Apa yang kau fikir ha?

Maaf, hari ini tiada entri berkenaan info, tapi cuma entri selingan untuk merehatkan minda. Ada orang cakap, kalau dah jauh berjalan, kena berhenti sebentar untuk pandang ke belakang, mana tahu kalau-kalau ada benda yang kita terlepas pandang. ^_^
Waktu sahur tadi, aku terjumpa sebuah entri yang menarik, hasil tulisan En Rastom yang menyelitkan sebuah petikan dari Peter F. Drucker :
“The most important thing in communication is to hear what isn’t being said.”
Entri itu membuat aku terfikir sejenak, iaitu sejauh mana aku men’dengar’ apa yang pembaca blog ini katakan di dalam hati mereka. Apa yang mereka fikirkan tentang blog ini? Apa yang mereka ceritakan kepada rakan-rakan, sanak saudara atau awek-awek mereka yang aku tidak pernah tahu? Haha, sungguh ironi persoalan ini kan?
Secara jujurnya, aku memang tak tahu dan takkan tahu. Aku tak boleh baca minda orang lain. Aku cuma tahu apa yang mereka nyatakan di ruang komen atau di emel sahaja, lain dari itu, memang tak tahu langsung. Habis macam mana aku nak tahu pendapat pembaca blog ini? Mungkin penulisan aku susah nak difahami, mungkin penulisan aku layak dikategorikan sebagai entri syok sendiri atau mungkin juga blog ini langsung tak seronok untuk dibaca. Jadi untuk meleraikan persoalan ini, baik aku tanya sendiri kepada kau, kau dan kau di sana. Juga kepada si pembaca senyap blog ini, kau juga tidak terlepas! Heh..
Cita-cita aku terhadap blog ini sangat besar. Sangat besar sehinggakan aku memerlukan sumbangan penulis lain dan duduk di bawah naungan HappyPeople Media. Jadi, fikir sejenak apa yang tidak kena di blog ini, apa yang kurang, apa yang terlebih, dan apa yang patut ditambah. Umpamakan aku ini sebagai seorang peniaga makanan yang menjual juadah kepada pelanggan. Aku ingin tahu kalau-kalau apa yang aku sediakan tidak sedap, terlalu sedikit atau harganya tidak masuk akal..Senang bukan? Jadi sila beri peluang kepada diri sendiri untuk memberikan komen yang jujur lagi ikhlas di ruang komen tentang apa yang kau fikirkan. Aku perlukan itu semua demi memastikan InfoMalaya berkembang dan memanfaatkan pembacanya.
dr.xero (#)
September 20th, 2007
pada pendapat aku..errrr..takde pendapat..huhu..aku suke dah blog nih…
dr.xero (#)
September 20th, 2007
*repeat from ym*
ape kate ko tambah kategori..so ko senang memikirkan idea tentang article kategori itu..ade byk choice..
puas bat? kof kof kof..
megat (#)
September 20th, 2007
sebagai org yg masih baru terjebak dlm dunia blog, aku boleh kategorikan dalam golongan blog yg terbaik!
Fiqi (#)
September 20th, 2007
wei..cm knai ja pic lalat 2..royalti2!
emptyspace (#)
September 20th, 2007
dialog tu silap placing, patutnya lalat B tu dialog dia atas memandangkan dia yang tanya dulu..
mohdismail (#)
September 20th, 2007
aku terfikir ini, InfoMalaya menjadi suratkhabar online paling best… he he
http://news.revolutiontheme.com/demo/
MEGAT » Blog Archive » Blog’s Jump (#)
September 20th, 2007
[...] Infomalaya - ‘Apa Yang Kau Fikir Ha?‘ [...]
hafreze (#)
September 20th, 2007
mungkin happypeoplemedia patut ada blog dlm bahasa english..baru universal..target readers pn lebih luas..tak pn..mungkin anda patut letak tag hari raya??..haha
check it out
http://www.hafreze.com/2007/09/mari-meriahkan-sambutan-hari-raya-2007.html
junaidix (#)
September 20th, 2007
lain macam jer lalat tu
hehe
emptyspace (#)
September 20th, 2007
memang ada.. tak check Happy Voice?
