Blog / Arkib / Aku berikan apa yang kau mahu…

Aku berikan apa yang kau mahu…

Carian Top10 InfoMalaya dot com

Gambar di atas merupakan statistik untuk carian di blog ini. Gelihati aku melihatnya tambah-tambah apabila membandingkannya dengan title blog ini..Tapi aku perlu berterima kasih kepada mereka kerana menambah bilangan pelawat blog ini dari semasa ke semasa. Baiklah, biar aku berikan/huraikan apa yang kau mahu.. ^__^

1. Apple

Kau ingin mencari Apple ciptaan Steve Jobs atau pun buah epal itu sendiri? Aku agak kau maksudkan buah epal sebenar bukan? Aku menulis sesuatu dahulu berkenaan epal.

2. Mobik

Ramai yang sukakan SMS percuma, tapi kini Mobik hanya boleh menghantar SMS percuma kepada nombor yang berdaftar sahaja. Jika dahulu boleh, kini tidak lagi..maka berakhirlah fenomena spam SMS di tempat aku, hahaha..

3. Mat Rempit

Tak perlu diulas lagi. Semua sudah kenal. Dan maafkan aku, di sini tiada Mat Rempit, yang ada cumalah entri-entri ngeri aksi Mat Rempit sahaja.. O_o

4. Hari Guru 2007

No komen, 16 Mei memang Hari Guru.. :)

5. Sajak Hari Ibu

Terima kasih di atas sajak yang dikarang oleh rakan aku, Rozaimie. ^__^

6. Gambar kucing

Rupanya kucing juga di cari di dalam internet, tidak sia-sia aku meletakkan gambar haiwan manja ini di blog aku..haha..

7. Bawang Putih Bawang Merah dan Bawang Merah Bawang Putih

Entri entri yang ditulis oleh Co-founder blog (Skylinez) ini telah mencipta rekod komen terbanyak iaitu melebihi 100 komen! Tapi aku tidak mengikuti cerita ini sangat, sekadar mendengar dari rakan-rakan.. O_o Popular sungguh sinetron ini di Malaysia..Tapi itu dahulu..

8. Vista

Aku tidak mampu lagi menggunakan windows vista, aku cuma guna windows XP sahaja, mungkin akan bertukar kepada ubuntu selepas ini..Rakan aku, Cypherhackz ada membuat blog baru berkenaan vista. Mungkin kau boleh rujuk di sana. :)

9. SyokTV

Nama saja syok tapi taklah sesyok mana, sebab sekarang dah kena bayar..haha..Lagipun aku kurang gemar tengok TV walaupun kadang-kadang tengok jugak, sebab aku suka tengok youtube, veoh dan baca blog orang lain sahaja..

Bagaimana pula dengan blog pembaca blog ini?Ingin berkongsi apa yang dicari di blog kalian? Luahkan saja, aku ingin mengetahuinya.. ^__^



13 respon untuk entri “Aku berikan apa yang kau mahu…”

  1. rusdy (#)

    hehe.. geli hati aku baca. aku suka baca entri mcm ni. tak berat kepala nak membaca. sempoi..


  2. Bat (#)

    @Rusdy: ini yang dinamakan entri hujung bulan. haha.. ^__^


  3. azraai (#)

    belum lagi aku tjk stats blogtitude. tak percaya pergi tgk


  4. abdfatah (#)

    waaa banyak orang taip pasal kucing daaa… kucing oh kucing, kucing yang comel lagi kiut. lagi banyak gambo kucing lagi bet agaknya…

    saya punya masih baru 2 bulan je, takder yang menarik. sekeping dua kupang je yang carik. huhu


  5. mohdismail (#)

    buat masa sekarang, keyword famous yang bawa trafik ke blog aku adalah ‘lauk mat rempit’.. aku tulis sebaris ayat je Ahad lepas..

    Malaysia oh Malaysia…


  6. ktom (#)

    Bat, cam mana nak tahu statistik untuk carian di blog tu? Hehehe..ktom baru la dik dlm bidang ni….tak tahu byk perkara ni…adik2 tlg bantu ya..


  7. abdfatah (#)

    nak tahu macam mana depa cari guna keyfrasa tu? mudah je…

    try guna seodigger.com, tapi kena register dulu laa

    dalam website kita pi jenguk dalam webstats dalam cpanel daaaa…


  8. azwanhadzree (#)

    Pasal bawang putih bawnag merah pun dibawa ke sini .. ha..ha..


  9. ktom (#)

    abdfatah, tks..


  10. chot (#)

    la xsangka aku..perkataan yg simple pun bole menyebabkan blog traffic ko dasyat bat..


  11. Bat (#)

    @Azraai: aku dah tengok, gelak kaw2 jugak..haha :)

    @Abdfatah: hehe..kucing pun jadi..Ala, sabar dan istiqamah ja bro, InsyaAllah nanti ramai yg datang..

    @MohdIsmail: lauk mat rempit? yg video 3gp tu ka? Aku dengar2 ja, tapi tak penah tengok sendiri.. ^__^

    @ktom: saya tengok dalam awstats kak.. :)

    @AzwanHadzree: haha..tu kategori hiburan bro.. :)

    @Chot: aah..lagipun ada faktor lain lagi, nanti aku kongsikan yek.. :)

    p/s: aku sekarang online di CC sahaja..tak sabar nak balik maktab..ohh..


  12. abdfatah (#)

    cc ok ke, guna browsar ke cc yang dikunjungi tu? browsar tu apa yang lebihnya? saya dah try guna tapi website saya jadi lain… tengok dalam ie lain, ff lain…

    lain macam jadinya… hihi


  13. Aldara for skin cancer. (#)

    Aldara….

    Aldara cream. Aldara to treat alopecia. Michael l. ramsey aldara hemmorhage. Aldara….


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen