara Ikhwan Nazri ada memberitahu tentang majalah mobile sempena Aidiladha. Majalah ini khas untuk dipaparkan di telefon bimbit, dan tak lupa juga di Sony PSP =). Kandungan dalam majalah tersebut menceritakan tentang apa itu Aidiladha, apa itu ibadah korban, dan cerita tentang Nabi Ibrahim a.s dan juga anakandanya, Nabi Ismail a.s.
Format majalah ini dibuat dalam bentuk Flash Lite 1.1(Khas untuk telefon bimbit). Antara telefon bimbit yang berupaya memaparkan majalah ini ialah :
Nokia: E50, E51, E65, N71, N73, N75, N76, N77, N92, N93, N93i, N95, 5700, 6110, 6120, 6121, 6290,5300, 5310, 5610, 6126, 6131, 6133, 6233, 6267, 6300, 6500, 6555, 7373, 7390, 7500, 7900, 8600
Baca entri ini sampai habis »

Assalamualaikum dan selamat hari Sabtu! Lama betul aku tak menulis kat sini kan? Minta maaf banyak-banyak, tak dapat dielakkan sebab aku sedang siapkan beberapa kerja-kerja terbengkalai. Justeru, terimalah set ikon Negeri v1.0 yang aku baru siapkan tadi, hehe.. ^_^ Ini versi pertama, jadi cuma ada 13 negeri sahaja buat masa ni, InsyaAllah bila aku ada masa lapang, aku tambah lagi.
Err, sila guna tanpa ragu-ragu, percuma ja, tak payah bayar sebab tak berapa susah nak dibuat. Dan, sila sebarkan set ikon ni, harap-harap dapat memanfaatkan orang lain, ok! Baca entri ini sampai habis »
Sedikit berita ringkas. WordPress versi terkini iaitu versi 2.3 yang dikenali sebagai “Dexter” telah pun dilepaskan.
Seperti biasa, nama ini telah diberikan bersempena nama seorang tenor saxophonist iaitu Dexter Gordon.
Dapatkan versi terkini ini di sini.
InfoMalaya sekali lagi berwajah baru. Hoyeh! Dan, untuk edisi hujung minggu kali ini, InfoMalaya dengan bangga’nya menampilkan 3 tema Worpress yang di’reka oleh 2 orang designer berbakat Malaysia, Flisterz & Bob dari BlogOhBlog.
FTW Wordpress Theme dari Flisterz

Tema Wordpress dengan format 3 kolum, sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan tema sebegini & boleh di’modifikasi untuk di’letakkan iklan berformat 160px X 200px.
Link | Demo | Download
Blue Green & Photo Blog Wordpress Theme dari Bob

Tidak jauh berbeza dengan mana-mana tema Wordpress yag di’keluarkan oleh Bob sebelum ini, Blue Green tampil dengan santapan kolabrasi warna lebih santai.
Link | Demo | Download
Sesuai untuk mereka yang gemarkan fotografi & mahu menjadikan Wordpress sebagai galeri maya. Tema yang ringkas dengan kolabrasi warna cukup menyerlahkan apa-apa jua foto yang di’masukkan.
Link | Demo | Download

Idea bijak dari Apple, mengeluarkan safari untuk kegunaan PC & memberikan sedikit perasaan menggunakan Mac kepada pengguna Windows XP/Vista.
Satu lagi keperluan kepada mereka yang menggilai produk Apple tetapi terkongkong dalam jiwa Microsoft. Uih!
Link | Apple.com

Aku berani jamin ramai yang menganggap untuk membaca fail berformat PDF, kita perlulah menggunakan perisian Adobe Acrobat Reader, kan? Tak dinafikan, memang fail PDF dicipta khusus untuk dibaca dengan Acrobat Reader, tapi kita juga perlu tahu yang ada perisian alternatif untuk kau membaca ebook kegemaranmu itu, atau pun kau ingin membaca e-zine terbaru dari Rajablog.Info?..hehe..Cubalah Foxit Reader, saiznya cuma 1.5Mb untuk dimuat turun, cukup ringan jika nak dibandingkan dengan Acrobat Reader iaitu 20Mb. Selain itu, kau juga boleh membawanya di dalam pendrive.
Dan semestinya perisian ini percuma. Siapa cakap perisian percuma tidak bagus? hehe..
![]()
Semalam, Smashing Magazine telah pun membuat entri tentang pengumpulan ikon, button untuk web dan brush untuk photoshop di blog mereka. Yang seronoknya, semuanya percuma dan teramat cantik. Jangan lupa untuk mendapatkannya dan gunakan di dalam blog masing-masing ataupun gantikan ikon di dalam PC, haha.. ![]()