Azraai (#)
September 20th, 2007
dalam perancangan ko tunggu. Januari ini. haha.
Bat (#)
September 20th, 2007
Puas dah..
Bat (#)
September 20th, 2007
Terima kasih, tapi aku masih baru dan hijau lagi..Mungkin jugak innocent..Hahaha..
Kau dah lama berblogging Megat, respek! ^_^
Bat (#)
September 20th, 2007
Wuhuuu..Ni dah masuk kali ke2 aku guna gambar lalat hang nih..Hehe..Alalala..kan aku dah letak kredit dulu..
Baik, kawan-kawan semua, gambar lalat tu ditembak oleh En Afiqi Jamaludin..Hehe
Bat (#)
September 20th, 2007
Hehe..Lepas dah siap tulis, baru aku perasan..Sebab aku ni jenis orang yg suka baca dari bawah..Bukan dari atas..Pelik tak?
Bat (#)
September 20th, 2007
Suratkhabar Online? Azraai hendak news site..Sama la tuh..Haha..Kau orang berdua buat pakatan ya? Haha..
Baik, lepas ni mungkin aku kena lengkapkan diri aku dengan kamera digital, aku mau praktis jadi photographer dan jurnalis sebenar..Haha..
p/s: Harap tak melanggar etika perguruan..Hehehe..
Bat (#)
September 20th, 2007
Ya, sudah ada..Terima kasih emptyspace..
Owh, tag hari raya? Nanti aku buat liputan..InsyaAllah.. ^_^
Bat (#)
September 20th, 2007
Itu lalat hutan Jun..Hehe..
Wizurai (#)
September 20th, 2007
perlu ke buat dlm English untuk jadi universal?
baik aku baca blog lain kat luar sana…
aku mau versi Malaysia pulak…
hafreze (#)
September 21st, 2007
jom share beli..haha..aku nk gak bende nie
chot (#)
September 21st, 2007
apa yg ko buat ni pun dah terbaik pd pendapat aku. mudah dan jelas utk dibaca dan difahami dgn rekaan susun letak layout yg menarik dan jenis font yg menarik. aku cukup puas hati!
Bat (#)
September 21st, 2007
BI tu merujuk kepada blog HPM iaitu Happy Voice, bukan infomalaya. Blog ni akan tetap guna bahasa Malaysia. =)
Bat (#)
September 21st, 2007
Err, kau bukan dah ada ka kamera digital? Huhu
Bat (#)
September 21st, 2007
Terima kasih Chot..Aku dah letak feeds blog GRK dalam blog tumblr kat infomalaya.tumblr.com , jadi bila kau update, dia akan keluar kat sana..Sambil2 aku tumble benda2 menarik..Ada gak terselit entri2 kau..Hehe
mentor_ulung (#)
September 21st, 2007
salam ziarah, ramadhan kareem utk semua. saja jalan singgah, jenguk shbt2 maya
hehe…makan jalan lupa diri, makan utk pundak yg memerlukan aja. kang jd buntal :p
stalker (#)
September 23rd, 2007
ntahhh….
honeyzah (#)
September 23rd, 2007
e….ape tu/;?TAKKAN LALAT MCM TU? Agaknye BEE kot? tapi, besornye…geli tengok…Dia fikir agaknye nak buke posa kat mane.. he.he.he yelah dah puasa dah ni…
die geram tgk minah BEE kat atas dia tu, dah x sabar nak bbuke… eeeee, gatal jugak BEE ni…
All Rss Feed » Blog Archive » Blog’s Jump (#)
September 25th, 2007
[...] Infomalaya - ‘Apa Yang Kau Fikir Ha?‘ [...]
rastom (#)
September 25th, 2007
Wah! meriah sungguh infomalaya Mengenai kata kata Drucker di laman saya itu saya rasa yang dimaksudkan itu ialah melihat kepada “tanda-tanda”. Misalnya bila orang berbohong, ada perkara yang tidak dicakapkan, tetapi kita dapat melihat tanda tanda orang berbohong. Komunikasi noin-verbal.