Anda Dan Pembacaan
Terasa begitu lama tidak menulis disini, abaikan, jadi mari kita fahamkan maksud membaca. Membaca ialah suatu proses komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dengan penulis. Ianya adalah suatu proses memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.
Jika anda ingin meningkatkan mutu pembacaan yang berkesan, mengenai cara-cara yang mantap dan proses komunikasi, anda mestilah menumpukan sepenuh perhatian. Cuba tumpukan fikiran, pandangan, penglihatan, persepsi serta perasaan terhadap apa yang dibaca agar benar-benar dapat memahami serta menjiwai maksud yang tersurat serta yang tersirat di dalamnya atau pada apa yang dihayatinya.
Adakah anda minat membaca? kurang berminat untuk membaca akan menyebabkan proses pemahaman anda menjadi sukar. Mungkin minat anda akan terus menurun, pernah terasa begitu?
Sekiranya anda mahir dan cekap membaca, proses pembacaan anda bukan sahaja akan menjadi lebih lancar, tetapi juga, anda akan lebih cepat dan pantas memahami serta mengingati fakta-fakta penting dari bahan yang anda baca itu. Seronoknya membaca!
Ini sekali gus akan meningkatkan lagi minat anda untuk membaca. Selain itu, dengan cekapnya anda membaca, akan menjimatkan masa serta membolehkan anda membuat lebih banyak aktiviti pembacaan. Jom kita membaca, jangan malas membaca blog-blog rakan anda. Lebih banyak membaca lebih ilmu. Anda tak mahu ke ilmu? hehe..
Apa lagi yang nak dihuraikan ye? mungkin guru-guru diluar sana ingin menambah karangan ini, silakan.
kita (#)
October 13th, 2008
memang tidak dinafikan membaca banyak memberi faedah tp tabiat suka membaca dikalangan kita masih ,,,masalah ini mungkin disebabkan minat….so cuba cari idea untuk mendapat minat membaca
MK (#)
October 15th, 2008
Aku memang minat membaca.. samada baca blog peribadi, blog teknologi, programming, web design dan macam-macam lagilah yang ada kat internet ni.
Tapi aku harap aku lebih banyak membaca dari buku yang sebenar.. bukan setakat di komputer je. Barulah luas pengetahuan aku tentang dunia ni.