Antara pelawat, pembaca dan pengomen
Maaf, tiada gambar untuk entri kali ini walaupun hakikatnya aku dah kurang mengepos gambar dalam entri, hehe. Baik, kali ni aku nak mengomel tentang satu entri yang tak berapa pendek yang dah lama aku nak tulis di infomalaya, tapi selalu terlupa nak tulis. Aku nak mengemukakan satu persoalan mengenai pelawat, pembaca dan pengomen. Sila lapangkan minda, dan jangan sempitkan pemikiran kerana kalau dibuat jugak, bakal mengundang perasaan marah dan kecil hati.
Antara pelawat, pembaca dan pengomen, yang mana satukah golongan yang diinginkan oleh anda, yakni penulis blog? Sebelum menjawab soalan yang tiada hadiah ini, sila baca dahulu beberapa perenggan di bawah:
1) Pelawat » Golongan ini boleh dikatakan golongan yang paling besar jumlahnya jika dibandingkan dengan golongan pembaca dan pengomen. Golongan ini boleh bertukar menjadi golongan pembaca, dan juga bertukar kepada golongan yang memberi komen. Tapi jangan terkejut kalau mereka ini tak baca langsung entri anda apatah lagi meninggalkan komen. Dan semestinya, golongan inilah yang dapat menolong para blogger untuk meraih pendapatan sampingan dari hasil iklan, betul kan?
2) Pembaca » Ini merupakan golongan yang sanggup membaca tulisan kita dari awal hingga habis. Golongan ini juga kerap meningggalkan komen, sekiranya entri berkenaan menarik perhatian mereka. Ada kalanya mereka ini tidak gemar meninggalkan komen(silent reader), atau hanya membaca entri dari feed reader sahaja seperti Google Reader contohnya(kalau blog tu menyediakan full feed). Sebelum ni, aku rasa kurang gemar/tak suka bila entri blog aku dibaca melalui feed reader, kerana kalau berlaku sedemikian, dah tentu jumlah pelawat blog aku akan menurun. Bila jumlah pelawat dah menurun, dah tentu la pendapatan sampingan seperti iklan akan terjejas. Lainlah kalau aku selitkan iklan dalam feed blog aku, kan?
3) Pengomen » Komen yang banyak semestinya akan menjadikan blog itu dipandang tinggi oleh para pembaca dan pelawat. Itu memang hakikatnya, tak dapat dinafikan. Tengok jumlah komen pada blog Tun Mahathir pun aku dah naik gerun, hehe…Golongan pengomen ini, seperti yang telah termaktub, terdiri dari 2 golongan pulak, iaitu golongan yang tak ada blog, dan golongan yang dah ada blog. Yang tak ada blog, sudah semestinya tidak akan meninggalkan URL blog(atau sengaja meletakkan URL laman web lain) dan golongan yang mempunyai blog, sudah tentu akan meletakkan URL blog(Walaupun ada juga yang sengaja mengosongkan ruangan berkenaan atas sebab-sebab tersendiri). Ada juga yang tak baca entri sampai habis, tapi tetap meninggalkan komen. Hasilnya? Komen yang bertanyakan tentang sesuatu walhal ianya telah pun diterangkan di dalam entri.
Persoalannya di sini, golongan manakah yang menjadi target anda sebagai penulis blog? Pelawat? Pembaca? Atau pengomen?
Ini jawapan aku
Disebabkan aku yang tulis entri ni, biar aku yang jawab dulu ^_^. Aku lebih gemarkan golongan pembaca, tak kisah sama ada entri dalam blog ni dibaca dalam feed reader atau melalui emel(Perhatian: infomalaya menyediakan full feed dengan bantuan plugin Full Text Feed). Asalkan ianya dibaca, aku dah cukup puas hati. Lagipun, boleh jimatkan masa kalau baca dalam feed reader. Pembaca akan tinggalkan komen sekiranya mereka rasa nak tinggalkan komen. Rasanya tak perlu dipaksa atau diharap untuk pembaca memberikan komen. Itu hak masing-masing.
Tapi, janganlah fikir yang aku tak hiraukan golongan pelawat dan pengomen. Aku dah cuba sedaya upaya dengan merekabentuk design blog ni supaya ianya senang untuk dilayari dan digunakan. Kepada golongan pengomen, aku pun dah pasangkan plugin do-follow. Semoga Encik G akan merayap ke laman web masing-masing, sebagai tanda terima kasih dari aku kerana meninggalkan komen. Jadi ingat, meninggalkan komen bukan satu paksaan.
