Arkib

pisau

Mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai tajuk entri di atas, bukan? ^__^ Aku ingin berkongsi mengenai sesuatu hari ini.

Asah pisau untuk menajamkan pisau, kerana jika kerap digunakan untuk memotong, pisau yang tajam sekalipun akan tumpul juga akhirnya. Begitulah juga dengan akal dan kecekapan manusia, jika tidak diasah, sepandai atau segenius mana sekalipun, akan hilang dan lupa begitu saja..

Kadang-kadang kita lupa, aku pun selalu lupa, apa yang kita dah belajar hari ini, semalam dan hari-hari sebelumnya. Lupa kerana tidak mengamalkan, lupa kerana ambil mudah, lupa kerana fikir benda itu tak penting, lupa kerana fikir kita dah terlalu pandai mengenai perkara tersebut DAN LUPA KERANA TIDAK MENGASAH PENGETAHUAN.

Dan, kadangkala sikap kita yang kerap berpuas hati dengan sesuatu membuatkan kita kecil. Kecil kerana tidak mahu lagi meningkatkan lagi perkara itu ke tahap yang lebih tinggi. Bukan bermaksud tidak mahu bersyukur, bersyukur itu perlu. Cuma persoalannya di sini, adakah kita betul-betul berusaha membuat sesuatu dengan sepenuh hati? Adakah usaha kita ini sesuatu yang dapat membanggakan kita? Atau adakah pencapaian kita ini sekadar layak disebut jaguh kampung sahaja? Dunia ini luas, ramai lagi manusia yang inginkan kejayaan dan berusaha tanpa mengenal erti jemu. Dan bagaimana kau ingin bersaing dengan mereka? Carilah ilmu, amalkan, dan jangan lupa menyebarkan kepada orang yang memerlukan.

Bukan ingin dikatakan perfectionist, dan bukan juga ingin dikatakan terlebih rajin. Persetankan semuanya! Hanya kita saja tahu apa yang kita fikirkan dan inginkan untuk berjaya dan mencari ilmu. Asalkan jangan kita membuat sesuatu itu semata-mata untuk mendapat markah lebih, dipuji, dan dapat menyusahkan/menjatuhkan orang lain, sudahlah. Yang aku maksudkan di sini,perkara yang kita usahakan sendiri.

Tepuk dada, dan tanya diri masing-masing. Adakah aku dah mencuba dan berusaha bersungguh-sungguh atau aku hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja? Atau aku sekadar ingin menyiapkan sesuatu dan berfikir “Ah, asal siap sudahlah! Buat apa nak buat lebih-lebih!”..

Berbalik kepada topik asal kita, asahlah pemikiran kita wahai taulan, asahlah supaya tidak berkarat, supaya tidak luput, dan supaya ianya menjadi lebih tajam dari sebelumnya. Perihal insan ialah selalu terlupa, lupa itu nikmat sebenarnya, tetapi dalam konteks mencari ilmu, kita tidak boleh lupa. Dan jangan lupa mengucapkan syukur kerana itu adalah tanda kita berterima kasih kepadaNya.

Kalau hari ini kau menepuk dada dan berkata, “akulah yang paling hebat!” Ketahuilah bahawa ada orang lain lagi yang lebih hebat dari kau. Dan kau tetap akan berada di tahap itu sampai bila-bila. Tapi jika kau berkata,”Masih banyak lagi yang perlu aku pelajari!” Tahniah, kau memang hebat, kerana kau akan terus memperbaiki dan belajar dan tanpa kau sedari, kau sudah pun berada di puncak kejayaan. Itu saja yang dapat aku simpulkan. Sekian. ^__^

p/s: Selama aku ada bercuti 5 hari lepas, asyik tengok VCD ja..haha..Selain tu, banyak termenung, sebab dah nak masuk maktab minggu ni..^__^ Ops, sekarang InfoMalaya dah diletakkan di bawah Happy People Media Network. Apa tugas aku? Pembancuh kopi..haha..

