Arkib untuk penulis

Sweetcron - Bahagian ke-2

Ini video sinambungan dari entri sebelum ini. Kali ini, YongFook menunjukkan pula bagaimana rupanya panel penulisan di dalam Sweetcron. Dari apa yang dapat dilihat, perisian ini menggunakan Markdown, berbeza dengan Wordpress yang menggunakan TinyMCE.

Tak sabar pulak rasa nak cuba Sweetcron ni. =P

GUIMagnets - Prototyping made sticky

GUIMagnets — Produk inovatif untuk membuat prototaip aplikasi web. Mungkin aku boleh buat sendiri lepas ni, haha =P.

Flickr: The Unclutterer Workspaces Pool

Flickr: The Unclutterer Workspaces Pool — Boleh dijadikan inspirasi untuk mereka yang ingin mengubahsuai ruang kerja. =)

25 Must-Have Thumb Drive Apps for Geeks

25 Aplikasi berguna untuk pendrive anda — Dulu aku pernah tulis pasal aplikasi untuk pendrive, tapi itu dah lama. Sekarang dah banyak perisian lain yang lagi bagus. =)

Opentape

Opentape — Sukakan Muxtape(yang sekarang sedang mengalami masalah dengan RIAA)? Mungkin anda juga akan menyukai Opentape, iaitu perisian untuk membuat versi muxtape anda sendiri. Cuma perlu pasang di dalam web hosting sendiri dan masukkan lagu-lagu mp3 anda melalui FTP. Perisian ini adalah percuma dan sumber terbuka. Sila lihat contoh yang telah disediakan.

Free domain hosting! zonestraits.com

Free domain hosting! zonestraits.com — Servis subdomain percuma dari Malaysia. Antara domain yang sangat menarik ialah jiwang.my, opensource.my dan inter.net.my.[Sumber dari hardyw3b dan Arejae]

Sweetcron

YongFook akan melancarkan SweetCron tidak lama lagi. Untuk pengetahuan semua, Sweetcron ialah sebuah perisian blog automasi yang memuatkan segala aktiviti sosial bagi pengguna(Lifestream blog automated software).

Mungkin bakal memberikan saingan kepada Wordpress, siapa tahu. =)

Pelekat Hari Kemerdekaan ke-51 dari Negaraku.net

Serlahkan semangat kemerdekaan anda dengan memasang pelekat hari Kemerdekaan ke-51 dari Negaraku.net oleh NoktahHitam. Untuk contoh sila lihat di bawah penjuru kanan blog ini. Merdeka!

NowDoThis

NowDoThis — Aplikasi mudah untuk menguruskan senarai kerja(to-do list). Untuk maklumat lanjut, sila layari blog mereka.

Contest: Win 1000 business cards from UPrinting - Kreativuse™ - Creative Resources and Inspirations

Peraduan: Menangi 1000 keping kad bisnes dari UPrinting oleh Kreativuse™ — Ada peraduan di sana, caranya hanya tinggalkan komen di entri tersebut. =)

Review ringkas: JDarkRoom

Kepada mereka yang inginkan kelainan ketika menulis, apa kata jika kita cuba perisian percuma yang diberi nama JDarkRoom. Perisian ini merupakan editor teks yang mengisi penuh ruang lingkup monitor atau LCD anda. Macam taip dalam DOS, tapi ini untuk taip apa-apa saja yang kita nak. Warna latar boleh dipilih, bukan sekadar hitam semata-mata.

Sebenarnya perisian ini diilhamkan dari perisian WriteRoom(hanya untuk Mac), tetapi penulis perisian ini tampil membuat versi sendiri yang boleh dipasang di Windows(guna .NET) dan Linux(guna Java).

Sesuai digunakan oleh penulis novel, buku, cerpen, blog hatta pengaturcara sekalipun sekiranya inginkan kelainan dan ketenangan dari segi gangguan tetingkap lain. =)

Selamat mencuba.

TypeNavigator

TypeNavigator — Cari font yang diingini secara visual. Sangat berguna jika kita tidak tahu nama font yang ingin kita cari.

Adactio: Journal—Understanding Web Design

Understanding Web Design — Ramai orang yang salah faham tentang rekabentuk laman web. Artikel yang memuatkan pandangan Jeffrey Zeldman ini cukup menarik untuk dibaca.

Makan Malaya

Makan Malaya — Blog ala jalan-jalan cari makan oleh KNizam Artwek. Dipenuhi dengan gambar makanan yang boleh membuatkan kecur air liur, huhu..

Jawatan Kosong on eJobs.my

Jawatan Kosong on eJobs.my — Laman web jawatan kosong di Malaysia oleh Bob.

Halaman 1 daripada 281234567»...Terakhir »

Arkib InfoMalaya

Mengikut Kategori


Mengikut Bulan

Atau, mengikut kata kunci:

Tentang InfoMalaya

Masukkan emel untuk melanggan RSS infomalaya:

Dibawakan oleh FeedBurner