Blogging Part 2 unleashed!

Seperti yang dijanjikan, kali ni aku dah post Blogging Part 2 iaitu Resipi untuk mem’promote’kan blog..hehehe..Baca jangan tak baca..
- Pastikan konsep dan isi kandungan blog anda unik,bermanfaat,berkualiti dan up-to-date untuk pengunjung. Jangan menghantar post yang tidak memberi manfaat, berbaur fitnah, bahan yang terlalu lama dan yang penting sekali, jangan hanya membuat post yang syok sendiri…
- Kalau boleh, pastikan tajuk/title post tu bombastic atau boleh menarik perhatian pengunjung, jangan masukkan teks yang terlalu panjang dan jangan lupa masukkan gambar yang berkaitan…Pengunjung cepat boring kalau teks tu panjang sangat dan kalau tak ada gambar…Bak kata orang putih “The picture paints thousand words”…
- Gunakan templates yang ceria dan mudah digunakan oleh para pengunjung.
- Berdasarkan pengalaman aku, visitor akan boring dan terus keluar sekiranya mereka a susah dan tak tahu macam mana nak navigate dalam blog tu…
- Jadilah seorang pembaca blog yang rajin dan baik. Selalulah berkunjung ke blog orang lain dan berilah komen anda di blog tersebut. InsyaAllah tuan punya blog tersebut akan melawat blog anda…
- Layanlah dan berikan respon pada setiap komen yang diberikan oleh pengunjung anda..tanpa mereka, siapalah anda..jadi hargailah pengunjung anda…
- Tukar link blog anda dengan blog lain. Hubungilah tuan punya blog tersebut melalui emel dan luahkan niat anda untuk bertukar link dengannya…
- Daftarlah sebagai ahli di mana-mana website ranking seperti malaysiatopblogs.com, jiwangtopsites atau forum-forum bloggers seperti malaysiabloggers.com…Dengan ini, blog anda akan lebih dikenali orang ahli-ahli di dalam website tersebut..
- Claim blog anda di technorati.com, gunakan tags yang sesuai dan popular untuk post anda…Jangan lupa gunakan servis ping seperti ping-o-matic untuk ping blog anda…
- Daftar blog anda di Blogexplosion.com…Dan gunakan segala kemudahan di dalam website tersebut…
- Masukkan URL blog anda dalam signature emel anda.
- Kalau ada friendster, jangan lupa masukkan URL blog anda sekali.
- Gunakan khidmat digg.com.my, digg.com atau del.icio.us
- Submit URL blog anda di setiap search engine dan web directory yang anda tahu seperti google,yahoo!,askJeeves,cari.com.my dan lain-lain…
- Hantarlah emel atau SMS dan beritahu rakan-rakan anda tentang blog anda..
- Promosi secara fizikal iaitu buatlah sticker atau tempah T-shirt yang memaparkan URL blog anda…Cuba bayangkan, kalau lekat sticker tu kat kereta atau moto, berapa ramai orang yang akan ternampak URL tu? Sama juga kalau tempah T-shirt, mesti ramai yang nampak kalau kita pakai baju tu masa jalan-jalan kat luar…Ingatlah sesungguhnya manusia tu punyai sifat ingin tahu..jadi gunakan peluang ni..
Pesanan:InsyaAllah kalau anda buat seperti apa yang disenaraikan di atas, blog anda akan dikunjungi ramai orang…TAPI ingat, yang paling penting ialah usaha anda, dan banyak-banyaklah bersabar untuk memastikan blog anda dikenali orang..Bak kata orang putih, it is just a matter of time…Tips ni aku dapat melalui pengalaman aku sendiri dan hasil aku melayari blogs orang lain, terima kasih kepada juga kepada liewcf dan Cypherhack…
Tunggu kemunculan BLogging Part 3 - Cara-cara nak dapatkan duit melalui blog!
Â
aman (#)
September 4th, 2006
aku tgh tunggu camne nak dapat duti mlalui internet…
info_malaya (#)
September 4th, 2006
Ya ka?takpa2..aku pun ngah dok mengumpulkan bahan jugak nih..sabar eh..
