Arkib untuk kategori ‘Coretan IM’
Kalau 5 tahun lepas, mana2 ’sifu’ internet boleh mengatakan yang sesiapa sahaja yang berblog (untuk keuntungan) menggunakan servis blog percuma adalah tergolong dalam golongan peniaga yang tidak serius, aku kira persepsi ini sudah lapuk untuk tahun 2008 ke hadapan. Jika dikira, populariti blog percuma adalah lebih banyak daripada blog berbayar. Tidak perlu aku baik sangat list URL mereka di sini, kerana kebanyakannya (bukan semuanya ok!) yang femes tu perangainya macam celaka (maaf to say..) – mengalahkan artis Hollywood. Hakikatnya, ramai yang begitu..
Ramai pemilik blog yang menggunakan medium blogspot sebagai tempat meraih populariti dan mencari duit lebih. Ada juga yang membuat secara full time. Ahli politik pun guna blogspot you.. Jika difikirkan, mereka tak cukup duit ke nak beli domain ngan hosting? Tidak munasabah kan? Aku sendiri sebenarnya lebih suka mengguna platform WP percuma kerana omputih kata – No hustle bustle!
..sebab tidak perlu susah2 untuk upgrade bila notification sampai. Itupun nasib baik wujudnya plugin Automatic Upgrade. Kalau tak, setahun lepas tu laa aku upgrade. :p
Lagi best, WP percuma tidak terlepas daripada mempunyai feature terbaru. Feature terbaru ini selalunya dilepaskan untuk pengguna berbayar di WP.org selepas di’test di platform percuma mereka di WP.com. Feature tag mampu melonjakkan blog kau orang di tempat yang bagus, jika kena caranya. Contohnya, tag “isu semasa” adalah tag paling ramai pelawat di WP Malaysia. Jika kau orang buat satu entri tentang isu semasa dan menambah tag isu semasa kepadanya, entri tersebut akan queue dan kekal di tempat teratas di dalam tag isu semasa selagi tidak ada orang lain membuat perkara yang serupa. Jadi, untuk kekal di tempat teratas, kau orang perlu lah rajin mencari dan menulis tentang isu semasa. Isu kandungan yang tidak berkaitan dengan isu semasa,kau orang tanggunglah sendiri. Wakaka.
Blogspot juga sama. Oleh kerana ia adalah milik Google, kadar kecepatan untuk blog kau orang di’index di enjin carian adalah cepat. Omputih kata; in an instant.
Bukan kerja aku untuk tentukan platform mana antara blogspot dan WP yang lebih mesra SEO. Pendapat aku, ianya bergantung kepada tahap godekan (ade ke?) kepada CMS masing2. Jika seseorang lebih dewa dalam menggodek WP berbanding blogspot, blog beliau insyaAllah akan lebih mesra SEO. Begitulah sebaliknya.
*bat (yang sekali lagi merajuk) juga mengguna blogspot. aku pula guna WP percuma skang. hehe.
Tinggal 23 hari lagi sebelum kita melangkah ke tahun 2010. Entri ini dibuat khas untuk mengumpul beberapa cadangan dan maklumat berkenaan InfoMalaya versi ke-11.
Jadi, sila luahkan, kongsikan, dan pelbagai ‘kan’ lagi sebarang cadangan serta komen untuk memantapkan lagi blog ni.
Sekiranya ada yang bertanya kenapa frekuensi kemaskini InfoMalaya dah jadi macam “hidup segan, mati takmau”, ada sebab konkrit sebenarnya, akan dikongsikan selepas ni, InsyaAllah.
Oh ya, ini sesi open table.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekadar ingin memaklumkan beberapa perkara:
1) Bulan Oktober yang lepas merupakan tempoh ‘down‘ yang agak lama untuk InfoMalaya.
2) Antara sebab mengapa blog ini gersang dengan entri terbaru ialah, semua penulis sedang sibuk dengan hal masing-masing.
3) Selaku ketua editor yang ‘agak’ malas, saya mewakili semua penulis ingin memohon seribu kemaafan di atas perkara di atas.
4) Saya cadangkan anda melawat blog-blog tersohor tempatan seperti Amanz, SembangKomputer, dan JomPHP.
5) Anda juga digalakkan untuk melawat FeedMalaya untuk mengetahui kemaskini terbaru dari blog-blog tempatan yang lain.
6) Sekiranya anda baru terjumpa blog picisan ini, silalah menyelongkar bahagian arkib kerana di sana terdapat entri-entri yang masih evergreen walaupun sudah lama ditulis oleh kami.
7) Jangan lupa untuk menyertai ruangan facebook dan twitter kami.
Akhir kata, salam sayang dari kami di InfoMalaya dot com. =)

Kepada semua pembaca, pengunjung, dan rakan-rakan blogger, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri esok. Kami di InfoMalaya dot com ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan sekiranya ada keterlanjuran bahasa, kesilapan fakta, atau pun pernah menyinggung hati sesetengah pihak selama kami menulis di sini.
Juga, kepada mereka yang sedang beraya di perantauan(terutamanya saudara Arynet kita yang kini beraya di Egypt), semoga cepat-cepat habiskan belajar dan balik ke Malaysia. =D
Selamat Hari Raya~
Assalamualaikum, Salam Ramadhan. Oleh kerana setiap penulis infomalaya dikehendaki menulis tentang diri masing-masing, aku sebenarnya sedikit susah untuk kenalkan diri aku dalam dunia internet ini. Disebabkan bat dah tulis dulu, aku akan cuba tulis pula.

Ahmad Rushdi - Arynet
Nama sebenar aku ialah Ahmad Rushdi Bin Yusoff Bin Mat Esa Bin Hassan. Aku dilahirkan di Hospital Besar Kangar, Perlis. Dibesarkan di Negeri Kedah. Berumur 22 tahun pada 21hb Mac 2009, masih muda ni. Seorang yang berdarah jenis O, boleh menderma darah kepada semua orang, merupakan seorang penderma darah yang baik hati hehe. siapa sanggup derma darah kepada aku jika aku perlukan kelak?
. Aku anak yang ketujuh daripada 7 beradik. Klik untuk selanjutnya »
Alhamdulillah, kami masih lagi bersemangat untuk menulis. Terima kasih kepada semua pembaca setia, dan juga jutaan terima kasih buat semua penulis InfoMalaya yang masih sayangkan blog ni.
Menjelang Ramadhan, tema baru akan dinaikkan, bersama-sama dengan 3 banner berkenaan sambutan ulangtahun ke-3 InfoMalaya seperti yang telah dijanjikan.
Terima kasih!

Sebentar tadi, Majlis Tertinggi InfoMalaya dot com(Ketua Editor dan Editor Kanan), Saudara Mohd Huzairy dan saudara Ahmad Rushdi ada berbincang mengenai sambutan ulangtahun ke-3 blog ini pada 1 Ogos 2009 nanti. Maaf dipinta buat semua ahli high council yang lain kerana planning yang dibuat di minit akhir.
Setelah bersembang pung pang pung pang, maka kami pun bersetuju untuk mengadakan aktiviti sihat ala-ala pertandingan(Ni lebih kurang macam Encik Kumprinx pernah buat dulu). Aktiviti yang menyihatkan itu ialah, menulis di blog masing-masing tentang InfoMalaya dot com.
Ya, mungkin susah dan mungkin tersangat kacang kalau nak menulis tentang InfoMalaya dot com secara general(umum). Jadi, di sini kami senaraikan beberapa panduan untuk penulisan anda. Tuliskan mengenai:
1) Apa yang anda tahu tentang InfoMalaya dot com? Tuliskan tentang pengalaman anda sebagai para pembaca di sini.
2) Apa yang anda inginkan di dalam InfoMalaya dot com? Blog ni sebenarnya memang tak ada pengkhususan dalam bidang-bidang(niche) tertentu.
3) Apa yang anda suka, dan apa yang anda tak suka pada InfoMalaya dot com. Kritiklah sejujur mungkin, dan jangan lupa berikan cadangan untuk kami memperbaiki kekurangan kami.
4) [Apa-apa sahaja yang anda rasa nak tulis]
Jadi, apa faedahnya kalau anda semua turut serta? Disebabkan kami tiada dana kewangan, dan kami bukan orang kaya-kaya(kecuali Affuan, haha), maka hadiah yang kami boleh tawarkan ialah, pengiklanan percuma di InfoMalaya dot com selama sebulan. Banner bersaiz 125 pixel x 125 pixel yang dipautkan ke blog anda akan diletakkan di bahagian paling atas sekali(di atas header) sebagai penghargaan dari pihak kami.
Andai kata, terdapat 100 entri yang menepati kriteria dan syarat, maka 100 banner lah yang akan kami naikkan! Mungkin terlalu too good to be true bagi sesetengah pihak, tapi ini betul-betul, bukan cubaan lagi dah!
Aktiviti ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang ada blog sendiri, dan sudah tentu, khas untuk para pembaca InfoMalaya dot com sendiri(termasuklah para pembaca senyap yang dikasihi =D). Ahli keluarga InfoMalaya dot com juga digalakkan(dibaca sebagai diharuskan) untuk join. Blogger-blogger high profile seperti Tun Mahathir juga digalakkan untuk join sekiranya beliau juga membaca InfoMalaya dot com(kalaulah~).
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Julai 2009 jam 11.59 malam. Kepada mereka yang telah menulis di blog masing-masing, sila maklumkan di ruangan komen. Jangan lupa untuk menyiapkan sekali banner 125×125 piksel blog anda. Buat lawa-lawa. Kalau boleh takmau yang ada animated GIF atau PNG. Gambar pegun dah cukup, hehe..
Selamat mencuba. =D
Kemaskini 6 Julai 2009: Ada beberapa rakan dan anak murid Ustaz yang kehilangan kamera ni dah memberikan klu. InsyaAllah barang tu akan dipulangkan ke tuan empunya yang asal dalam minggu ni. Alhamdulillah. Terima kasih kepada Eriyza, dan ct-k kerana turut menghebahkan perkara ni. Tak lupa juga, kepada semua para pembaca yang turut membantu. Terima kasih!
Pertama sekali, mintak maaf sebab entri kali ni memang off-topic dan tak sepatutnya ada dalam infomalaya. Cuma aku rasa dah jatuh hukum wajib bagi aku mewar-warkan barang yang aku jumpa pagi tadi.
Baik, pagi tadi(1 Julai 2009), aku dan segerombolan kawan-kawan aku pergi berkelah di Sungai Congkak di Ulu Langat. Sedang aku mengintai-intai kelibat anak-anak ikan(hobi aku kan memancing), aku terjumpa sebiji kamera berjenama yang harga dia aku rasa mahal jugak la. Aku suspek tuan empunya tertinggal kamera ni masa berkelah dengan famili dia.
Klik untuk selanjutnya »