Pintasan ke kandungan utama

Hantar Pautan

Blog / Arkib / Saintis dakwa air Kola jejas tulang?

Saintis dakwa air Kola jejas tulang?

Coca-cola

Petikan dari Berita Harian:

LONDON: Satu kajian saintis Amerika Syarikat mendakwa minuman ringan kola boleh melemahkan tulang wanita dan menambahkan risiko mendapat osteoporosis atau reput tulang.

Kajian itu mendapati dengan hanya meminum empat tin minuman berkarbonat berkenaan terbukti boleh memberi kesan yang buruk.

Bagaimanapun, tulang lelaki yang menyertai kajian sama didapati tidak terjejas langsung akibat pengambilan minuman kola.

“Lebih banyak minuman kola yang diminum wanita, lebih berisiko keadaan tulang mereka,” kata Ketua penyelidik, Dr Katherine Tucker.

“Ini disebabkan lebih banyak minuman kola yang diminum wanita, lebih rendah kepadatan mineral dalam tulang mereka.

“Kami dapati masalah itu tidak berlaku di kalangan wanita yang mengambil minuman lain,” katanya.

Dr Tucker bagaimanapun menegaskan lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti sekiranya asid fosforik yang didapati dalam kola menjadi puncanya.

Persatuan Osteoporosis Kebangsaan berkata:

“Kadar asid fosforus yang berlebihan boleh mengurangkan kadar kepadatan tulang tetapi kami belum mengetahui punca sebenarnya.”

Seperti juga kebanyakan jenis minuman kola lain yang diketahui mengandungi jumlah gula yang banyak.

Minuman bergula misalnya boleh menyebabkan gigi reput serta peningkatan berat badan. – Agensi



10 respon untuk entri “Saintis dakwa air Kola jejas tulang?”

  1. CypherHackz (#)

    aku rase semua air berkarbonat tak sesuai untuk wanita la. wat sakit jek.


  2. al-Marbawi (#)

    Aku rasa la kan, lebih baik kita jangan minum air berkarbonat nih..
    Kembali lah kita minum air masak atau air suam. ternyata air sebeginilah lebih berkhasiat dan dapat menghilangkan dahaga…


  3. BlackSun (#)

    betul tu .. saya sokong benau pendapat mereka berdua .. tak elok la minum minuman berkabonat ni .. sebab bukan saje melemahkan tulang dan bjugak boleh mengundang penyakit kencing manis ,disebab kan kandungan gula dalam minuman tu terlalu tinggi ..


  4. info_malaya (#)

    Erm..tu la yang bagi pesanan..sebab raya dah nak dekat nih..jadi kurang-kurangkan la minum air bergas.. :-)


  5. org sbelah (#)

    bukan stakat air coke je kena kurangkan,
    tapi NESCAFE dan ROKOK juga mesti dikurangkan tau!!
    tak elok untuk kesihatan..

    P/S: Khas utk abg bat tersayang..


  6. al-Marbawi (#)

    Boleh ke, abg Bat kite ni nak tinggal kan nescafe dan rokoknye?? Kui Kui Kui..


  7. wak_WKN (#)

    sebenarnya, x berapa elok minum benda2 ni semua.. sebab tu skang byk generasi kita yg dok kat hospital.. tgk cam orang lm2, umo 60 lebih pun leh g menoreh lg.. lg pun, kola ni semua propaganda barat je ni.. jgn terpedaya dengan benda2 lagho ni.. ni semua dunia… hahahahaha


  8. Bat (#)

    wei..malam skit..ingat aku ni apa..nanti aku brenti la..sekarang ni pun dah slow skit..huhuhu.. :-(


  9. al-Marbawi (#)

    Eleh wak… lagho konon… dia yang terpengaruh ngan propaganda lagi la… jalan-jalan ngan awekkss.. blah la lu.. bluf’ing je…


  10. BlackSun (#)

    kes kes kes kes kes kes …


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen