Arkib
Waktu aku mula-mula belajar komputer tiga tahun yang lepas, satu perkara yang paling mengujakan (:p) pernah aku pelajari adalah cara-cara format komputer dan install Windows. Ya, ini benda paling asas yang semua pelajar komputer harus tahu. Dan pada masa itu, inilah jalan mudah bagi menyelesaikan semua masalah komputer. Rosak sikit, format. Kena virus, format. PC lembap, format.
Lama-kelamaan, rutin format komputer menjadi suatu yang membosankan. Sampai aku boleh hafal nombor siri bagi Windows XP (betul, tak tipu). Proses menunggu di hadapan skrin monitor, dan klik butang satu-persatu bukanlah suatu yang menyeronokkan. Walaupun aku boleh jadikan proses install Windows itu automatik, namun aku tetap perlu install driver, Microsoft Office, antivirus, Opera kesayangan aku, dan segala software lain secara manual. Leceh. Bosan. Renyah.
Kemudian, aku jumpa satu lagi perkara yang mengujakan – Norton Ghost. Dengan software ni, aku boleh buat backup kepada Windows. Ya, backup pada OS itu sendiri.
Analoginya begini: Bayangkan Windows sebagai sebuah game. Bila aku backup Windows, ibarat aku save game tersebut. Kalau berlaku sebarang kerosakan pada Windows, ops, aku dah kalah game ni. Tapi tak perlu bimbang sebab aku boleh load game, iaitu restore Windows, dan segalanya akan pulih! Tak perlu mainkan semula game dari awal, iaitu format Windows.
Apa yang aku buat – install Windows XP. Kemudian install driver, dan segala macam software yang diperlukan. Kemudian buat backup menggunakan Norton Ghost. Andai berlaku sebarang malapetaka pada Windows aku tatkala aku harus menghantar assignment pada esok hari, restore sahaja fail Ghost tu. Proses restore ini cuma mengambil masa kurang dari 5 minit, berbanding satu jam yang mungkin diambil jika aku format Windows XP dan install software macam biasa. Mudah, kan ^^
P/S: Norton Ghost adalah perisian komersil yang harus dibayar. Kalau anda seorang pencinta Open Source, gunakan PING.
Entri sebelumnya « Jeroen Wijering Dot Com
Komen dari Bat · June 15, 2008 @ 3:40 pm
Tak pernah lagi aku try Norton Ghost ni, tapi memang betul la, sebelum ni kalau dah format komputer, nak tak nak kena install balik semua driver ngan software.
Tenkiu.
Komen dari Junaidix · June 15, 2008 @ 5:43 pm
aku pun tak penah guna Ghost nih.. hehe
Komen dari khairul · June 15, 2008 @ 5:59 pm
@bat: kalau nak install driver dengan senang boleh guna drivermax gak.
@Junaidix: terai la. memang menjimatkan masa.
Komen dari xeRo · June 15, 2008 @ 8:17 pm
ape beza dengan fungsi system restore yang memang dah ade dlm windows? aku memang tgh cari software mcm nih.. time kasih kongsi info..
Komen dari khairul · June 15, 2008 @ 8:39 pm
@xero: system restore hanya buat backup pada system file dan registry.. dia tak simpan dokumen atau fail2 lain
software macam Norton Ghost atau PING ni lak salin keseluruhan partition atau hard disk.. selain dari backup OS, bleh gak guna untuk backup dokumen2 yang lain..
Komen dari firdaus · June 16, 2008 @ 9:58 pm
hi,
i would like my website http://www.fyroo.com to be review by your blog. how much does it cost?
also if possible to exchange link?
please contact me at support@fyroo.com
Komen dari khairul · June 16, 2008 @ 10:21 pm
@firdaus: that won’t be my authority.. ask bat ^^
Komen dari Bat · June 16, 2008 @ 10:34 pm
@firdaus: I will reply your email soon. =)
@Khairul: hehe, tenkiu sebab tolong jawabkan.
Komen dari lankapo · June 17, 2008 @ 5:49 pm
aku percaya bila ko cakap ko hafal serial number WIndows XP (pirate kan
gurau2
pasal member aku bleh hafal sebab dia byk repair pc member2. AKu pun kagum.Gila apa bleh hafal serial number sampai 20 lebih angka. Baik ingat nombor awek ke lagi byk faedah hehe.
Tragedi yng menimpa pc aku bulan lepas menyebabkan aku terpaksa format pc aku balik. Masalahnya cina tu ckp dia tak leh nak install balik pakai cd restore yg Acer bg. Ori tuh. (Acer recovery CD) Mmg tak ble ke ? so terpaksa lah aku pakai pirate punya windows..aduss sakit hati jerk bila tak bleh nak update nasib2
pengajarannya backup lah pc anda
thanks
lankapo.com
shah alam
Komen dari khairul · June 17, 2008 @ 7:00 pm
oh. nombor awek pun aku ingat gak pe. ha3.
um, mungkin PC ko dah kena teruk sgt, sampai tak bleh nak recover, takpun cina tu yang malas
sebab tu kalau ada Windows ori, buat backup cepat2 guna Ghost nih. sure ori takkan hilang
Komen dari lankapo · June 19, 2008 @ 3:00 pm
heheh, mm tu lah nanti lah aku backup window vista laptop aku ni.
ko tahu lah cina nak duit je. and jln mudah je.
aku plak tu tak reti nak transfer2 ke hardisk lain untuk backup doc. Terpaksa lah hantar kat dia.Anyway I learn my lesson well
lankapo.com
shah alam
Komen dari bird · June 21, 2008 @ 1:21 am
mmm…saya guna nlite je untuk install balik OS