Pintasan ke kandungan utama

Arkib untuk August, 2008

Salam Ramadhan

Sekarang sudah masuk 1(satu) Ramadhan. Bulan yang tidak boleh ditandingi dengan bulan yang lain kerana terdapat pelbagai kelebihan dan keistimewaan dan juga limpah rahmat serta keampunan daripada Allah.

Firman Allah dalam Surah Baqarah : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. ”  dan Sabda Rasulallah : “Apabila datangnya ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Sebagai Umat Islam, kita perlu mengambil peluang ini, kerana bulan selain Ramadhan, jika kita beribadat adalah untuk kita. Berlainan dengan bulan ramadhan, ianya untuk Allah. Sabda Rasulallah SAW : Maksudnya : Allah SWT telah berfirman : “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukku dan Akulah yang akan membalasnya.” (Muttufaqun ‘Alaihi). Alangkah istimewanya ibadah puasa kerana dinisbahkan secara khusus kepada Allah SWT.

Rasulallah SAW juga menyatakan bahawa orang-orang yang berpuasa mendapat kemuliaan disisi Allah Baca entri ini sampai habis »

Redesign

Salam merdeka ke-51 untuk seluruh rakyat Malaysia. =)

Di penghujung Ogos tahun ini, aku ada lihat banyak laman web/blog yang diberikan nafas baru dari segi rekabentuk dan fungsi. Ini di antaranya:

1) jQuery

Laman web ini tidak asing lagi pada para pembangun laman web yang menggunakan javascript. Rekabentuk yang menggunakan tema warna gelap, dan lebih web2.0(bak kata orang sekarang), dan didatangkan dengan logo yang baru.
Baca entri ini sampai habis »

ServerFreak Malaysia Web Hosting Merdeka Promotion at CypherHackz.Net

ServerFreak Malaysia Web Hosting Merdeka PromotionServerFreak ada membuat promosi untuk pakej shared hosting sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-51(Diskaun sebanyak 15%). Hanya perlu masukkan kod promosi: merdeka51 untuk mendapat diskaun ketika mendaftar.

OMG Posters!

OMG Posters! — Cantik, menarik, tertarik! Blog khas untuk penggemar poster dan print design. [Sumber dari Simplebits]

How to Think Digital


Sudah baca? Kalau belum, silalah muat turun dan baca. Sesuai dibaca oleh mereka yang berkecimpung dalam dunia internet. Dibawakan oleh Wunderman Network.

Sweetcron - Google Code

Sweetcron - Google CodeSweetcron sudah sedia untuk dimuat turun!. Sesi testdrive akan dimulakan dengan kadar segera.

23 koleksi Cheat Sheets untuk pembangun laman web

Cheat Sheets for Front-end Web Developers — SixRevisions ada membuat koleksi 23 cheat sheets untuk pembangun laman web. Sesuai untuk dicetak dan digantung di dinding. =)

Sweetcron - Bahagian ke-2

Ini video sinambungan dari entri sebelum ini. Kali ini, YongFook menunjukkan pula bagaimana rupanya panel penulisan di dalam Sweetcron. Dari apa yang dapat dilihat, perisian ini menggunakan Markdown, berbeza dengan Wordpress yang menggunakan TinyMCE.

Tak sabar pulak rasa nak cuba Sweetcron ni. =P

GUIMagnets - Prototyping made sticky

GUIMagnets — Produk inovatif untuk membuat prototaip aplikasi web. Mungkin aku boleh buat sendiri lepas ni, haha =P.

Flickr: The Unclutterer Workspaces Pool

Flickr: The Unclutterer Workspaces Pool — Boleh dijadikan inspirasi untuk mereka yang ingin mengubahsuai ruang kerja. =)

25 Must-Have Thumb Drive Apps for Geeks

25 Aplikasi berguna untuk pendrive anda — Dulu aku pernah tulis pasal aplikasi untuk pendrive, tapi itu dah lama. Sekarang dah banyak perisian lain yang lagi bagus. =)

Opentape

Opentape — Sukakan Muxtape(yang sekarang sedang mengalami masalah dengan RIAA)? Mungkin anda juga akan menyukai Opentape, iaitu perisian untuk membuat versi muxtape anda sendiri. Cuma perlu pasang di dalam web hosting sendiri dan masukkan lagu-lagu mp3 anda melalui FTP. Perisian ini adalah percuma dan sumber terbuka. Sila lihat contoh yang telah disediakan.

Free domain hosting! zonestraits.com

Free domain hosting! zonestraits.com — Servis subdomain percuma dari Malaysia. Antara domain yang sangat menarik ialah jiwang.my, opensource.my dan inter.net.my.[Sumber dari hardyw3b dan Arejae]

Sweetcron

YongFook akan melancarkan SweetCron tidak lama lagi. Untuk pengetahuan semua, Sweetcron ialah sebuah perisian blog automasi yang memuatkan segala aktiviti sosial bagi pengguna(Lifestream blog automated software).

Mungkin bakal memberikan saingan kepada Wordpress, siapa tahu. =)

Pelekat Hari Kemerdekaan ke-51 dari Negaraku.net

Serlahkan semangat kemerdekaan anda dengan memasang pelekat hari Kemerdekaan ke-51 dari Negaraku.net oleh NoktahHitam. Untuk contoh sila lihat di bawah penjuru kanan blog ini. Merdeka!

Halaman 1 daripada 3123»