Berblog Untuk Duit
p/s: Entri ini tidak menunjukkan cara untuk membuat duit dengan blog.
Bila disebut berblog untuk duit, ramai yang tidak mudah terpedaya (konon). Walhal, memang YA - seorang blogger memang boleh menjadikan bisnes internet sebagai landasan untuk mencari duit lebih. Tidak realistik? Oh, tidaaak. Jika pekerjaan biasa lain, korang terpaksa berhempas pulas memeras keringat dan tulang empat kerat untuk menjadikannya duit, sama la juga dengan membuat bisnes internet. Bezanya, korang hanya duduk di depan komputer setiap hari, membuat research, trial dan error berbanding dengan pekerjaan offline yang membuatkan korang terkejar ke sana ke mari.
Jika sayang duit untuk membeli ebook yang mengajar cara2 untuk membuat bisnes internet, korang ibarat “sayang” duit untuk mengisi minyak untuk ke tempat kerja. Begitulah adanya. Haha. Cam siot jer aku nyer perumpamaan. Hehe. Jika minyak tidak di isi, tidak sampai lah korang ke tepat kerja. Jika tak mahu buat research dan membeli panduan/ manual perniagaan internet, tidak akan jadi duitlah usaha korang nanti. Ironi bukan?
Berbalik kepada berblog untuk duit. Jika korang serius menjadikan bisnes internet sebagai sumber pendapatan lumayan, sila berdiri dan berkata,”YA, aku berblog memang untuk duit”. Jika selain itu, sila jangan sebut, kerana korang tidak layak berada di dalam kumpulan manusia yang bakal duduk setinggi insan bergelar Irfan Khairi. Lain lah korang berblog demi redha Allah (blog memberi pemahaman tentang agama Islam). Itu pengecualian. Tiada komen untuk tujuan itu. Pendapatannya nanti korang akan terima dalam akaun PayPal Akhirat nanti.
![]()
adi (#)
April 19th, 2008
entah.. malas aku nak layan buat duit dalam net nih .. masa benda nih tak meluas lagi
suatu masa dulu .. kira kira tahun 2003-2004.. kitaorg main egold.. akaun aku pakai masa tu bernombor 930xxx huhu ( 40++ org pengikut ) . skrg egold dah memiliki hampir tujuh angka pemegang akaun. sekarang dah tak best dah..
apa apa pun.. kepada yang buat duit tu .. teruskan usaha anda. tapi jangan sampai
mengotorkan nama webmaster webmaster malaysia. malu benor aku. hanya semata mata nak buat duit.. menggunakan pangkat webmaster / webdesigner walhal ilmu tak lah seberapa.. pakai cms, cedok sana sini.. buat sendiri tak reti.
apa aku membelel nih .. cau..
affuan (#)
April 19th, 2008
ahaha. tu melebur duit. aku sendiri x penah main egold2 ntahapapa tuh. aku cakap pasal adsense, affiliate, bla bla bla… :p
novatech (#)
April 19th, 2008
katakan, aku nak buat bisnes..aku nak jual ebook tips menjual ebook
perlu ke aku beli ebook yang akan ajar aku cara jual ebook yang nanti aku akan cerita balik dalam ebook aku tu cara nak jual ebook untuk orang yang nak jual ebook tentang jual ebook jadikan panduan?
aku rasa ebook tu nonsense la, takde minyak ada bas, guna perkhidmatan awam jimat. dalam tenet guna la google cari yang free.
affuan (#)
April 19th, 2008
aku dah agak perkara ni akan hot. so aku akan jawab elok2.
nasib baik aku ada pengalaman dalam mender alah ni. kalo tak ternganga gak nak jawab. kui3. jawapan aku, tak perlu la beli ebook untuk yang korang dah tahu. guna google jek untuk cari. aku buat blog mfa pun 100 peratus refer search engine. orang baca (dan beli) sebab simple jek > tak ramai yang rajin cari yang free. so, beli je la. haha. ini pengalaman aku dalam marketing melalui internet. kalau tidak percaya, aku x leh buat apa. kalau nak dikatakan bisnes internet tak menjadi, satu penganiayaan kepada ilmu jugak. takkan la google buat program adsense jika mereka sangka program mereka tu program bodoh? pikir2 kan lah. ahaha.
p/s: btw, naik bas pun kena bayar. muahaha.
Saya (#)
April 19th, 2008
Aku paling pantang orang yang berblog tentang “mau jadi jutawan belilah ebook saya” , “Nak jadi kaya?Registerlah guna referral saya” !!!Orang macamtu memang gila duit…Rela menipu orang demi kepentingan diri.Ciplak ebook orang pastu jual balik….Nasib baik adsense aku dah mencecah 1k dollar sebulan…Alhamdulillah
am (#)
April 19th, 2008
yerla… aku buat duit dengan blog… tapi apsallah aku punya adsense tak keluar iklan… heran sungguh… satu iklan layanan pun tak keluar…
anyone please…
tu yang berubah dengan tla dan kontera jer sekarang…
Affuan (#)
April 20th, 2008
saya - tuh hampeh punya marketer. ahaha. nasib la ko jumpa orang gitu. ekeke.
am - ko kena tanyer adsense team tu. takut dier ban ip ko kot. x pun, tanyer hosting ko apsal. huhu.
Bat (#)
April 21st, 2008
Bagi aku, entah la, susah gak nak komen pasal benda ni. Tak berapa pandai buat duit agaknya aku ni, blog ni pun tak pasang iklan, huhu..
Abis kat celah mana aku dapat duit? hehe
starline (#)
April 21st, 2008
Bat,
Ada lagi boleh dapat duit kalau tak pasang iklan.Dengan hubungi kami punya form.Kalau orang dapat banyak maklumat dari blog ni mungkin diorang akan upah ko jadi penulis upahan (huhu..macam pembunuh upahan la plak ayat aku).Diorang hubungi ko mintak persetujuan.
camna?Mana tau rezeki ko
Bat (#)
April 21st, 2008
@starline: huhu..Kira cam copwriter la ni kan? Dah pernah jadi, tapi aku fail, huhuhu…Pastu dah serik la nak jadi..hehe..
Jadi sekarang, aku dapat duit pun dari hasil buatkan theme wordpress kat orang, tapi jarang-jarang la dapat..
Affuan (#)
April 21st, 2008
er, aku tak dapat duit untuk buat blog, sebab aku buat percuma jek. huhu. hancus.
starline (#)
April 22nd, 2008
Fail buat camtu?buat themes wordpress lagi masyuk aku rasa.Tambah pulak ko buat ko punyer sendiri,pastu jual..masyuk beb