Arkib

Sudah bosan tidak mendapat hasil yang diharapkan dengan bisnes online? Sila jangan buat keputusan untuk membunuh diri dulu. Masih ada cara lain untuk mengaut keuntungan. Hehe. Aku tahu ramai yang tidak mendapat hasil yang cukup bagus dengan bisnes internet masing2. Jangan tipu! Aku lazerkan bontot tu kang baru tahu. Tak pepasal DSAI ajak aku makan malam di rumah beliau. Waahaha. Er, terbebel plak dah. Hehe. 

Aku pernah cadangkan idea ini kepada seorang kawan. Beliau adalah seorang newbie dalam bisnes internet. Setelah berhempas pulas orang yang mengajar (aku la tu), akhirnya beliau yang sedikit lembab berjaya juga mendapat klik dalam USD2 sehari. Huhu. Dah dapat duit tu banyak plak komen. Beliau tidak berpuas hati dengan amaun seciput itu. Lalu aku pun menyekeh kepala lutut beliau pat belas ratus kali sambil bercerita bahawa tidak ramai orang dapat ’sebanyak’ itu dalam sehari. Sebagai penyelesaian, aku memberi pendapat bahawa beliau harus melaburkan duit yang diterima setiap hujung bulan itu dengan memulakan bisnes offline. Beliau memilih untuk menjual prepaid secara kecil2an – bermula dengan modal pertama sebanyak RM1000. Modal itu semuanya datang daripada hasil Adsense. Sila tabik kepada ketekunan beliau. Hehe.

Setelah lebih kurang setahun, Alhamdulillah beliau tidak lembab lagi kerana telah berjaya membeli Proton Satria Neo dengan pitih (duit) internet + duit bisnes offline beliau. Teknik godaan bisnes online yang beliau aplikasikan kepada bisnes offline itu nyata menjadi. Terima kasih kepada aku. Sila comolot aku skali. FYI, beliau itu adalah pompuan. Kih3.

Selamat Hari Raya. Maaf zahir je. :p

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh Affuan

Laman web penulis : http://affuan.wordpress.com/

Sudah ada 6 respon untuk entri ini »

  1. Komen dari melayubuntu · October 12, 2008 @ 7:14 pm

    haha..dan2 nak cemolot..ampess..

  2. Komen dari arynet · October 13, 2008 @ 2:59 pm

    haha.. mcm cerita lawak pun ada.. :D

  3. Komen dari noris · October 13, 2008 @ 7:16 pm

    cis cis cis
    ayat cam gampang. berjaya membuat hari aku.

  4. Komen dari bird · October 14, 2008 @ 1:51 am

    lol gile ayat.

  5. Komen dari avataraang · November 1, 2008 @ 11:09 pm

    style gile..boleh try ni..cerita ini bukan rekaankan :)

  6. Komen dari asmadi · February 20, 2010 @ 6:58 pm

    kawan – kwan semua sesiapa nak dapatkan duit dengan mudah dan yang ingin membuka perniagaan sila klik di disini atau layari laman web ini.

    http://www.perniagaanmalaysia.com/index.php?ref=bongok

    semoga menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

    *dilarang spam. haha.

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.

Langganan RSS

Inginkan kemaskini di InfoMalaya dot com dihantar terus ke peti mel anda? Sila masukkan alamat emel anda di ruangan yang disediakan. Kami takkan sesekali menyalahgunakan emel anda, lagi pun kami bukan orang jahat.

*Sila rujuk artikel ini sekiranya anda masih samar-samar tentang langganan RSS.

Rangkaian Sosial

Demi bersaing dengan teknologi internet yang semakin pesat dan kesat, kami pun tak ingin ketinggalan. Sertai kami di laman rangkaian sosial di bawah.

Atau, jika anda ada sebarang pertanyaan, sila ajukan ke hello@infomalaya.com