Zairul (#)
September 4th, 2006
“Gunakan templates yang ceria dan mudah digunakan oleh para pengunjung.”
Betul2.. aku setuju sangat.. tapi jgn terlalu colorful.. e.g) background hijau, font merah.. pening pakcik
tsc crew (#)
September 4th, 2006
korang boleh check link free directory guna directory tracker sini..dia siap ada pr checker lagi..so korang boleh pilih directory yang korang suka..
(high-pr directorylah)
http://www.articletrader.com
submit guna tangan dan tengok. insyallah, selalunya selepas dua blog korang akan tersenarai.
regards,
fuad
CypherHackz (#)
September 4th, 2006
erks! macih2 gak kat kau. he3. btw tuk blogexplosion tu, die just accept english site je. sebelum ni aku pernah submit site aku, tapi ditolak. thats why site aku skang ni english. tapi skang ni pun aku dah ada blog in malay. sila2 datang melawat jugak site lagi satu ni, myCypherHackz.Net
Bat (#)
September 5th, 2006
Erm..betul tu..mmg dia tak terima blog yg pakai bhasa melayu..susah betul..:-(
Kaizen (#)
September 8th, 2006
Bla tah kemunculan Blogging part - 3 2?x sabo ni..
baru nak bjinak2 dgn blog ni..huhu
info_malaya (#)
September 8th, 2006
Ya ka?Sabar eh…kena bagi laluan kat post lain sama..huhuhu..sori2..
Azahari (#)
December 8th, 2006
Terima kasih atas panduan.Saya tak tau pulak sudah ada Digg untuk Malaysia.
surfaddict (#)
December 8th, 2006
bagus info ni..thanks..akupun tunggu no 3 punyer keluar..uikh..ko bleh buat ebook ni..tp kasi free..hehehe
Bat (#)
December 8th, 2006
huhu..terus terang aku cakap..mula2 ingat nak sambung part 3, tapi lepas masuk wangcyber, banyak otai2 yg berganda2 tere kat situ..
rasa kecik ja rasa..hehe
Dood (#)
December 19th, 2006
nak jugak terlibat dlm dunia online ni, tapi provokative blog mcm aku punya bleh ke? kena cari idea lain ni, blog aku asyik org komen negative je.. hahahhaha…
Bat (#)
December 19th, 2006
Dood, aku penah masuk blog kau,
aku tgk sampai habis..mmg byk betul komen..haha..tak kisah la dood..setiap orang ada hak untuk bagi pendapat masing2..sama ada nak sokong atau bangkang..
trisno (#)
January 3rd, 2007
bah gimana tukeran link nya awak orang indonesia ni ko rada bingung nih bah..saya suka tukeran blog ama siapa saja tolong bisa d linkkan punyaku ntar tak link balik ato kabari lewat email atau blog ya..
amirez (#)
April 25th, 2007
bagus betul post kali ni.paling xleh handle kucing tersipu2 malu tu eheh
Bat (#)
April 25th, 2007
@amirez: kucin tu aku minat sangat..haha
star (#)
May 15th, 2007
Macam-mana nak buat ruangan komen ni dan upload kat blog.Boleh tolong x?
Bat (#)
May 16th, 2007
@star: kalau guna wordpress,automatik dah ada sekali..
Apa itu blog « puisi (#)
July 11th, 2007
[...] Blogging Part 2 unleashed! [...]
heru (#)
July 28th, 2007
tolong kunjungi web saya….ya…………
lic4tdomroro (#)
November 18th, 2007
lirelletoch
starline (#)
November 18th, 2007
bagus la tips ni,sebab bloggers ni hidup dalam komuniti,so,kena tolong menolong.pelan2 kayuh,insyaALLAh mesti ramai punya orang kunjungi blog kita
taiko (#)
December 18th, 2007
berapa bintang utk blog taiko korang nk bg? klik nma taiko utk masuk. erm, 1 tambahan utk org suka layan blog kita, kita guna ajax.
azmi (#)
September 28th, 2008
den baru nak bolajo yo ni…..