Akismet - Penyelesaian Mudah Kepada Masalah Spam
Apa itu Akismet?
Akismet atau Automattic Kismet merupakan satu servis yang menghalang spam dalam bentuk komen atau ‘trackback’ di dalam blog anda dari dipaparkan. Akismet dibangunkan oleh Automattic Inc, syarikat dibelakang Wordpress, bbPress, dan Wordpress.Com.
Sehingga hari ini sahaja Akismet telah berjaya menghalang 1,291,294,012 spam dari mencemari blog-blog di internet. Disebabkan itu, saya telah membuat kesimpulan bahawa Akismet adalah jalan keluar kepada masalah ini. Kenapa?
Pertama - Akismet menggunakan pangkalan data setempat. Dalam kata lain, satu ‘database’ menempatkan semua maklumat berkaitan dengan spam.
Kedua - Akismet bertindak sebagai servis bukan sebuah plugin sebenarnya. Setiap kali komen dihantar di blog anda. Plugin atau API Akismet akan menyemak dengan pangkalan data Akismet sama ada spam atau ‘ham’ melalui HTTP Request.
Ketiga - Akismet adalah percuma kepada blogger (tidak termasuk problogger dan commercial). Oleh itu, penggunaan Akismet dapat diperluaskan dan banyak helah-helah spam dapat dikesan. Sekaligus, memantapkan pangkalan data spam tersebut.
Cadangan Saya
- Saya mengaharapkan pihak pembangun Akismet dapat mengadakan satu ruangan untuk para pengguna menyumbang maklumat-maklumat spam ke pangkalan data tersebut.
- Kedua mempelbagaikan format-format semakan spam dan ham ke format-format lain seperti JSON atau XML
Kata-Kata Akhir
Natijahnya, spam hari ini adalah musuh no satu internet. Saya mengharapkan ada pihak dapat membantu projek-projek seumpama ini atau mengadakan lagi servis-servis seperti ini, sekali gus mengurangkan kebergantungan ke atas Akismet sahaja.
Akismet adalah satu keperluan kepada para blogger bagi menepis serangan spam yang kiat meningkat ini.
Ingat sehingga hari ini sahaja 1,291,294,012 spam telah berjaya dihapuskan.
Artikel ini diambil dari ariff.azraai.

Fahmishah (#)
April 29th, 2007
sebagai pengguna wordpress..akismet dah cukup bagi aku sebagai SPAM Blocker
flisterz (#)
April 29th, 2007
aku x activate pn Akismet…and xde spam pn. haha blog aku x ckup femes untuk para spammers
novatech (#)
April 30th, 2007
aku guna akismet bleh sekat trackback punya spam je. time aku off sekejap je plugins spammer check ngan akismet sbb nak update wp.. pergh berpuloh spam masuk.
@flister : tak lama lagi konfem ko pun kena activekan.. tgk la haha!
myraffi (#)
April 30th, 2007
(Maizul, amok: aku tak pandai SEO ni.. kalau aku nak anjur, YANG INI SY SUKA DENGAR apa kata satu masa terluang kita ramai kan meja pengarah sarikat mengajurkan satu sistem yang lebih lama dari scam .kerana kesian tengok leder2 melayu terkontang2 kanting digunakan scam jadi sy susunkan leder,, bukan azman chin . tu je u org buat web ok .penganjur jutawan.raffi_raslan@yahoo,com
Badruzamani Bin Azmi (#)
April 30th, 2007
Saya tak guna Akismet. Saya aktifkan SPAM KARMA 2. Smartzul kata, ini antara yang terbagus untuk block spam. Setakat saya guna sekarang, agak payah spammer nak tinggal komen kat blog saya. Tapi, mereka cuba guna contact form pula kali ni yang dihantar ke emel pula.
Bat (#)
April 30th, 2007
@fahmishah: aku pun sama.
@flisterz: hehe, tak lama lagi ada la tuh..
@nova: Aku biarkan on ja sepanjang masa..cuma tu la, kadang-kadang ada jugak komen orang lain yg termasuk dalam perangkap spam..
@Badruzamani: Aha, saya selalu tengok ada setengah orang guna spam karma, sebab leh nampak kat footer..hehe..Nanti kalau dah teruk sangat kena spam, mungkin blog ni pun guna jugak..mungkin..
Azahari (#)
April 30th, 2007
Saya pakai contact form juga..so far rasanya macam takde je spam melalui contact form..mungkin sebab saya guna form tu ada soalan tu agaknya.. contohnya saya pakai 2+2=? kalau dulu saya pakai contact form takde soalan cepumas tu..
mEsoL (#)
April 30th, 2007
Azahari, soalan yang calc math tu kita pakai Captcha kalau tak silap. Correct me if i’m wrong.
Akismet aku tak reti nak configure apebende ntah pasal API. Guna SpamKarma jer.
azraai (#)
April 30th, 2007
@Badruzamani: spam karma hanya blcok HTTP Request dari robot sahaja. Kalau spammer seorang manusia. Spam tetap spam. Jadi jawapannya ialah Akismet kalau nak lawan manusia.