Arkib

Broadband Power Line

Berita ini telah tersebar sejak tahun akhir tahun 2006 di beberapa forum terkenal Malaysia. Beberapa minggu lalu, mendapat berita dari seorang rakan yang kebetulan menceritakan berkenaan BPL (Broadband over Power lines) yang telah pun berjaya digunakan oleh sesetengah pihak.

Mungkin teknologi ini bakal menggantikan teknologi sedia ada yang belum mencapai tahap memuaskan. Namun, masih tidak kedengaran bahawa BPL ini akan dilancarkan di seluruh Malaysia. Saudara Aman telah menulis berkenaan Tahun 2010 – Tahun Jalur Lebar Negara, mungkinkah BPL juga bakal diperkenalkan?

BPL (Broadband over Power lines),  juga dikenal sebagai PLC (Power Line Communication) atau PLN (Power Line Networking). Merupakan alternatif kepada DSL atau kabel modem broadband. Menggunakan talian elektrik sedia ada untuk akses internet. Berkemungkinan menggunakan teknologi yang dibangunkan Spidcom. Kelajuan BPL ini boleh mencapai atau melebihi 200Mbps.

Symphonet Sdn Bhd telah membuka akses di laman mereka yang menerangkan berkenaan BPL. Beberapa minggu sebelum ini halaman BPL tersebut kosong. Mungkin teknologi ini telahpun berjaya digunakan dan bersedia untuk di pasang di mana sahaja. Kos untuk menggunakan BPL ini tidak pula dinyatakan. Anda boleh menghubungi Symphonet Sdn Bhd untuk maklumat lanjut berkaitan kos dan cara mendaftar BPL dari mereka.

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh arynet

Laman web penulis : http://www.ahmadrushdi.com

Seorang budak kampung yang terlalu nakal tak dengar pesanan. Sawah bendang tempat permainan. Sedang mencari orang yang berkenan. hehe..

Sudah ada 22 respon untuk entri ini »

  1. Komen dari aman · November 16, 2009 @ 11:53 am

    wah. menarik.

  2. Komen dari Anarm · November 16, 2009 @ 2:33 pm

    best.. best.. tebaboom~

  3. Komen dari Bat · November 16, 2009 @ 6:06 pm

    Dulu pernah nampak device Ethernet over Power Line ni kat plaza lowyat, tapi tak berani nak beli >_<

    Kalau ada benda ni, tak serabut la rumah dengan wayar LAN. Wifi juga satu option, tapi speed dia tak berapa nak laju, hehe..

  4. Komen dari sankai · November 16, 2009 @ 7:21 pm

    aku bersedia menjadi beta tester kalu teknologi ni diperkenalkan…
    hahahha..

    kita ni hidup utk mencuba produk sahaja…
    semua pun beta, testing, in developement dan yang seangkatan dengannya…
    ehehheh…..

  5. Komen dari Bat · November 16, 2009 @ 7:50 pm

    Aku dah emel pihak berkaitan, harap-harap dia reply emel tu, hehe.. XD

  6. Komen dari Harith Dawi · November 16, 2009 @ 9:34 pm

    menarik tu…TM dan TNB kena bekerja sama ler…

  7. Komen dari arynet · November 18, 2009 @ 7:56 am

    @ aman : menarik? cubalah.
    @ anarm : meletup sakan neh..
    @ bat : Beli je bat, rasanya mahal juga. 300USD kot? betul ke? hehe
    @ Sankai : jangan sankai, apa kata kita buat satu mcm ni, produk kita sendiri.. saingan tu..
    @ Harith Dawi : haha. perlukan kerjasama. Tentu susah kan? :D

  8. Komen dari mrahfa · November 18, 2009 @ 1:54 pm

    kat aussie takde teknologi ni. Broadband kat sini memang laju, tapi bayar ikut berapa mb used.

