Arkib
Baru-baru ini seperti ada di antara kita sedia maklum, pihak Adobe telah pun melancarkan produk terbaru mereka iaitu Adobe CS4(Creative Suite 4). Ada 5 suite yang ditawarkan, iaitu:
1) Adobe CS4 Master Collection

Harga pengenalan ialah RM10,239. Antara suite yang termahal dalam barisan produk Adobe buat masa ini.
2) Adobe CS4 Design Premium

Khas untuk mereka yang berkecimpung dalam bidang grafik. Harga pengenalan ialah RM7,379.
3) Adobe CS4 Production Premium

Untuk mereka yang terlibat dalam bidang pembikinan video. Harganya ialah RM6,969.
4) Adobe CS4 Web Premium

Suite untuk pembangun laman web. Harga yang ditawarkan, RM6,969.
5) Adobe CS4 Web Standard

Harga suite ni aku belum dapat info lagi, tapi sepatutnya jauh lebih murah dari suite Web Premium.
Review penuh akan menyusul, itu pun kalau aku berjaya dapatkan versi beta untuk dicuba. Sama-samalah kita tunggu, ^_^
Sumber: Terima kasih kepada Anne dari PPM Technology Communications di atas info.
Entri sebelumnya « Jadual Perjalan PLUS
Komen dari rasso · September 26, 2008 @ 3:52 am
tak sabar nak test kat mac…
Komen dari Bat · September 26, 2008 @ 3:54 am
@Rasso: Cepatnya komen, huhu.. Aku tak pernah guna Mac, lambat lagi agaknya baru nak merasa, haha
Komen dari bird · September 26, 2008 @ 4:34 am
wow harga boleh kasi pengsan woo. tapi kalo orang keje design2 ni memang duit masyuk maka buleh la mereka membelinya. hamba yang orang kebanyakan ni guna CS2 je kat mac. tu pun nak kene upgrade coz CS2 still rosetta-based, maka lembab lah ia sesangat.
korek korek tabung raya…
Komen dari Bat · September 26, 2008 @ 4:59 am
@bird: Ya, harga memang tak bleh tahan, hehe..Tapi padanlah harga tu dengan fungsi yang adobe dah kasi.. =)
Komen dari arynet · September 26, 2008 @ 6:47 am
huh! mahainya harga dia.. tak mampu den.. tunggu bukak syarikat dulu la baru boleh beli.. haha..
Komen dari emptyspace · September 26, 2008 @ 11:30 am
tak sabanye aku nak tunggu magnitude keluarkan
Komen dari aman · September 26, 2008 @ 3:46 pm
mahal tul..huhu
Komen dari mk · September 26, 2008 @ 3:49 pm
RM 7000 lebih untuk satu sofware suite.. peh.. memang aku takkan beli untuk personal/freelance use
Komen dari bird · September 27, 2008 @ 2:53 am
@ Bat,
harga memang gila-gila.
mesti adobe bagi sekali majalah Gila Gila
Komen dari myadlan · September 27, 2008 @ 6:39 pm
pernah terbaca dah pasal release CS4 ni..
baru saja tahun lepas keluar CS3
tapi walau macam mana pun, pasti orang macam aku nk dapatkan yg pirate jugak.. huhu
Komen dari rastom · October 16, 2008 @ 5:08 pm
Cs3 pun belum habis khatam..huhuhu