Harap ini juga dapat menjawab beberapa pertanyaan rakan-rakan yang baru berblog tentang mengapa pelawat blog mereka tidak meninggalkan komen.
Baik, sampai situ saja tulisan aku kali ni. Kalau ada yang terasa hati, aku sarankan sila baca kembali dan fahamkan betul-betul apa yang aku tulis di atas. Kalau rasa tersinggung jugak, sila maafkan aku. Aku bukan insan sempurna. Semoga berjumpa lagi di entri akan datang, sekian.





azwan
May 8th, 2008 (#)
aku sukakan (3) sebab blog akan nampak hidup. tapi kalau dari segi pendapatan, aku cintakan (1)
Darkz05
May 8th, 2008 (#)
Hiks, aku suda baca & tinggalkan komen =)
rashid
May 8th, 2008 (#)
hang buat aku untuk komen walhal aku sekadar pembaca yang datang melawat..
Bat
May 8th, 2008 (#)
@Azwan: Ya, tanpa komen blog nampak macam sepi. Bab pendapatan tu, err aku rasa nanti nak kena buat studio infomalaya. Khas untuk buat web kat orang, dari situ la bleh nak carik duit skit..haha..
@Darkz05: huhu, adakah aku tersilap taip dalam entri ni sehingga ada orang terasa..
@Rashid: Aisehmen, nampak gaya betul la apa yang aku rasa ni, wei aku tak niat nak suruh hangpa rasa terpaksa nak tinggalkan komen, nguahahaha…Maafkan aku andai terasa, huhu..
ckundez
May 8th, 2008 (#)
aku xtau mana satu ciri2 aku…mungkin 2 dan 3 sbb kdg2 baca jer tapi tiada komen.mgkn juga sbb ada bbrp2 topik tu aku rasa komen yg nak diberi sudah pun ditaip oleh org len @ sbgainya….zzzzz
salah satu sbb kenapa aku slalu surf IM bila buka jer tenet mgkn kerana nak tahu apa cerita terbaru dlm IM dan salah satu sbb plg utama ialah bat org yg aku kenal dr itm lg tp la jarang giler jumpa…zzzz.dan inilah cara aku nak tegur sapa ngan bat dgn cara tidak formal…huhu]
mungkin juga pembaca terdiri dr faktor kwn2…atau rakan blog.itu sudah pasti.
hayat
May 8th, 2008 (#)
aku baru tahu tun ada blog
gerun betul tengok jumlah komen dia…
kalau aku materialistik, aku suka pelawat yg klik kat banner iklan hehehe… apa2pun, aku hargai sapa2 aja yg datang…
hayat
May 8th, 2008 (#)
part tanya walaupun dah diterangkan tuh, mmg kadang2 agak menghanginkan keadaan diri. mengkantolkan diri bahwasanya tak baca. tapi kadang2 bila artikel pjg pun, people tend to skip, or oledi forget bila sampai ujung… kan bat kan..
firdee
May 8th, 2008 (#)
saya suka kalau site saya ramai pelawat, pembaca dan pengomen
. Tapi skrg ni ketiga2 tu saya susah nak dpt 
Bat
May 9th, 2008 (#)
@ckundez: Hehe, kalau hang, aku memang dah tau, selalu datang sini. huhu, rindu kat aku ka?
Malam ni kat Shah Alam ada reunion, depa nak main futsal. Hang boleh mai dak?
@Hayat: Haha, pasal iklan tu, tu pendapat masing-masing. No komen pasal tu. Aha memang betul, kalau entri panjang sangat, aku akan skim dan skip, cuma ambik isi-isi penting.
@firdee: Berusaha Firdee!
razifmustapha
May 10th, 2008 (#)
saya da jadik pelawat, pembaca dan pengomen dengan rela hati semenjak bualn 9, 2007 lagi :p
xmindfreakx
May 10th, 2008 (#)
aku yang melawat akan membaca entri yg menarik minat aku,lantas memberi komen..semua penting la bro..tapi komen amat berguna..aku kata komen bukan spam…buat ape 800 komen kalau spam jer lebih..er..spam=komen berunsur spam…
Bat
May 12th, 2008 (#)
@Razifmustapha: Hehe, tahniah!
@xmindfreakx: Ya, kadang-kadang memang boleh nampak komen tu macam takda kaitan dengan entri atau berunsurkan spam. Tapi, apa boleh buat kan? Takkan nak padamkan pulak..huhu
chah_el
May 14th, 2008 (#)
hahaha..aku sentiasa menjadi silent reader….bak kate org tua2..diam2 ubi berisi…kalau rajin tinggalkan komen laa..macam ni la..