Projek 10 to 100 oleh Google — Google sekali lagi telah menunjukkan yang mereka ingin menguasai dunia internet dengan mengajak sesiapa sahaja untuk menghantar idea kepada mereka. Ada banyak kategori untuk dipilih yang kesemuanya berdasarkan tema “Change The World”. 100 idea akan disenarai pendek, dan selepas itu hanya 20 yang akan dipilih berdasarkan jumlah undi tertinggi(Undian akan bermula pada 27 Januari 2009), dan seterusnya akan dinilai oleh para juri untuk menentukan 5 idea terpilih sebagai pemenang. Para pemenang akan mendapat dana yang telah diperuntukkan iaitu 10 juta USD(Mungkin akan dikongsi kepada 4 pemenang yang lain) untuk merealisasikan idea mereka. Tarikh tutup ialah 20 Oktober 2008.
Perisian percuma dari Microsoft — Kepada pengguna Windows, anda boleh bergembira kerana pihak Microsoft ada membuat ‘giveaway’ secara percuma untuk beberapa aplikasi mereka seperti Visual Studio 2008 Express Editions, DreamSpark, Expression Studio 2, dan pelbagai lagi perisian yang aku tak pernah dengar.
IntenseDebate dibeli oleh Automattic — Automattic, iaitu syarikat yang membuat Wordpress, dilaporkan telah membeli IntenseDebate iaitu sebuah aplikasi yang berasaskan komen pengguna seperti Disqus. Kemungkinan besar selepas ini pengguna Wordpress akan menikmati ruangan komen yang lebih meriah dan ceria sama seperti pembelian Gravatar suatu ketika dulu. Ehem!
Telefon bimbit yang menggunakan Google Android — Dikatakan bakal memberi saingan sengit kepada Apple iPhone 3G.
*Kredit: Terima kasih kepada saudara Awqi_zar dari Asblogger.com di atas info yang telah disalurkan. =)