Arkib untuk penulis
Laman Nicolas Gallagher menunjukkan cara membuat speech bubbles (Apa bahasa melayunya?) menggunakan css3 tanpa gambar dan javascript. Ia boleh dimasukkan terus kepada semantic yang ada HTML. Lihat demo dan fail css. Sila guna browser selain Internet Explorer untuk lihat demo.
Pada kali ini, aku cuba huraikan bagaimana menjadikan bayang pada teks blog. Disebabkan ramai yang bertanya bagaimana mahu membuat demikian. Untuk pengetahuan, aku tidaklah pakar, cuma sekadar untuk diri sendiri dan membantu blogger baru yang inginkan kelainan.

Gambar 1- Shadow - Mozilla 3.6
“Engkau bila nak kahwin ni?”. Tanya seorang kawan apabila aku membuat panggilan setelah lama tidak berjumpa.
“Aku? haha.. mungkin lambat lagi. Belajar pun belum habis.” Aku membalas dengan nada lucu, terdengar juga dia ketawa dicorong suara telefon bimbit.
“Kahwin la cepat-cepat, boleh dapat anak cepat. hehe.. “. Kawan aku membalas dengan suara seperti mencabar.
Sesi perbualan panjang, bersembang itu dan ini. Maklumlah sudah lama tidak berjumpa.
Dalam Islam amat menitik beratkan tentang berkahwin ini, dan meletakkan hukum-hukum bagi seseorang individu. Hukum berkahwin berbeza mengikut keadaan atau peribadi seseorang. Anda perlu ingat, hukum berkahwin adalah tidak sama bagi setiap individu dan akan berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.
Contoh, hukum berkahwin adakalanya menjadi wajib bagi individu pertama, manakala menjadi sunat bagi individu kedua. Adakalanya boleh menjadi makruh, atau haram jika berkahwin. Klik untuk selanjutnya »
Pengajian hadis bersama Fadhilah Syeikh Saad Saad Jawish Hafizhohullah secara online di http://almuttaqin.tv akan diadakan pada Hari : Sabtu ( malam Ahad ) Tarikh : 02/01/2010 Waktu : 6:30 malam (Mesir) Selepas Solat ‘Isyak bersamaan 12:30 malam (Malaysia). Tempat : Dewan At-Tasaamuh Wal Ikha’, Asrama Darul Aman 3, Haiyu Sabiek, Kaherah, Mesir. Marilah sama-sama kita menuntut ilmu.
Berita ini telah tersebar sejak tahun akhir tahun 2006 di beberapa forum terkenal Malaysia. Beberapa minggu lalu, mendapat berita dari seorang rakan yang kebetulan menceritakan berkenaan BPL (Broadband over Power lines) yang telah pun berjaya digunakan oleh sesetengah pihak.
Mungkin teknologi ini bakal menggantikan teknologi sedia ada yang belum mencapai tahap memuaskan. Namun, masih tidak kedengaran bahawa BPL ini akan dilancarkan di seluruh Malaysia. Saudara Aman telah menulis berkenaan Tahun 2010 – Tahun Jalur Lebar Negara, mungkinkah BPL juga bakal diperkenalkan?
BPL (Broadband over Power lines), juga dikenal sebagai PLC (Power Line Communication) atau PLN (Power Line Networking). Merupakan alternatif kepada DSL atau kabel modem broadband. Menggunakan talian elektrik sedia ada untuk akses internet. Berkemungkinan menggunakan teknologi yang dibangunkan Spidcom. Kelajuan BPL ini boleh mencapai atau melebihi 200Mbps.
Symphonet Sdn Bhd telah membuka akses di laman mereka yang menerangkan berkenaan BPL. Beberapa minggu sebelum ini halaman BPL tersebut kosong. Mungkin teknologi ini telahpun berjaya digunakan dan bersedia untuk di pasang di mana sahaja. Kos untuk menggunakan BPL ini tidak pula dinyatakan. Anda boleh menghubungi Symphonet Sdn Bhd untuk maklumat lanjut berkaitan kos dan cara mendaftar BPL dari mereka.

Kali ini aku cuba untuk membuat sedikit ulasan 2 buah buku yang diberi sendiri oleh pengarang kepada aku dan rakan serumah. Kalau aku hendak membeli buku ini, memang tidaklah
. Kunjungan ke rumah aku sedikit sebanyak memberi aku semangat dengan ucapan yang disampaikan. Asyik tergelak-gelak dengan cerita yang disampaikan, baru aku kenal perwatakan beliau, selama ini hanya terbaca di akhbar-akhbar. Buku pertama berjudul – Kecemerlangan Hak Setiap Orang, cetakan kedua pada 2007. Manakala buku kedua Usahawan Melayu Memecah Sempadan. Sebelum kita mengulas tentang buku tersebut, jom kita kenal dulu penulisnya. Klik untuk selanjutnya »
Assalamualaikum, Salam Ramadhan. Oleh kerana setiap penulis infomalaya dikehendaki menulis tentang diri masing-masing, aku sebenarnya sedikit susah untuk kenalkan diri aku dalam dunia internet ini. Disebabkan bat dah tulis dulu, aku akan cuba tulis pula.

Ahmad Rushdi - Arynet
Nama sebenar aku ialah Ahmad Rushdi Bin Yusoff Bin Mat Esa Bin Hassan. Aku dilahirkan di Hospital Besar Kangar, Perlis. Dibesarkan di Negeri Kedah. Berumur 22 tahun pada 21hb Mac 2009, masih muda ni. Seorang yang berdarah jenis O, boleh menderma darah kepada semua orang, merupakan seorang penderma darah yang baik hati hehe. siapa sanggup derma darah kepada aku jika aku perlukan kelak?
. Aku anak yang ketujuh daripada 7 beradik. Klik untuk selanjutnya »
Salam sejahtera, Konvensyen Perpaduan Muslim Antarabangsa kali ke-2 bakal diadakan di Malaysia pada 15-16 Disember 2009. Bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Ramadhan Foundation, ditaja oleh Yayasan Pimpinan Perdana dan diuruskan oleh My Event.
Siapa yang patut hadir ke konvensyen ini? Menurut Ramadhan Foundation, mereka menjemput insan dari seluruh dunia untuk hadir ke Konvensyen Perpaduan Muslim Antarabangsa kali ke-2 dan berpeluang untuk mendengar ucapan dari cendiakawan Islam, ahli politik, dan pemimpin-pemimpin antarabangsa. Sila daftar sekarang untuk mendapatkan tempat. RM500 bayaran dikenakan untuk 2 hari konvensyen tersebut dan RM399 untuk pelajar.
Antara penceramah adalah Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Tun. Dr Mahathir Mohamad, Muhammad Umar, Shaykh Abdullah bin Bayyah, Dr Mohammed Saeed Ramadan Al Bouti, Al Habib Ali Al Jifri, Shaykh Ahmad Hussain Darwish, dan lain-lain lagi.
Mohammad Siddiq, sahabat baik aku berasal dari United Kingdom merangkap Ahli Jawatan Kuasa Ramadhan Foundation yang membantu untuk menjayakan Konvensyen pada kali ini. Berulang-alik United Kingdom dan Kuala Lumpur. Walaupun sibuk, sempat berbual sebentar ditalian dan aku bertanya kenapa memilih Malaysia? Beliau menjawab kerana ibu negara Malaysia adalah tempat yang aman dan tiada banyak masalah. Terima Kasih aku ucapkan dan semoga berjaya.

