Arkib untuk June, 2008

Servis memendekkan domain dari TL.MY

Servis percuma dari TL.MY ini membolehkan mana-mana blogger atau pemilik laman web menggunakan domain .my secara percuma. Tapi disebabkan percuma, cuma dapat .tl.my sajalah. Contohnya, http://infomalaya.blogspot.com, akan menjadi http://infomalaya.tl.my.

Selamat mencuba!

Berikan aku sesuatu untuk dibaca

Give Me Something To Read — Ingat lagi entri tentang Instapaper yang ditulis oleh Cik Iwani dulu? Kali ni Instapaper dah ada laman web yang memaparkan seleksi pautan popular yang telah ditanda(bookmark) oleh pengguna Instapaper sendiri. Sekarang aku dah ada satu lagi sumber untuk tengok apa-apa entri atau artikel menarik yang belum pernah dibaca. =)

Fyroo.Com - Youtube versi Malaysia?

Fyroo.Com - Malaysian Video Sharing Site! — Sebuah lagi laman web yang membawa konsep perkongsian video secara online atau youtube. Tapi apa yang pasti, kandungan video di sana berasal dari orang tempatan. Mungkin pihak Fyroo dot com dapat merekabentuk laman web mereka dengan lebih teratur untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Buat Video Online

Pernahkah anda terasa malas nak upload gambar satu persatu dan selepas itu kena buat slide show? Memperkenalkan Animoto.com

Tools ini sangat la sesuai untuk membuat video minimum 30 saat (Free) dan ikut suka panjang (kena bayar yuran tahunan).

Lagi senang kalau dah ada gambar kat flickr, picasa, photobucket. Klik untuk download saja dan selepas itu pilih lagu dan create. Semua animasi adalah automatik.

Contoh Video:
Msjbox Family Day 2008

Website: www.animoto.com

p/s: Bat, memang tak leh embed flash video kat sini eh? huhu.. terpaksa letak link saja.

Risalah Jumaat Institusi Usrah

Risalah Jumaat Institusi Usrah — Hasil dari Institusi Usrah Universiti MultiMedia. Kini sudah ada 17 jilid kesemuanya. Blog-blog jugak, tuhan jangan lupa beb(Pesanan kepada para pembaca dan diri aku sendiri).

Sumber dari blog Ikhwan Nazri.

Adobe Media Player

Mirip Joost, tapi mungkin lebih menarik kerana datang dari Adobe dan dah tentu, menggunakan teknologi Adobe AIR. Ada pelbagai rancangan menarik yang disediakan mengikut kategori dan genre(Lihat screenshot di bawah).

Untuk maklumat lanjut dan muat turun, boleh layari laman web Adobe.

Terima kasih Anne di atas info.

70 Weblog Paling Popular Di Malaysia 2008

syed syahrul zarizi: 70 Weblog Paling Popular Di Malaysia 2008 — Syed Syahrul mengeluarkan lagi senarai 70 weblog yang paling popular di Malaysia untuk tahun 2008. Infomalaya dot com dah sah-sah terkeluar dari senarai(kes ranking Alexa yang err, tak berapa best, haha), tapi turut dimasukkan senarai di bawah kategori bonus. Terima kasih Syed!

Microsoft Download Center

Microsoft kini sedang mencuba Microsoft Download Center versi beta yang menggunakan teknologi terbaru microsoft, silverlight. Nampak lebih menarik, kemas dan lebih ceria berbanding laman Microsoft Download Center versi lama. Semakin maju dunia sekarang.

Program mini untuk backup fail anda


Baik, kali ni aku nak kongsi cara-cara untuk buat program mini, untuk memudahkan kerja untuk buat backup fail-fail yang diingini. Khas untuk pengguna Windows. Ditulis dengan batch programming(guna extension .bat untuk fail program). Sangat mudah, tak sampai 3 minit kalau nak siapkan.

Cara-caranya:
1) Buka notepad.exe.

2) Salin kod dibawah dan letakkan dalam notepad:
xcopy "C:\Documents and Settings\huzairy\Desktop" "F:\backup_desktop" /D /E /C /R /H /I /K /Y
exit

* Nota penting: Bahagian "C:\Documents and Settings\huzairy\Desktop" adalah direktori yang ingin di’backup’, manakala bahagian “F:\backup_desktop” pula destinasi direktori backup akan diletakkan. Sila ubahsuai mengikut kehendak anda.

