Blogging Part 1 - Apa itu blog dan bagaimana nak buat…


Blog adalah satu jenis web yang dikategorikan sebagai online journal atau pun online diary. Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi atau bersiri. Dalam bahasa yang lebih senang, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan begitulah seterusnya.Blog menggunakan bahasa php web programming kerana ianya melibatkan database untuk meyimpan post/artikel.
Blog telah pun lama bertapak di internet sebagai satu medium untuk seseorang individu atau organisasi itu untuk memaparkan penulisan yang berkisar tentang kisah hidup, luahan rasa, berita, catatan perjalanan/pengembaraan, mempromosikan produk/servis, resume dan seterusnya untuk suka-suka.
Untuk menghasilkan blog, terdapat dua cara iaitu menghasilkannya sendiri(memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming) atau menggunakan khidmat blog provider secara percuma(lebih mudah dan tidak memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming).
Di antara laman web yang menyediakan khidmat blog secara percuma ialah (2 ni yang paling popular):
Blogger - Milik Google.com
Wordpress
Contoh-contoh blog
Blogger
Wordpress
Kelebihan blogger
- Percuma.
- Mudah untuk mendaftar.
- Control panel yang ringkas dan mudah digunakan.
- Boleh upload gambar dalam control panel.
- Boleh mengubahsuai template secara bebas(Boleh guna CSS,DHTML,AJAX).
- Turut mempunyai categories tetapi masih dalam peringkat BETA dan hanya user yang bertuah saja boleh dapat.
- Mempunyai archieves iaitu tempat di mana post-post lama disimpan mengikut bulan.
Kelemahan blogger
- Hanya pengunjung yang mempunyai akaun blogger sahaja dapat memberikan komen untuk post blogger lain.
Kelebihan Wordpress
- Percuma tetapi untuk mengubahsuai template, perlu membayar USD25 untuk upgrade
- Mudah untuk mendaftar.
- Control panel yang komprehensif.
- Mempunyai Categories iaitu setiap post dibahagikan mengikut kategori masing-masing.
- Mempunyai Pages iaitu page yang dapat diisi dengan custom content mengikut kemahuan user seperti about,links dan apa-apa yang sesuai.
- Mempunyai archieves iaitu tempat di mana post-post lama disimpan mengikut bulan.
- Pengunjung tidak perlu mempunyai akaun wordpress untuk memberikan komen.
- Setiap komen yang diberikan oleh pengunjung boleh di’moderate’.
Kelemahan Wordpress
- Tidak sesuai untuk newbies. Tetapi tidak memerlukan masa yang panjang sekiranya hendak belajar menggunakannya.
- Tidak dapat mengubahsuai template, perlu upgrade dan membayar sebanyak USD25 untuk unlock fungsi edit template.
Pesanan penting:
Sebelum anda mendaftar, pastikan anda telah pun mempunyai konsep dan untuk apa blog anda dibuat. Ini penting kerana semasa mendaftar, domain atau pun alamat blog anda adalah berdasarkan username akaun anda.contoh:
Blogger: nama_akaun_anda.blogspot.com
Wordpress: nama_akaun_anda.wordpress.com
Jadi apa tunggu lagi, buat anda yang berminat untuk mencuba, daftarlah sekarang. Sekiranya ada apa-apa kekurangan atau kesilapan di dalam artikel ini, diharap anda dapat memberikan komen dan teguran.
Sekian terima kasih.
Assalamualaikum…
Tunggu kemunculan Blogging Part 2 - Bagaimana hendak memastikan blog anda dikunjungi pelawat dan mendapat sambutan.
BlackSun (#)
September 6th, 2006
http://www.futurenuke.com/ gempak tak site ni kes kes kes kes
ikram_zidane (#)
November 18th, 2006
correction.. as far as i’m concern everyone can comment on blogger’s post.. already made lots of comment on blogger’s blogs..
info_malaya (#)
November 18th, 2006
Terima kasih ikram_zidane sebab inform..
Sekarang blogger dah pakai versi beta..sebab tu dah ada categories dan fungsi baru..dulu zaman saya belum ada versi beta tu..tapi alhamdulillah sekarang dah ada..
info_malaya (#)
November 19th, 2006
ha..pasal wordpress tu..Kawan2 aku ramai yg komplen sebab susah nak guna..tak faham cara nak guna function2 dalam dashboard dan admin panel..itu ja :-)tapi membe semaktab aku tu baru lagi dalam blogging, sebab tu dia rasa susah skit
lama2 nanti pro la dia..
ikram_zidane (#)
November 19th, 2006
itu sebab tak faham ‘english’… sebab wp ade banyak function berbanding blogger..
info_malaya (#)
November 19th, 2006
aah..tapi yang sebetulnya benda ni kena berani mencuba..baru boleh..
kalau asyik cakap susah sampai bila nak tahu..
tuan ruzana tuan sulaiman (#)
March 20th, 2007
ruangan ini memang sesuai untuk pelajar seperti saya.
Bintang « cinta (#)
July 11th, 2007
[...] 7 komen [...]
Apa itu blog « puisi (#)
July 11th, 2007
[...] Blogging Part 1 - Apa itu blog dan bagaimana nak buat… [...]
Asyari (#)
August 24th, 2007
bleh x awk ltk ttng cara nak bwat web site??
azmi (#)
May 24th, 2008
laman web ini sangat bagus kepada semua pengguna yg baru.. sila beri komen ttg laman web saya
azizah (#)
October 5th, 2008
saya suka ruagan ini sebb bleh luahkan perasaan.trima kasihla siapa yg uat ruagan ini