Arkib untuk penulis

180px-Tuesdays_with_Morrie_book_cover

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini saya ingin membuat ulasan ringkas mengenai sebuah buku. Bukan buku teknikal seperti yang telah diulas oleh Bat ye, tapi sebuah buku cerita. Buku cerita yang ditulis berdasarkan kisah benar, disulam rapi dengan kata-kata semangat dan motivasi – Tuesdays With Morrie.

Tuesdays With Morrie menceritakan detik-detik terakhir penulis, Mitch Albom bersama gurunya Morrie Schwartz yang menghidap ALS. ALS adalah sejenis penyakit yang membawa maut, dan ia akan melumpuhkan anggota badan satu-persatu. Bermula daripada bawah ke atas, sehinggalah seluruh tubuh tidak akan dapat digerakkan, dan makanan terpaksa dimasukkan ke kerongkong melalui tiub.

Namun, di sebalik kepastian Morrie dalam menunggu maut, beliau tidak membenarkan kesedihan mematahkan semangatnya. Malah, Morrie membuat satu projek yang terakhir, iaitu mengenai kematian beliau.

Gaya bahasa yang disampaikan oleh penulis, Mitch Albom, adalah mudah difahami. Bab-bab dalam novel telah disusun dengan sangat rapi. Tuesdays With Morrie adalah merupakan novel yang paling cepat saya habiskan kerana bab-bab yang pendek, serta jalan cerita yang memaut saya untuk membaca sehingga ke akhirnya.

Tapi apa yang penting, adalah pengajaran yang boleh awak dapati dari novel ini. Belajar memberi, belajar berkongsi. Belajar tentang hidup daripada mati.

Selamat membaca! ^_^

P/S: Kali pertama saya buat ulasan mengenai buku cerita. Takut lak kalau ulasan ini terlalu ringkas atau terlalu panjang >_<”

Clean font showcase – koleksi tulisan yang bersih dan kemas untuk kegunaan anda. Bukan sahaja untuk peminat typography, malah sesiapa sahaja yang terlibat dalam penulisan hatta penulis blog sekalipun. [via MonsterCube]

Saudara Zul dari Ubuntu for Malaysia baru sahaja melepaskan Manual Ubuntu versi ringan untuk dimuat-turun.  Manual setebal 76 muka surat ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal terhadap Ubuntu, sebuah distro Linux yang popular dan mesra pengguna.

image

Sebelum ini, Tumblr hanya membenarkan pengguna membuat satu saja tumblelog bagi setiap emel.

Kini, had tersebut telah dibuang. Sama seperti Wordpress.com dan Blogspot, pengguna dibenarkan membuat lebih dari satu blog. Malah, pengguna boleh memilih untuk membuat private blog yang hanya boleh dilihat oleh orang-orang yang dijemput sahaja.

Apa tu tumblelog? Tumblelog ni, lagi pendek dari Blogspot, tapi panjang sikit dari Twitter. Lihat contoh tumblelog Xero, Bat, dan Khairul =)

MalaysiaAV.com – Komuniti Keselamatan Komputer Malaysia. Blog dari penulis GVR (Geekz Virus Remover) ini mengfokuskan terhadap masalah malware dan keselamatan komputer. Forum juga boleh dilayar di sini. [via GeeKzLife.Net]

Wordpress 2.7 baru sahaja dilancarkan pada hari ini. Perubahan paling ketara boleh dilihat pada design bahagian dashboard yang telah diberi nafas baru. Cuba anda klik pada apa-apa menu di sebelah kiri, anda akan perasan satu anak panah yang akan memaparkan kesemua submenu yang lain – ternyata memudahkan.

Hampir kesemua bahagian dalam dashboard boleh diubahsuai. Sekiranya anda tak beminat dengan bahagian Other Wordpress News, anda boleh minimize ia atau sembunyikannya terus, begitu juga dengan bahagian-bahagian yang lain.

Dengan Wordpress 2.7 ini juga, anda mungkin tidak perlu lagi membuka klien FTP. Ini kerana proses upgrade Wordpress kini sudah boleh dilakukan secara automatik, begitu juga dengan pemasangan plugin. Bersyukurlah kepada Tuhan atas kecanggihan teknologi =)

Sembang Komputer kini sudah menggunakan Wordpress 2.7. Anda dah upgrade?

Agak pelik juga mengapa rangkaian perkhidmatan Google tidak mempunyai aplikasi to-do list sebelum ini, agar senang kita nak catatkan peringatan tentang tugas-tugas yang perlu dibuat. Walaupun peringatan seperti ini boleh dibuat melalui Google Calendar, namun kita perlukan sesuatu yang lebih mudah dan ringkas dari itu.

Akhirnya, kini Google memperkenalkan fungsi Task melalui Gmail. Task masih dalam peringkat percubaan. Untuk mengaktifkannya, anda boleh pergi ke Settings (yang terletak di bahagian atas-kanan Gmail) dan klik pada Labs (atau terus klik di sini). Kemudian tandakan Enabled pada bahagian Task.

Perhatikan pada bahagian kiri Gmail, Task akan muncul di bawah Contacts. Kini anda boleh menambah sebarang peringatan kepada Task, dan akses senarai ini di mana jua melalui akaun Gmail anda.

[via Gmail Blog]

backup

Waktu aku mula-mula belajar komputer tiga tahun yang lepas, satu perkara yang paling mengujakan (:p) pernah aku pelajari adalah cara-cara format komputer dan install Windows. Ya, ini benda paling asas yang semua pelajar komputer harus tahu. Dan pada masa itu, inilah jalan mudah bagi menyelesaikan semua masalah komputer. Rosak sikit, format. Kena virus, format. PC lembap, format.

Lama-kelamaan, rutin format komputer menjadi suatu yang membosankan. Sampai aku boleh hafal nombor siri bagi Windows XP (betul, tak tipu). Proses menunggu di hadapan skrin monitor, dan klik butang satu-persatu bukanlah suatu yang menyeronokkan. Walaupun aku boleh jadikan proses install Windows itu automatik, namun aku tetap perlu install driver, Microsoft Office, antivirus, Opera kesayangan aku, dan segala software lain secara manual. Leceh. Bosan. Renyah.

Kemudian, aku jumpa satu lagi perkara yang mengujakan – Norton Ghost. Dengan software ni, aku boleh buat backup kepada Windows. Ya, backup pada OS itu sendiri.

Klik untuk selanjutnya »