*Contoh kod yang telah dimasukkan.

3) Simpan sebagai backup.bat. Semasa save, sila gunakan opsyen Save as type dan pilih All Files, dan bukannya Text Documents. Untuk memudahkan pencarian, simpan di Desktop.

4) Dah siap! Untuk guna, hanya klik pada program mini berkenaan, dan proses backup akan dijalankan(Satu tetingkap MS-DOS/Command Prompt akan muncul, tapi akan hilang secara automatik selepas proses backup selesai).

Selamat mencuba. =) Sebarang pertanyaan amat dialu-alukan.

Review : Adobe Acrobat 9 Pro Extended beta


Alhamdulillah, baru-baru ni aku berpeluang untuk mencuba sendiri menggunakan perisian Adobe Acrobat 9 Pro Extended versi beta. Terima kasih kepada Anne, konsultan dari PPM Technolgy Communications di atas penyediaan CD installasi dan info berkaitan dengan produk ini.

Pengenalan.
Seperti yang kebanyakan kita sedia maklum, Adobe Acrobat selalu digunakan untuk menghasilkan fail yang berformat PDF, manakala Adobe Acrobat Reader pula digunakan untuk membaca fail PDF. Tapi untuk versi Pro, fungsinya agak mantap jika dibandingkan dengan versi percuma.
Baca entri ini sampai habis »

Dulu Amanz.net, kini Amanz.my

Aman firdaus, pemilik blog amanz.net kini telah menukar URL blognya ke amanz.my(Juga dengan tema baru hasil rekaan designer berbakat, Xeroxaven). Blog ini merupakan blog yang agak lama berada di persada blogosfera Malaysia, sebelum infomalaya dot com wujud lagi. Kepada mereka yang mengenali beliau, silalah menukar URL di halaman pautan masing-masing.

Backup OS Anda - Sekarang

backup

Waktu aku mula-mula belajar komputer tiga tahun yang lepas, satu perkara yang paling mengujakan (:p) pernah aku pelajari adalah cara-cara format komputer dan install Windows. Ya, ini benda paling asas yang semua pelajar komputer harus tahu. Dan pada masa itu, inilah jalan mudah bagi menyelesaikan semua masalah komputer. Rosak sikit, format. Kena virus, format. PC lembap, format.

Lama-kelamaan, rutin format komputer menjadi suatu yang membosankan. Sampai aku boleh hafal nombor siri bagi Windows XP (betul, tak tipu). Proses menunggu di hadapan skrin monitor, dan klik butang satu-persatu bukanlah suatu yang menyeronokkan. Walaupun aku boleh jadikan proses install Windows itu automatik, namun aku tetap perlu install driver, Microsoft Office, antivirus, Opera kesayangan aku, dan segala software lain secara manual. Leceh. Bosan. Renyah.

Kemudian, aku jumpa satu lagi perkara yang mengujakan – Norton Ghost. Dengan software ni, aku boleh buat backup kepada Windows. Ya, backup pada OS itu sendiri.

Baca entri ini sampai habis »

Jeroen Wijering Dot Com

Jeroen Wijering, nama seorang designer dan pengasas LongTail Video dan Bits on the Run. Tumpuan projek lebih kepada flash. Antara script yang di keluarkan FLV Player, WMV Player dan Image Rotator . Bits on the Run memaparkan video lebih berkualiti daripada Youtube? Saksikan demo Bits on the Run. Dan juga terdapat aplikasi menarik untuk anda muatkan diblog anda.

Opera 9.5

Opera 9.5 Telah Tiba » SembangKomputer.com — Review tentang Opera 9.5 di blog SembangKomputer. Mungkin sebagai respon mereka untuk Firefox 3 dari Mozilla.

48 Unique Ways To Use WordPress

48 Unique Ways To Use WordPress — Rupanya banyak perkara yang boleh dilakukan dengan Wordpress biar pun dulu aku sendiri yang memperkecilkan kebolehannya. =)

Halaman 1 daripada 212»