Pintasan ke kandungan utama

Arkib untuk May, 2008

Host Tracker

Jika anda hendak memastikan status server anda tu 100% uptime atau tak, sekarang anda boleh guna tools ini untuk monitor server tu. Host Tracker.com ni merupakan salah satu dari tools yang ada. Tapi yang rasa macam lagi simple. Boleh set time interval 15, 30, 45, 60 minit. Free saja.

Link: http://host-tracker.com/

Penangguh berstruktur?

Structured Procrastination— Penangguh selalunya dipandang serong oleh masyarakat. Tapi bagaimana dengan penangguh berstruktur? Kepada mereka yang rasa diri tu suka bertangguh(termasuk insan yang sedang menulis entri ni), digalakkan untuk membaca kandungan di laman web berkenaan.

Antara pelawat, pembaca dan pengomen

Maaf, tiada gambar untuk entri kali ini walaupun hakikatnya aku dah kurang mengepos gambar dalam entri, hehe. Baik, kali ni aku nak mengomel tentang satu entri yang tak berapa pendek yang dah lama aku nak tulis di infomalaya, tapi selalu terlupa nak tulis. Aku nak mengemukakan satu persoalan mengenai pelawat, pembaca dan pengomen. Sila lapangkan minda, dan jangan sempitkan pemikiran kerana kalau dibuat jugak, bakal mengundang perasaan marah dan kecil hati.
Baca entri ini sampai habis »

Down for everyone or just me?

Down for everyone or just me?— Aplikasi mini untuk mengetahui sama ada laman web yang ingin kita buka itu mengalami masalah server down atau pun sama ada talian internet kita sendiri yang bermasalah.

E-Majalah ubuntu versi pertama siap sedia untuk dimuat turun

*Sebahagian screenshot dari muka hadapan e-majalah ubuntu karya Zul melayubuntu

Tahniah aku ucapkan kepada Zul kerana berjaya menerbitkan sendiri e-majalah setebal 27 mukasurat tentang ubuntu linux dalam bahasa Malaysia. Boleh dikatakan kewujudan e-majalah ini sebagai satu titik permulaan dalam menjadikan ubuntu mendapat hati di tempat pengguna komputer di negara kita(jadi kuranglah sedikit isu penggunaan Windows XP versi lanun).

Baik, cepat pergi muat turun!

Terdapat 3 cara untuk memuat turun e-majalah ni, iaitu melalui savefile, Box.net, atau baca secara online. Lepas tu jangan lupa baca dan ucapkan terima kasih kat penulis :). Aku dah baca, dan dengan senang hatinya aku nak buat beberapa ulasan tentang e-majalah ni. Ehem ehem ^_^..
Baca entri ini sampai habis »

Internet Explorer versi solo

Internet Explorer 7 running side by side with IE6. (standalone) — Kini aku dah boleh guna kedua-dua versi Internet Explorer iaitu versi 6 dan 7 secara serentak. Amat berguna untuk memastikan laman web yang dibina dapat dilihat secara sama atau hampir sama. Baru aku tahu yang tema blog ni ada masalah dalam IE7, nanti aku betulkan tau.

[sumber: gHacks]

Akronim lagi~Bahagian ke-2

Ini merupakan entri lanjutan berkenaan penggunaan akronim di dalam entri. Alhamdulillah, sekarang nampaknya dah banyak blog mengaplikasikan penggunaan akronim dalam blog masing-masing, tahniah aku ucapkan!

Baik, kali ni, aku nak kongsi cara nak jadikan akronim tu lebih menyerlah dan bermakna. Contohnya, sila letakkan kursor masing-masing di atas perkataan di sebelah, DVD. Ada nampak simbol tanda soal, kan? Sebelum ni tak ada, sebab aku pun baru perasan hal ni. Kasihannya aku, huhu..Untuk pengguna wordpress yang guna tema Kubrick, cara ni dah tersedia secara default.