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh Bat

Laman web penulis : http://mohdhuzairy.blogspot.com/

Bat atau nama sebenarnya, Mohd Huzairy ialah seorang guru pelatih sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur. Tiada apa-apa yang menarik mengenai beliau, kecuali beliau suka tidur secara berlebihan dan kadang-kadang tidak tidur terus semalaman. Beliau merupakan ketua editor di infomalaya dot com.

Sudah ada 13 respon untuk entri “Asahlah wahai rakan..Asahlah..”

  1. Komen dari mohdismail · June 11, 2007 @ 9:12 pm

    betul tu Bat.. ade orang yang senang puas hati dengan apa yang diaorg ada & senang nak kondem org yang baru nak belaja :)

    Bat, ko masuk maktab kan? Blog ni akan terima sentuhan ko lagi kan? :p

    Bat bukan ofis boy.. Bat orang besar! ha ha

  2. Komen dari novatech · June 11, 2007 @ 9:56 pm

    more i learn more i know
    more i know the more i forgot
    tak cukup space dalam kepala ni hahaha

  3. Komen dari abdfatah · June 11, 2007 @ 10:32 pm

    hohoho… manusia mudah lupa dan juga ada yang alpa.

    memang banyak yang perlu di pelajari dan dah tentunya kita perlu belajar dan sentiasa belajar dari semasa ke semasa.

    sekian terima kasih…

  4. Komen dari ikram_zidane · June 11, 2007 @ 11:00 pm

    more i learn more i know
    more i know the more i forgot

    haha.. sesuai sangat..

    lupa ni banyak gak guna nyer sebenarnye.. kalau tak lupa, aku rasa korang pun takleh hidup normally..

  5. Komen dari chah_el · June 12, 2007 @ 7:47 am

    waaa..aku rase mcm bat dah pg berguru dgn William Shakespeare plak…

  6. Komen dari Bat · June 12, 2007 @ 3:07 pm

    @mohdismail: yup..betul tu..semua orang ada potensi, cuma bergantung sama ada nak atau tak nak ja..ahaha, jangan risau, mesti terkena sumpahan merangkap sentuhan aku nya..lagipun aku dok pegang amanah partner aku dulu lagi ni.. ^__^

    @novatech: seronok kan kalau belajar benda yang kita minat?hehe

    @abdfatah: sama-sama :)

    @ikram_zidane: hehe..tu la, tu yg aku marah kalau orang cakap aku ni pelupa..ahahaha..

    @chah_el: wei mana ada..hehe..

  7. Komen dari arynet · June 12, 2007 @ 10:17 pm

    “العلم كالشجر والعمل كالثمر”

    Begitulah sebenarnya, pepatah arab dimelayukan, “ilmu itu seperti pokok, dan amal itu seperti buahnya.”

  8. Komen dari Bat · June 13, 2007 @ 8:46 pm

    @arynet: dah abis exam belum? =)

  9. Komen dari arynet · June 14, 2007 @ 1:00 am

    @bat : dah abih dah.. hehe.. skrg nih relek2 sket.. hilangkan pening2 kepala..

  10. Komen dari abdfatah · June 14, 2007 @ 3:59 pm

    siksa betul nak habiskan periksa… selesai periksa merdeka sakan laa.

    sekian terima kasih

  11. Komen dari Bat · June 14, 2007 @ 11:49 pm

    @arynet: waa..best2.. =)

    @abdfatah: betul2.. :)

  12. Pingback dari x-kl » Blog Archive » Asah Pisau · June 16, 2007 @ 11:22 am

    [...] untuk tulis tentang asah pisau seperti yang terdapat dalam infomalaya.com. Ada benarnya apa yang [...]

  13. Pingback dari entri pilihan hati hari ini » AbdFatah.com · June 22, 2007 @ 10:55 am

    [...] buka minda serlahkan idea >  bat infomalaya [...]

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.


Pengumuman Terkini

Tema InfoMalaya dot com versi 10 tidak dapat digunakan lagi kerana terdapat banyak masalah teknikal. Hal ini sedang diuruskan oleh pihak kami, dan segala pemberitahuan akan diumumkan kelak. Sementara itu, sila semak halaman facebook kami untuk bersosial.


  • Log masuk


  • Pautan Komuniti (?)

    Lihat arkib pautan komuniti »