Arkib

Pernah anda bayangkan, yang anda dan rakan-rakan anda berkongsi minat/hobi yang sama, contohnya pergi berkelah bersama-sama, memancing bersama-sama, atau pun merempit beramai-ramai. Dan sampai satu ketika anda atau kawan anda mungkin akan berkata, “Ah bosannya asyik kita ja yang keluar, asyik-asyik nampak muka kau, tak pun si Abu, atau pun si Ali tu…Boring syial!”
Lantas ditempelak oleh anda, “Nak buat macam mana, dah ini ja kawan-kawan yang kita ada. Takkan kau nak pergi join geng si Mat tu? Nak jadi mat rempit bleh la bai!“..
Baik, cukup setakat itu dialog antara dua makhluk tadi. Sekarang kita teruskan ke agenda sebenar, sebab sekarang dah ada laman web yang dapat menyelesaikan masalah insan-insan yang kekurangan rakan taulan sebentar tadi iaitu Bunch Out. Aku rasa baik diteliti dulu komik di bawah, supaya senang kita memahami fungsi dan peranan laman web ini.
Dah faham? Sebenarnya laman web ini hasil idea kreatif dari Khailee Ng iaitu pemenang Blue Chili Award tidak lama dulu. Dan kini beliau sedang membangunkan projek itu bersama-sama dengan MindValley(Kompeni yang membangunkan BlinkList dan SocialRank).
Dan subdomain kl.bunchout.com sudah dibuka sekarang. Sila lihat penyenaraian kumpulan-kumpulan yang telah ada di sana. Dan, err Khailee, area Penang bila mau buka?
Kemaskini: Khailee baru memberitahu di ruangan komen tadi, sekiranya ingin membuka cawangan, sila gunakan http://upcoming.bunchout.com/groups/new , dan buka senarai baru di sana. Sekiranya penyertaannya lebih dari seratus orang, maka pihak Bunch Out akan membuka cawangan baru. Terima kasih Khailee!
Entri sebelumnya « Clickkita ~ Click-A-Child

Komen dari khailee · December 16, 2007 @ 11:20 pm
hi~!! guna http://upcoming.bunchout.com/groups/new utk buka listing utk penang ke.. kelantan etc – kalau dapat >100 utk satu tempat , ia akan dibuka!
thanks for the review bro, beli buatan malaysia ;p
Komen dari Bat · December 16, 2007 @ 11:43 pm
Owh, tenkiu Khailee..Nanti aku update dalam entri..Takda hal, hehe..
Komen dari chot · December 17, 2007 @ 12:52 am
bole gak aku cari member utk menembak ni…
Komen dari Pembebel · December 17, 2007 @ 9:32 am
Kalo aku nak carik member dalam arena pembebelan bleh? Wekeke!!
Komen dari Bat · December 17, 2007 @ 9:41 am
eh aku ada ternampak geng2 fotographer kat sana..
Off-topic: Tahniah Chot sebab ManU menang malam tadi, hahaha…Sekali Chealsea lak kalah, adeiii…
Komen dari Bat · December 17, 2007 @ 9:43 am
Hahaha…setakat ni tak jumpa lagi pembebel..
Komen dari megat · December 17, 2007 @ 9:54 am
boleh buka cawangan untuk johor juga. sape nak join erk!? 100 orang tue uhuhu
Komen dari kita · December 17, 2007 @ 5:10 pm
ermmm..bagus jugak erkkkk macam ni…sapa nak join utk pantai timur
Komen dari khailee · December 19, 2007 @ 3:49 pm
btw i linked u on webwatch! http://webwatch.com.my
Pingback dari My Latest Venture : Bunch Out | Web Watch Malaysia · December 19, 2007 @ 3:51 pm
[...] A Malay blog review is on Info Malaya [...]
Komen dari Bat · December 19, 2007 @ 5:24 pm
Area Johor kan ramai, Novatech, Azhar, Rasso, Azreen, oden, ngan2 geng universiti kat sana, haha..
Komen dari Bat · December 19, 2007 @ 5:25 pm
pantai timur? aiseh, aku pantai barat, hehe
Komen dari Bat · December 19, 2007 @ 5:25 pm
Thanks Khailee!
Komen dari Aizat · December 20, 2007 @ 6:10 am
Jom join geng johor! hahaha.. Boleh lah cari member2 and awek2 sehobi..
Komen dari ajacx · December 20, 2007 @ 5:23 pm
hye..tq sbb vsit grafixmalaya…
Komen dari nazirHF · December 31, 2007 @ 6:39 am
::Wah pasnih bole la aku cari geng menyumpit ahaha
Pingback dari YouthSays beta - Bukan sekadar survey · April 23, 2008 @ 8:54 am
[...] Joel Neoh untuk membangunkan YouthSays. Sebelum ini, infomalaya pernah membuat ulasan tentang BunchOut iaitu salah satu sentuhan Khailee Ng [...]