Arkib

Artisteer, perisian yang digunakan untuk mencipta atau mereka bentuk laman web dan tema blog/CMS seperti wordpress, joomla dan drupal. Perisian ini mula dikeluarkan berstatus BETA pada May 2008 untuk dicuba secara percuma. Pada akhir September, versi stabil dikeluarkan.
Perisian ini membuatkan anda sebagai seorang professional
. Anda boleh mereka bentuk laman web dan juga tema dengan mudah hanya beberapa minit, tanpa mengetahui/menaip sebarang kod html dan juga css.
Ianya begitu mudah digunakan, maksud begitu mudah disini, anda tidak perlu menggunakan sebarang perisian tambahan seperti Adobe Photoshop untuk mengubah gambar, Macromedia untuk menulis kod xhtml dan css, dan juga perisian lain yang berkaitan.
Anda boleh menggunakan idea anda untuk kepuasan, ada boleh mengubah layout, color, font, background, header, menu, dan beberapa fungsi mudah lain. Ini contoh yang telah dibuat.
Bagaimanapun, jika anda menggunakan versi trial/percubaan, Setelah diexport, tulisan ‘trial‘ akan memenuhi gambar untuk tema yang telah anda design itu. Untuk menghilangkan, anda boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan. Versi Home & Academic Edition dengan harga $49.95 dan Standard Edition $149.95.
Anda boleh membaca 10 sebab untuk menggunakan perisian ini yang telah disenaraikan oleh pihak Artisteer. Perisian ini juga sesuai untuk designer baru yang masih mencari-cari idea atau masih belajar mengenai xhtml dan css. Begitu mudah digunakan, cepat, fungsi-fungsi menarik, export ke tema wordpress, html page dan lain-lain.
Jika anda sebagai designer professional, perisian ini mungkin tidak diperlukan. Ini kerana, menulis kod xhtml dan css dengan idea sendiri adalah kepuasan sebenar seorang designer. Ini hanya pendapat saya, dan bagaimana pula dengan designer diluar sana?
Entri sebelumnya « Tema Revolution2 menjadi Open Source. [Wordpress]

Komen dari Bat · November 3, 2008 @ 6:52 am
Menarik perisian ni. Mesti ramai yang nak guna. Walaupun bat belum profesional lagi, tapi rasanya lagi puashati kalau boleh kodkan sendiri, huhu..