Pintasan ke kandungan utama

Arkib untuk July, 2008

Design Baru Facebook!

Design ini akan live pada saat pertama 12 malam waktu Amerika Barat! Sementara itu screenshots.

Apa komen anda? Facebook semakin menjarak diri melalui dari laman-laman sosial lain terutamanya MySpace tetapi masih gagal menandingi keunggulan LinkedIn sebagai satu laman sosial “bertamadun”.

PIKOM PC Fair 2008

1 - 3 August 2008 11:00 am - 9:00 pm
KL Convention Centre, Kuala Lumpur
Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor
Central Square, Sungai Petani, Kedah
Dewan Sri Mentakab, Mentakab, Pahang

8 - 10 August 2008 11:00 am - 9:00 pm
Penang International Sports Arena, Penang
Mahkota Parade Melaka, Melaka
Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu, Sabah
Dewan Tun Hj Mustapha, Lahad Datu, Sabah

14 - 16 August 2008 11:00 am - 9:00 pm
KB Mall, Kota Bharu, Kelantan
Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu
Star Parade, Alor Star, Kedah

15 - 17 August 2008 11:00 am - 9:00 pm
Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang

Seagate Keluarkan Harddisk 1.5TB

Seagate telah mengumumkan pada hari ini - 10/07/2008, bahawa mereka telah mengeluarkan 3 harddisk baru. Harddisk 1.5TB adalah yang pertama didunia dikeluarkan untuk pengguna desktop, manakala dua lagi ialah harddisk separuh terabyte iaitu 500GB dicipta untuk komputer riba.

Seagate mengumumkan juga nama yang diberikan ‘Barracuda 7200.11′ sekali gus menaikkan nama seagate sebagai pengeluar harddisk dengan ruang simpanan terbesar dunia pernah dikeluarkan. Antara saingan lain adalah Hitachi dan Samsung, masing-masing dengan 1TB.

Seagate Barracuda 7200.11 hanya menggunakan empat ’platter ‘ untuk ruang simpanan 1.5TB itu dan menggunakan teknologi Perpendicular Magnetic Recording, PMR untuk keupayaan membaca.

Untuk maklumat lanjut boleh berkunjung ke laman rasmi Seagate.

Lagi RAPAT di Sinar Harian

Selasa, 8 Julai 2008

Sinar Harian sekali lagi menerbitkan gambar aktiviti RAPAT di akbar harian edisi Selangor/Kuala Lumpur mereka. Gambar yang diterbitkan adalah gambar secara beramai-ramai sebelum acara bowling dimulakan.

Klik ke Rapat.Msjbox.com untuk melihat artikel tersebut.

Google Melancarkan Dunia Maya

Google sekali lagi membuktikan kecenderungan mereka untuk menguasai dunia internet. Google baru sahaja melancarkan dunia maya yang diberi nama ‘Lively‘. Ini bertujuan untuk web sosial yang lebih dinamik.

Lively dikatakan seperti Google Talk - menyediakan ruang sembang dan juga kawalan kamera 3D dan suasana seperti laman secondlife. Spesifikasi yang diperlukan untuk menikmati Lively ini juga perlu kepada system terkini yang lebih baik serta menggunakan Windows XP atau Vista.

Pihak google menggabungkan Lively dengan aplikasi google sebelum ini seperti Youtube, Picasaweb, Google Gadget.

Jika anda ingin ber’chating’, bermesra, kongsi muzik dan lain-lain. Lively mungkin adalah yang terbaik. Namun Lively masih pada peringkat ‘beta’. Selamat Mencuba, jangan lupa untuk muat turun dan install aplikasi Lively.

Versi Baru Firefox Browser Dalam Perancangan

Mitch Wagner menulis di blog informationweek - Setelah beberapa minggu dikeluarkan untuk umum, kini pihak mozilla.org lebih kehadapan untuk mengeluarkan versi baru pelayar web Mozilla Firefox.

Pelayar web ini dinaik taraf untuk meningkatkan tahap keselamatan semasa melayari laman web tertentu. Pelayar web ini juga mendapat sambutan hangat ketika pertama kali dikeluarkan sehingga mencatat rekod dunia sebagai pelayar web tertinggi dimuat turun dalam tempoh 24 jam.

Mozilla Firefox juga dikatakan mempunyai masalah, antaranya masalah penggunaan memori yang tinggi. Banyak pungutan pendapat dan komen mengenai Mozilla Firefox di informationweek. Bagaimana pula dengan anda yang menggunakannya?

Kreativuse - Galeri Inspirasi


Satu lagi hasil kerja designer tempatan iaitu Flisterz. Laman web ini diwujudkan untuk mengumpulkan sumber grafik, hasil seni dan rekabentuk laman web yang kreatif kepada para pengunjung. Rekabentuk yang digunakan agak simple tapi elegan(Kebetulan aku pun suka design yang simple). Apa yang aku suka dengan laman web ni, ada banyak gambar dari tulisan =).

Kemungkinan besar kalau Flisterz memantapkan lagi isi kandungan Kreativuse dari masa ke semasa, mungkin akan dapat menyaingi nama-nama besar seperti Smashing Magazine.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kreativuse, bolehlah baca sendiri entri di blog Flisterz.

Yang melaporkan,
Bat

RAPAT di Sinar Harian

p/s: Cuba baca artikel Sinar Harian (070708 - Hari ini) tu.. ada tulis “InfoMalaya.com” :D hehe

Keputusan Penuh : Rapat.Msjbox.com

Art On Display


Galeri hasil kerja seni dan design yang diuruskan oleh saudara Syed Syahrul. Sekiranya ada di kalangan pembaca yang ingin menghantar hasil seni anda untuk dipaparkan di sana, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi pihak mereka.

Lawati Art On Display.

Muat turun Adobe Reader 9

Kini Adobe Reader 9 sudah sedia untuk dimuat turun. Sila berkunjung ke laman rasmi Adobe untuk mendapatkan perisian ini atau melihat dahulu fungsi terbaru untuk versi 9. Versi ini boleh didapati secara percuma, berbanding dengan versi berbayar(Adobe Acrobat 9 Pro Extended beta) yang telah direviu baru-baru ini.

Selamat mencuba. =)

Kredit: Anne dari PPM Technolgy.

Penaja Bersama: InfoMalaya.com

Kami selaku pihak penganjur ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Mohd Huzairy (a.k.a. Bat) yang juga selaku pengasas blog InfoMalaya.com kerana telah bertungkus-lumus untuk menyiapkan layout design untuk laman blog RAPAT (rapat.msjbox.com) ini. (Baca artikel penuh)

BarCamp Malaysia 2008


Eventbrite - BarCamp Malaysia 2008 — Cuma tinggal 30 tempat sahaja lagi untuk penyertaan BarCamp Malaysia 2008 pada 26/27 Julai ini. Kepada yang berminat, sila daftarkan diri anda sebelum terlambat. Sila layari laman web berkenaan untuk maklumat lanjut mengenai BarCamp.