Arkib untuk penulis

Design Baru Facebook!

Design ini akan live pada saat pertama 12 malam waktu Amerika Barat! Sementara itu screenshots.

Apa komen anda? Facebook semakin menjarak diri melalui dari laman-laman sosial lain terutamanya MySpace tetapi masih gagal menandingi keunggulan LinkedIn sebagai satu laman sosial “bertamadun”.

Into Cloud, Adobe

Into Cloud, Adobe - Adobe Acrobat office suite online dari Adobe System, Inc. yang akan turut serta bersaing sesama Google Docs, Microsoft Office Live Workspace dan Zoho. Malangnya, sistem ini hampir 60% dibina menggunakan Flash (atau mungkin Flex On Flash). Service ‘cloud’ lain dari Adobe ialah Photshop Express.

Powerset

Search Engine Take 3Powerset baru sahaja mengeluarkan edisi umumnya yang pertama. Masih lagi mempunyai batasan dalam pencarian iaitu dari Wikipedia dan Freebase sahaja. Apa yang penting enjn carian ini berasaskan semantic bukan lagi keyword seperti yang digunapakai oleh Google. Cuma masukkan Who is Anwar Ibrahim?” dan anda akan dipaparkan keputusan yang paling hampir. Projek ini amatlah dinantikan oleh komuniti Lembah Silikon berikutan spekulasi pembelian syarikat ini oleh Microsoft dan teknologinya yang mampu memberi saingan kepada Google. Jadi sekarang, kita punya 3 jenis enjin carian; berasankan keyword - Google, keputusan carian yang boleh dikemaskini manusia - Mahalo, dan berasaskan semantic - Powerset.

Video Pemasaran Vista SP1

Microsoft Vista SP1 - mari kita lihat video-video progpraganda oleh Microsoft dalam saat Windows mula hilang populariti.

Google App Engine

Cloud Computing Take 2 — Google baru sahaja melancarkan aplikasi pembangunan web dalam talian mereka yang dinamakan Google App Engine dalam usaha menyayingi apa yang sedang dilakukan oleh Amazon melalui Amazon Web Service. Pada peringkat BETA ini hanya aplikasi BigTable iaitu sistem pangkalan data seperti Amazon SimpleDB dan simpanan fail aplikasi sahaja disediakan. Fungsi seperti EC2 dan S3 masih belum dikeluarkan. Video demo dan dokumentasi rasmi. Satu lagi usaha untuk terus menguasai dunia.

Muxtape

Muxtape - Pita Kaset di Digitalkan — Satu cara mudah untuk menyebarkan atau berkongsi lagu. Teramat mudah. Seperti kat mohdismail, “mengembalikan nostalgia lama”. Apa lagi band-band bawah tanah dan indie. Kongsikan muxtape masing-masing di ruangan komen. Satu idea mudah yang disisihkan oleh pengaturcara kerana terlampau memikirkan idea-idea yang lebih ‘kool’ seperti MySpace Music mahupun AMP. Muxtape adalah buzz seterusnya selepas Twitter.

Info Malaya Yang Baharu

Info Malaya Take 2

Ya. Info Malaya bukan setakat berwajah baru tidak lama lagi tetapi akan mempunyai enjin baru. Tidak lupa sama sekali, konsep baru tapi masih mengekalkan idea blog. Info Malaya yang baharu ini akan membawa satu bentuk pengalaman yang lebih unik dan universal. Bukan sekadar teks-teks linear yang hanya akan menumpukan teknologi sebaliknya merangkumi sujek-subjek yang mampu diguna pakai oleh kita sebagai rujukan dan ilimiah.

Info Malaya juga akan mengumumkan pengurusan, editor dan penulis baru tidak lama lagi terdiri dari mereka yang berpengalaman dan kreatif dalam bentuk penulisan media baru dan tidak lupa juga zaman-zaman hardcopy seperti zine. Perubahan ini akan memberi nafas baru kepada ekosistem blog di negara kita untuk menjurus dan mengubah minda masyarakat bahawa blog ini bukan lagi perkara suka-suka tetapi satu bentuk profesionalisme.

Baca entri ini sampai habis »

USD$45 billion untuk Yahoo!

Yahoo + Microsoft

Berita yang menyerang segala pelusuk media massa di Amerika Syarikat malam tadi. Ini adalah mitos pada April 2007 tetapi kenyataan hari ini. Microsoft telah menawarkan USD45 billion untuk membeli Yahoo! yang dalam keadaan meruncing untuk kembali sebagai pesaing dalam industri internet hari ini. Microsoft telah diwar-warkan untuk membeli Yahoo pada 2007 pada saat Windows Live Messenger dan Yahoo Messenger diintergrasikan tetapi tidak menjadi kenyataan apabila Lembaga Pengarah Yahoo melakukan perubahan dalam pentadbran Yahoo! dengna menlantik pengasasnya Jerry Yang sebagai Ketua Pegawai Esekutif yang baru.

Baca entri ini sampai habis »

Nothing But Net

JPMorgan - Nothing But Net

Laporan/Panduan tahunan untuk pelaburan internet 2008 oleh JPMorgan. Laporan setebal 312 muka surat ini memperinicikan pembangunan internet bagi tahun 2008 dan panduan tentang bentuk-bentuk perniagaan yang bakal muncul bagi tahun 2008.

Ramai penganalisa internet berpendapat 2008 adalah tahun yang akan ‘flat’ pembangunannya berikutan recession terhadap ekonomi Amerika Syarikat. Berikutan itu ramai ‘venture capital’ akan berhati-hati dalam menguruskan pelaburan masing-masing tetapi seperti biasa nama-nama besar seperti Google , Yahoo, dan Amazon akan terus menghasilkan keuntungan melalui pengiklanan.