Cara-caranya:
1) Masukkan kod CSS di bawah ke dalam fail style.css tema masing-masing. Manakala untuk pengguna blogspot, sila masukkan ke dalam embed CSS halaman blogspot anda.
acronym
{
cursor:help;
}

2) Eh, dah siap! ^_^

Selamat mencuba.

Cari dan muat turun ebook bukan fiksyen

Free E-Book Index | Download Free Fiction, Programming, Marketing, Non-Fiction electronic publishing books — Encik Mazudi ada menyediakan laman web untuk mencari dan memuat turun ebook bercorak bukan-fiksyen(pengaturcaraan, pemasaran dan yang sewaktu dengannya).

HTML Characters Codes

Designers Toolbox: HTML Characters Codes — Sumber ini sangat berguna untuk dijadikan rujukan ketika ingin memasukkan simbol-simbol ‘pelik’ atau yang sesuai ke dalam entri atau laman web. Contohnya, », «, → dan macam-macam lagi. =)

EasyCapture - Perisian mengambil screenshot untuk blogger

Contoh screenshot yang diambil menggunakan perisian EasyCapture

Kepada blogger, rasanya selalu memasukkan gambar ke dalam entri masing-masing, kan? Tapi kebarangkalian untuk gambar tu diedit terlebih dahulu menggunakan perisian editor gambar adalah tinggi, berdasarkan pengalaman aku sendiri dan apa yang aku lihat pada kawan-kawan aku. Leceh kan nak kena resize, crop bahagian mana yang kita nak dari hasil screenshot(guna kekunci printscreen, hehe) dalam Adobe Photoshop, contohnya.

Ni aku nak kongsi satu perisian percuma yang boleh meringankan beban, menjimatkan masa, dan mengelakkan diri kita dari menggunakan perisian cetak rompak seperti Adobe Photoshop sekadar untuk crop gambar, haha. Perisian tu dinamakan EasyCapture. Dari nama perisian pun kita dah boleh agak yang menda alah ni senang nak guna, hehe..Jadi, disebabkan terlalu senang nak guna, aku malas nak bebel panjang-panjang kat sini. Boleh terus muat turun perisian tu, tapi untuk pengguna Windows sahaja. Dan sila pastikan PC masing-masing sudah dipasang dengan Microsoft .NET framework 2.0 terlebih dahulu.

Kemaskini
Persoalan sama ada perisian ni boleh dipasang dalam ubuntu Linux dengan menggunakan Wine, belum sudah dapat dipastikan. Perisian ini sudah dicuba dan berjaya digunakan di dalam ubuntu linux dengan pertolongan perisian sokongan The Wine(Terima kasih Encik MelayuBuntu). Encik Novatech pula mengatakan The GIMP boleh digunakan untuk mengambil screenshot. Ada di bahagian File>Acquire>Screenshot.

p/s: Aku rasa dulu pernah terbaca entri dalam blog tempatan tentang perisian ni, tapi aku dah terlupa sebab dah terlalu lama. Jadi kalau ada sesiapa yang tahu/pernah jumpa entri asal, sila maklumkan di ruangan komen supaya aku boleh letakkan kredit. Terima kasih.

Kredit pada saudara MK dari Sembang Komputer. Rupanya dari blog dia, huhu, pelupanya aku..Terima kasih Khairul!

Kemaskini - Beberapa perisian yang hampir serupa yang telah digunakan oleh segelintir pembaca:

Sekian dulu dari aku, salam…

Cheat sheets untuk pengguna Linux-Unix

Linux-Unix cheat sheets — Scott Klarr ada menghimpunkan koleksi cheat sheet untuk arahan linux/UNIX. Tapi err, sila jangan rambang mata sebab koleksi tu ‘ramai’ sangat, heh.

Profil warna dalam FireFox 3 beta

Dah cuba FireFox 3 beta? Kalau sudah, jangan lupa pula lupa untuk pasang addon profil warna untuk mendapatkan gambar/grafik yang lebih menarik(dari segi warna) dalam laman web. Boleh lihat contoh dan hasil penggunaannya di laman web Deb Richardson dan John Resig.

Halaman 2 daripada 2«12