Arkib

Ingin menggunakan Yahoo! Messenger atau MSN Messenger tetapi admin di tempat anda berkerja telah menutup port 5050 atau 80, atau pun anda tidak mempunyai masa untuk meng’instal’nya di dalam pc?

Terdapat pelbagai alternatif tapi kali ni kita akan lihat satu servis yang agak mantap iaitu Meebo.

Meebo?Satu aplikasi instant messenger yang membolehkan anda menggunakan akaun yahoo!,Google Talk,MSN Messenger, Jabber, ICQ atau AIM tanpa perlu mempunyai perisiannya..Cuma layari http://www.meebo.com dan pilih jenis IM(Instant Messenger) yang anda nak, masukkan username dan password, lepas tu terus boleh guna..

Aplikasi ini menggunakan teknologi AJAX dan percuma..Tapi ada beberapa kekurangan iaitu tidak dapat menggunakan suara dan anda hanya dapat berinteraksi dengan buddy list anda sahaja..

Sekian..kalau ada apa2 keraguan atau yg tertinggal, sila tinggalkan komen.. :-)

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh Bat

Laman web penulis : http://www.infomalaya.com

Bat atau nama sebenarnya, Mohd Huzairy ialah seorang guru pelatih sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur. Tiada apa-apa yang menarik mengenai beliau, kecuali beliau suka tidur secara berlebihan dan kadang-kadang tidak tidur terus semalaman. Beliau merupakan ketua editor di infomalaya dot com.

Sudah ada 5 respon untuk entri “Alternatif kepada Instant Messenger”

  1. Komen dari amriena · November 30, 2006 @ 11:12 am

    so kat sini ada satu lagi yang sama gak application dia… iaitu imeem yang sama boleh menyenaraikan 4 masseger sekaligus… so boleh try masuk am punya page… yang profile nya am masukkan… untuk letak lagu kat myspace… dan imeem memang dibenarkan… sejak myspace kena saman sebab lagu bukan copyright.. so bila am upload lagu dalam ni… am masukkan lagu kat myspace dan ok sangat… http://www.amrienadye.imeem.com

  2. Komen dari BlackSun · November 30, 2006 @ 11:16 am

    kes kes kes kes walau pon aku ade user id bagi katogeri ini .. aku lebih meminati mIRC kes kes kes kes …

  3. Komen dari RajaBlog.info · November 30, 2006 @ 4:39 pm

    tapi kadang-kadang saya takut nak guna benda-benda camni since ramai yang kena crack yahoo derang, dan benda2 camni adalah satu faktor. ORang curik password, login dan tukar. abes cerita…

  4. Komen dari ikram_zidane · November 30, 2006 @ 5:06 pm

    aku guna ni je la selama ni.. YM kena virus, so pakai ni je dari dulu.. dari tahun lepas kalau tak silap..

  5. Komen dari Bat · November 30, 2006 @ 5:23 pm

    sama la aku pun..pc aku takda YM, jadi pakai ni senang..bagi aku la, sebab aku tak join chatroom..chat ngan membe2 dalam buddy list ja..

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.