  9. Komen dari C++ · November 18, 2009 @ 2:51 pm

    Dulu gua pernah terlibat ngan TNB pasai projek nih.. dah test pon… jalan dengan lancarnyer… cuma Kerajaan tak kasi buat .. takut ganggu business TMNET …. kalu tidak… sure setiap rumah kat Malaysia ader line Internet paling cikai berkelajuan 1MB…

    La nie substation TNB dan yang berkaitan jer ader pasang dan guna benda nih… hehehehe

  10. Komen dari novatech · November 19, 2009 @ 5:32 pm

    kalau benda ni jalan.. coverage mana mana sahaja yg ada letrik la?
    atau kena pasang alat khas hehehe :D
    bagus la utk org yang takde line telefon kat rumah macam aku ni

  11. Komen dari Abu Tausi · November 23, 2009 @ 9:57 am

    Selagi ada TMNUt jangan harap.

    msih ingat lagi bukan main hebat dr mal menceritakan misi & visi masa melancarkan soma. masalahnya duit sebab jaring gamen punya

    tnb sudah ada lesen & teknologi tapi disekat takut tmnut rugi.

  12. Komen dari fazrin · November 24, 2009 @ 4:03 pm

    jangan harap kerajaan nak lulus kan, kalau dah ada teknologi ni, tm kompom lingkup2, silap2 astro, dah semua projek2 optic tak laku.

    benda ni memang dah ada, cuma disekat je, betul cakap abu tausi tu

  13. Komen dari asx · November 25, 2009 @ 7:50 am

    also call powernet . haha , bleh je gune kt msia nh . ikotkan TNB pon leh jadi ISP kalau diaorg nak .

    kt us dah bersepah .

  14. Komen dari VB6 · November 25, 2009 @ 9:41 pm

    Guna generator boleh dapat line internet tak? Kih..kih..kih

  15. Komen dari ibnuimam · November 27, 2009 @ 10:42 am

    Kalau BPL digunakan di dalam rumah je macam device yg Aztec kuarkan tu aku setuju. Tapi kalau menggunakan grid nasional dan talian elektrik domestik, aku dengan sekeras-kerasnya MENENTANGNYA.

    Laju memang laju, tapi bawa kesan sampingan kepada orang lain. Kajian di Amerika mengesahkan bahawa BPL memberi kesan kepada penggunaan glombang radio. Terutama di High Frequency (HF). Kenapa? Jawapan paling mudah ialah talian elektrik tiada ’shield’. Jadi akan bersepah2x la kesan gelombang (harmonic) daripada BPL. Tak mustahil siaran TV dan Broadcasting Radio seperti ERA & HOTFM pun akan terganggu.

    Apa Komen Kalian?????

  16. Komen dari xflixz · November 29, 2009 @ 11:06 am

    Adui..dah terbaek dah ni..kalo la BPL ni menjadi kenyataan,secara otomatisnya rumah yg ada bekalan power elektrik akan dpt connection internet..kan?tp TMnut punyer pasal gov tak bagi…rugi siot!

  17. Komen dari Azmi · November 29, 2009 @ 5:01 pm

    kalau BPL ada kesan sampingan,pihak yang berkenaan mestilah mengatasi masalah tersebut dengan memasang filter,software ,hardware atau ape sajalah supaya BPL dapat berjalan dengan lancar tanpa menggangu siaran radio.

  18. Komen dari Speedo · November 30, 2009 @ 10:10 pm

    Nama servis broadband symphonet cam sial je…. Bukan nama je malah mereka mengajar pula ajaran sesat. ISP yang bangang.

    http://symphonet.com.my/broadband.html

  19. Komen dari ibnuimam · December 2, 2009 @ 1:19 pm

    Oh… Tengok kat web symphonet ni, Hmm.. teknologi dia untuk dalam rumah atau pejabat je. Sama macam Aztec HomePlug kalau tak salah.

    Kalau nak teruskan BPL ni dari pencawang ke rumah pengguna, talian elektrik kena letak shield disekeliling kabel tersebut. Rasanya macam tak berbaloi. Tapi tak tau la…

    Susah nak fikir ni. Elektrik umah kotor sebenarnya. punca utama adalah motor elektrik seperti kipas, blender dan ekon. Signal internet akan terganggu dek benda2x ni. Internet juga mungkin akan menambah kotoran ini. Kebanyakan barangan elektronik seperti komputer, tv dll rosak sebab elektrik tak stabil. so…

    Pada pendapat aku, aku fikir fiber optik paling cekap setakat ni. Orang yang pakai PenangFon bagi komen yang sangat baik.

