Arkib

Sebelum penerangan mengenai direktori FreshAIRapps dicanangkan, kita lihat dahulu pengenalan mengenai apa itu Adobe AIR.

Pengenalan

Tahu adobe AIR? AIR itu sebenarnya merupakan akronim bagi Adobe Integrated Runtime. AIR merupakan aplikasi sokongan untuk membolehkan aplikasi yang dibangunkan dengan menggunakan AIR dijalankan di dalam komputer. Jadi, langkah pertama untuk menggunakan aplikasi yang dibangunkan untuk AIR ialah dengan memasang dahulu Adobe AIR. Setakat ini, pesaing adobe dalam bidang ini ialah Microsoft, iaitu dengan produk mereka, Silverlight.

Aplikasi untuk AIR boleh dibangunkan dengan menggunakan gabungan antara HTML,CSS, javascript, Flex(Framework untuk Flash), Flash dan juga PDF.

Apa yang menarik tentang AIR ialah, ianya merupakan aplikasi jenis hybrid iaitu aplikasi desktop + aplikasi web. Cross platform, boleh digunakan di dalam Windows, Mac OS dan kini, versi Alpha untuk Linux.

Baik, berrbalik pada topik asal kita


FreshAIRapps menghimpunkan aplikasi yang menarik untuk dicuba oleh para pengguna. Sebelum ni aku dah pernah cuba aplikasi Snitter, iaitu aplikasi untuk twitter. Tapi tadi aku baru jumpa aplikasi untuk GoogleReader versi AIR. Tapi banyak lagi yang aku rasa macam nak cuba. Lain kali agaknya, haha..

Menarik, sangat menarik walaupun teknologi ni tidaklah terlalu baru. Apa yang menjadikannya menarik ialah aplikasi yang dibangunkan itu seiring dengan kehendak pengguna.

Baik, mana lagi laman web yang himpunkan aplikasi AIR? Ada siapa yang tahu? ^_^

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh Bat

Laman web penulis : http://mohdhuzairy.blogspot.com/

Bat atau nama sebenarnya, Mohd Huzairy ialah seorang guru pelatih sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur. Tiada apa-apa yang menarik mengenai beliau, kecuali beliau suka tidur secara berlebihan dan kadang-kadang tidak tidur terus semalaman. Beliau merupakan ketua editor di infomalaya dot com.

Sudah ada 8 respon untuk entri “Adobe AIR dan FreshAIRapps.com”

  1. Komen dari Junaidix · May 13, 2008 @ 5:35 pm

    Nak develop applikasi guna AIR nih kena terror Ajax la jugek.. huhu..

  2. Komen dari tk2 · May 13, 2008 @ 6:00 pm

    pownce pakai AIR bukan?

  3. Komen dari melayubuntu · May 13, 2008 @ 7:23 pm

    aku dh cuba adobe air dlm linux…ermm… xbyk aplikasi lg..

  4. Komen dari flisterz · May 14, 2008 @ 12:19 am

    Bukan ke Silverlight tu adalah pesaing Flash? hmm x sure ah. heh
    pengalaman aku pakai AIR sejak beberapa kali pakai-buang ni kurang menarik ah. Maybe spec comp aku yg x seberapa. X pun sbb most of apps yg best-best masih Beta, so x stable. Tp AIR agak best sbb apps die cantik2. ehe.

  5. Pingback dari Muxtape + Air = Muxmaster + GhettoBlaster. | Asblogger.com | Malaysian Daily Tech Blog · May 14, 2008 @ 3:32 am

    [...] Penerangan lanjut tentang Adobe AIR boleh anda baca di laman Infomalaya. [...]

  6. Komen dari hayat · May 14, 2008 @ 10:35 am

    aku rasa pesaing air adalah google gears, bukan silverlight.

    bat suka mempromosikan snitter hehehe…

  7. Komen dari Bat · May 15, 2008 @ 7:46 am

    @Junaidix: aha, buat la satu, untuk MsjBox, ngehehe…

    @tk2: Yup, pownce versi desktop guna AIR.

    @melayubuntu: Owh, aku tak try lg dalam ubuntu. huhu..

    @Flisterz dan hayat: Err, alamak, aku baca aritu dia kata pesaing silverlight. huhu..nanti aku check balik..

    Owh, snitter best apa, lagipun aku ni ketagih bertweet, hehe

  8. Pingback dari Adobe Media Player | Downloads | InfoMalaya dot Com · June 24, 2008 @ 1:05 am

    [...] Joost, tapi mungkin lebih menarik kerana datang dari Adobe dan dah tentu, menggunakan teknologi Adobe AIR. Ada pelbagai rancangan menarik yang disediakan mengikut kategori dan genre(Lihat screenshot di [...]

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.


Pengumuman Terkini

Tema InfoMalaya dot com versi 10 tidak dapat digunakan lagi kerana terdapat banyak masalah teknikal. Hal ini sedang diuruskan oleh pihak kami, dan segala pemberitahuan akan diumumkan kelak. Sementara itu, sila semak halaman facebook kami untuk bersosial.


  • Log masuk


  • Pautan Komuniti (?)

    Lihat arkib pautan komuniti »