WhatTheFont?
WhatTheFont : MyFonts — Servis percuma yang berguna untuk mencari jenis font yang kita tak tahu namanya, tapi kita cuma tahu rupanya. Cuma muat naik gambar font berkenaan dan sistem mereka akan memaparkan senarai/nama font yang dicari.
Bukan sekadar blog!
WhatTheFont : MyFonts — Servis percuma yang berguna untuk mencari jenis font yang kita tak tahu namanya, tapi kita cuma tahu rupanya. Cuma muat naik gambar font berkenaan dan sistem mereka akan memaparkan senarai/nama font yang dicari.
12 Tips for Improving Camera Phone Photos — 12 Tips untuk pengguna kamerafon (atau fonkamera?) mengambil gambar dengan lebih baik. Dengar katanya, telefon bimbit Sony Ericsson K800i dan K810i dapat menghasilkan gambar yang sangat elok dari segi kualiti, benarkah?
Markup Maker — Kepada pambangun laman web, mungkin tools ini dapat menjimatkan masa anda untuk menulis markup, dan kepada mereka yang masih baru, dapat mempelajari cara terbaik untuk menulis markup dengan melihat markup yang telah dihasilkan oleh tools ini.
MuxFind: Search for Muxtapes — Enjin carian lagu untuk Muxtape. Agak berguna sebab Muxtape tidak mempunyai fungsi carian.
Pengenalan
Alhamdulillah setelah hampir setahun lebih tidak mengeluarkan sebarang tema percuma, akhirnya aku dapat jugak memaksa diri aku untuk keluarkan tema baru untuk pengguna wordpress. Tema kali ni dinamakan Pelangi. Kalau ada tema lain yang nama Pelangi, aku minta maaf, tak sempat nak fikir nama yang sesuai dalam masa yang singkat. -_-
Untuk demo, boleh kunjungi blog peribadi aku. Kalau berminat untuk pakai, boleh muat turun secara percuma. Di bawah aku dah sediakan panduan untuk pengguna. Kalau ada yang tak cukup atau tak jelas, sila maklumkan.

Rasanya dah banyak laman web yang menyediakan servis untuk memendekkan URL yang panjang, contoh yang paling popular ialah TinyURL. Tapi, apa pun, kita lihat juga apa kelebihan NyumNyum yang mana telah dibangunkan oleh orang tempatan kita iaitu Encik Fazlee dari phixelcode.
Apa yang menarik?
Apa yang boleh diperbaiki?
Berikut merupakan contoh URL yang telah dipendekkan. Boleh klik untuk melihat kesannya, http://www.nyumnyum.com/_2729e881.
Selamat mencuba dan sokonglah produk buatan Malaysia. ^_^
Which Ads Network Do You Hate More? — Sila undi syarikat pengiklanan tempatan mana yang anda ‘benci’. Setakat ini, Advertlets menduduki tangga teratas.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sehubungan dengan pertandingan mencipta logo untuk acara RAPAT pada 6 Julai 2008, pihak penganjur ingin menjemput pembaca-pembaca serta komuniti infomalaya.com untuk mengundi logo kegemaran anda.
Struktur Keputusan Akhir Logo RAPAT:
50% - Undian
25% - Juri
25% - Officials
Senarai 13 logo terdapat di laman http://rapat.msjbox.com
Tarikh Tutup Undian: 27 Mei 2008
Sekian, terima kasih.
Google Doctype - Google Code — Ensiklopedia berkaitan pembangunan web oleh Google. Untuk menjadi rujukan pembangun laman web, yang juga ditulis oleh pembangun laman web. 100% sumber terbuka, 100% open content(Isi kandungan terbuka?) dan 100% boleh dikemaskini oleh sesiapa saja yang berminat untuk menyumbang.
Sumber — Blog Google Code
FontStruct | Build, Share, Download Fonts — Laman web yang menyediakan servis untuk membuat font sendiri. Juga boleh memuat turun hasil kerja ahli lain di sana. Menarik!