  20. Komen dari arynet · December 4, 2009 @ 9:32 am

    @mrahfa : ada kot. cuma mcm malaysia juga, kerajaan tak bagi?? hehe
    @C++ : uih.. dah pernah try la ni.. haha bagus2. TMnet pun boleh rugi eh.. mungkin akan ada kerjasama pada masa akan datang kot.
    @novatech : boleh, kat mana ada elektrik. kena device yang disediakan. boleh la order kat symphonet tu.
    @Abu Tausi : tak rugi rasanya jika persaingan sihat, ye tak? haha..
    @Fazrin : ada la tu masalah kenapa disekat. Undang-undang or apa2. sapa tahu?? hehe..
    @Asx : ada contoh web tak asx?? nak tahu diorg laksanakan mcm mana kat US tu..
    @VB6 : err.. rasanya tak boleh kot, sbb tak ada sambungan terus. ada ke wireless electrik?? kekeke..
    @xflixz : mana yg ada letrik, boleh la. jangan guna generator mcm VB6 kata sudah.. haha
    @Azmi : ya betul. itulah yg perlu.
    @Speedo : Erk! Zeus tu ke? haha.. mungkin boleh contact diorg supaya ubah..
    @ibnuimam : erm.. tak tahu pula pasal elektrik kotor apa semua ni. Rasanya jika teknologi ini digunakan pasti ada cara untuk digunakan secara selesa tanpa masalah

  21. Komen dari ami bin mohd · December 4, 2009 @ 2:16 pm

    Broadband kuasa elektirk telah dilancarkan di Malaysia:

    1. Untuk permulaan terhad di kawasan K.L sahaja.

    2. Kelajuan antara 1 Mbps hingga 100 Mpbs

    3. Kos langganan dalam RM 120 sebulan.
    (kos mungkin di kurangkan pada masa akan datang)

    4.Tidak menggunakan modem cuma guna adaptor plug and play sahaja.

    Untuk langganan hubungi : 03-80230080 (Symponet Sdn. Bhd)

  22. Komen dari adam bin ahmad · December 4, 2009 @ 2:18 pm

    aku baru cek website http://symphonet.com.my tu..
    harga RM128 utk 2mbps pastu kena pulak byr one off rm300..
    aih, rasanya x ramai nak guna khidmat syarikat nih…

    harga tu masih mahal berbanding streamyx..bukan nak ckp apa, mcm x lama nak bungkus syarikat ini, kecuali ni glc gak..wakakakka…

    memang tnb dah buat jv dgn syarikat mana ntah, sonyericsson ke alcent pasal teknologi internet ikut line elektrik ni..
    seingat aku masa tu dlm forum heboh gak, sbb dgr citer ada pemimpin kerajaan x suke idea tu, yg maybe akan jahanamkan client internet tm.

    last2 tutup fail..

    aku x pasti sgt pasal teknologi Broadband over Power Line ni..tapi setahu aku walau pakai BPL pun, kabel utama internet ke US masih kena lalu BPL..
    jadi dalam malaysia ni TMnet la kontrol/monopoli kabel utama ni..
    sebab tu la mcm claker aje internet di malaysia sbb TMnut ni kontrol semua..
    usah cakap maxis berukband ke, wimax ke, semua kena lalu kabel ni utk dpt line internet..

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.

Langganan RSS

Inginkan kemaskini di InfoMalaya dot com dihantar terus ke peti mel anda? Sila masukkan alamat emel anda di ruangan yang disediakan. Kami takkan sesekali menyalahgunakan emel anda, lagi pun kami bukan orang jahat.

*Sila rujuk artikel ini sekiranya anda masih samar-samar tentang langganan RSS.

Rangkaian Sosial

Demi bersaing dengan teknologi internet yang semakin pesat dan kesat, kami pun tak ingin ketinggalan. Sertai kami di laman rangkaian sosial di bawah.

Atau, jika anda ada sebarang pertanyaan, sila ajukan ke hello@infomalaya.com