Baca entri ini sampai habis »

WWW dan Perkembangannya!

OK. Mari kita lihat pengetahuan anda tentang World Wide Web?

  • Pada tahun berapakah WWW diperkenalkan. WWW diperkenal oleh siapa dan dimana?
  • HTML diangkat menjadi piawai Internet pada tahun?
  • Apa itu Semantic Web?
  • Apakah Web Server pertama di dunia? Tips: Apple rulez!
  • Web 2.0, satu piawai Internet atau Strategi Pemasaran?

Baca entri ini sampai habis »

Android, Telekomunikasi Masa Hadapan

Android

Yeah, tiada Gphone dari Google, sebaliknya Android. Mari kita kenali apa itu Android.

Open Handset Alliance

Android adalah satu ‘operating system’ untuk telefon pintar seperti Symbian yang dibangunkan oleh Open Handset Alliance, sebuah organisasi yang dianggotai lebih 30 gergasi telekomunikasi, teknologi maklumat dan pembuatan komputer. Baca entri ini sampai habis »

OpenSocial, Respon Google Terhadap Jaringan Sosial

OpenSocial

Esok, 1 November, Google akan melancarkan ‘application programming interface’ yang dinamakan OpenSocial. TechCrunch melaporkan OpenSocial ini dilancarkan untuk menyaingi Facebook yang baru sahaja menerima US$240M dari Microsoft tempoh hari. Tetapi pada pandagan saya ini adalah permulaan untuk Google menjadi champion dalam niche ini.

Mengapa? OpenSocial akan disertai oleh Orkut, jaringan social milik Google; Friendster, jaringan sosial pertama di Asia; Xing, jaringan sosial untuk perniagaan; Ning, aplikasi dimana anda boleh mencipta jaringan sosial sendiri; Plaxo, aplikasi dimana anda boleh memerhati jaringan-jaringan sosial yang lain; LinkedIn, jaringan sosial untuk professional, Newsgator dan Oracle. Kesemua ini akan bertindak sebagai host atau penyedia perkhidmatan. Manakala Slide, Flixster, iLike dan RockYou akan bertindak sebagai pembangun aplikasi rasmi OpenSocial.

OpenSocial ini akan menyatukan semua penggunaan API dalam satu markup language dalam kata lain setiap kali muncul aplikasi jaringan sosial, maka tidak perlu lagi membina API tambahan. Sebaliknya, terus menggunakan OpenSocial. Ini akan memudahkan para pembanguan aplikasi berasaskan web.

Tunggu sahaja apa kesudahan ‘peperangan’ ini.

# Gambar ihsan, TechCrunch.

# Link ke halaman OpenSocial hanya akan berfungsi pada 1 November 2007 mengikut masa Amerika Syarikat.

US$240M untuk Facebook

Facebook

Facebook menerima US$240M dari Microsoft dalam bentuk pembelian saham dalam Facebook, Inc. Berita ini telah memenuhi hampir kesemua dada-dada blog terkemuka tentang Web 2.0 dan tidak lupa juga media-media arus perdana seperti CNN dan Times. Sebelum ini, Google digosipkan untuk membeli sebahagian ekuiti Facebook, Inc sehingga mencecah US$500M.

Walaupun Facebook kini berdepan dengan pelbagai masalah seperti saman mahkamah dan keselamatan sistem tetapi  ia telah diiystiharkan bernilai US$15 Billion. Justeru, prospek pelaburan ini amat besar dan juga Microsoft kini mempunyai ‘user base’ yang besar untuk mempromosikan produk berasaskan web terbaru mereka Live.

Flock 1.0

Flock yang dilancarkan hampir 2 tahun lalu kini mula bersedia melangkah ke versi lengkapnya yang pertama. Versi ini pertama kali dipertontonkan pada khalayak ketika TechCrunch40 pada September lalu. Flock boleh dianggap pelayar internet masa hadapan menggabungkan fungsi-fungsi dan aplikasi Web 2.0 yang ada di pasaran melangkah maju daripada Firefox dan Internet Explorer yang masih menggunakan ‘cara lama’ (plugin dan add-on). Baca entri ini sampai habis »

SocialRank, lagi produk ‘artificial intelligence’ Malaysia

SocialRank logoSocialRank, satu produk yang dibangunkan oleh MindValley. Produk ini boleh dikatakan antara yang menampakkan masa depan untuk pembangunan ICT di Malaysia. SocialRank akan memaparkan 15 entri blog paling top setiap hari daripada beberapa topik mahupun geografi menggunakan alogritma yang dicipta oleh mereka sendiri. Apa yang penting selain algoritma itu, satu proses ‘brain dampening’ bagi mengelak entri-entri blog ternama sahaja dipaparkan, rujuk komen Vishen, pengasas MindValley dalam entri Amanz.

Antara laman web yang telah dibangunkan mengunakan SocialRank adalah Journalism Daily, Tomorrow Brands dan Startup Signal. Manakala terdapat beberapa web seumpanya yang menggunakan Geografi sebagai ‘filter’ untuk entri-entri tersebut diletakkan dibawah jenama DailyVoices seperti Malaysia, London dan New York.

Tetapi apa yang menghairankan pada semua laman SocialRank ini adalah penggunaan Google Adsense sebagai sumber iklan. MindValley masih belum mempunyai satu sistem setempat untuk pengiklanan laman-laman mereka.

Halaman 1 daripada 212»

Arkib InfoMalaya

Mengikut Kategori


Mengikut Bulan

Atau, mengikut kata kunci:

Tentang InfoMalaya

Masukkan emel untuk melanggan RSS infomalaya:

Dibawakan oleh FeedBurner