Design Workflow
Design Workflow-How top designers work their magic — Sesuai dibaca oleh para designer, khususnya pereka dan pembangun laman web. Ada temuramah dan sumber untuk membantu. Sangat digalakkan untuk dibaca. =)
Bukan sekadar blog!
InfoMalaya.com ialah sebuah blog yang menghimpunkan pelbagai info yang bercorak ilmiah dan menarik. Kenali siapa kami, rakan-rakan kami, dan juga apa yang telah ditulis oleh kami sebelum ini.
Arkib untuk April, 2008
Design Workflow-How top designers work their magic — Sesuai dibaca oleh para designer, khususnya pereka dan pembangun laman web. Ada temuramah dan sumber untuk membantu. Sangat digalakkan untuk dibaca. =)
Pembulian siber dan tips untuk mengatasinya — Artikel yang menarik dan sesuai dibaca oleh blogger dan pengguna internet. Aku suka ayat ni, “Cara membuli menggunakan siber adalah seperti ugutan, penyebaran perkara memalukan, dan juga ’stalking’ kepada si mangsa. Cara yang digunakan sekarang adalah amat popular kerana dengan penyebaran di internet, perkara memalukan tersebut akan tersebar dengan lebih meluas, cepat dan amat berkesan.“

Warga Msjbox akan mengadakan gathering sempena Msjbox 3rd Anniversary. Lokasi & waktu adalah seperti berikut:
Berikutan itu, kepada warga pembaca InfoMalaya yang berkelapangan masa, anda dijemput untuk memeriahkan suasana sambil berkenalan dengan bloger-blogger serta penulis buku dan chef sekalian atau mungkin celebriti.
Untuk maklumat lanjut dan senarai blogger yang dijangka hadir, sila lawati laman web kami di http://my.msjbox.com
Terima Kasih.
Beberapa bulan lalu sejak wabak Web2.0 mula merebak, tentu korang pernah dengar tentang, terserempak dengan atau terpaksa guna (sebab client suruh) starburst badges untuk menonjolkan style Web2.0 pada rekabentuk laman web korang. Jika kita membuat carian ’starburst’ atau ’startburst badge’ di Google, berlambak koleksi percuma untuk di muat turun, tak kurang juga tutorial yang mengajar cara untuk membuat badges ini. Hasilnya? Starburst badges telah mendominasi rekabentuk pelbagai jenis laman web seperti ini, ini, ini, argh.. dan juga ini!
Too much of something is bad! Aku rasa aku dah bosan tengok starburst badges ini sebab kadang-kadang penggunaan badges tu bagai tak kena pada tempat, semata-mata je nak ikut trend atau hype.
Jadi hari ini, kita ubah mood sikit, mari kita cuba gunakan Web2.0 Stickers - rupa dia macam menarik bagi aku, macam ala-ala badge yang kita jahit kat jeans atau bag sekolah!
Pautan ini ada menyediakan koleksi stickers ini dalam pelbagai warna dan rekabentuk, file format .png, .eps dan .ai pun disediakan.
Side note: Banyak pendapat dan idealism yang terbentuk dari jargon Web2.0 ini terutama dari segi design atau rekabentuk. Secara asasnya, design with Web2.0 flavour ini mempunyai ciri-ciri seperti yang tertulis dalam artikel ini
Bat pun pernah membuat entri pasal penjelasan Web2.0
Monolog diri: Tak sabar nak tunggu Web3.0 pulak, ape pulak design flavour dalam Web3.0 nanti.. pEnGgUnAaN fOnT sEbEGinI mUnGkiN! haha! anything yang di hype kan memang boleh jadi hip!! Cuba imagine kalau Kevin Rose announce kat Twitter dia harini ialah hari tYpE mAcAm iNi.. chis, mesti satu dunia akan follow.
Cita-cita aku selain menjadi seorang cikgu sekolah ialah menjadi seorang UI engineer iaitu mereka bentuk paparan pengguna untuk laman web. Jadi aku nak kongsi dua set Flickr yang aku rasa boleh membantu sesiapa yang berminat dalam bidang ni. Ada dua setakat ni iaitu dari Brian(Kredit kepada Pena Menari) dan Peter Morville. Harap dapat membantu. ^_^

Pernah dengar CSS Naked Day? Kalau tak pernah, 9 April yakni hari ini merupakan hari memperingati betapa pentingnya CSS dalam pembangunan web. Masuk tahun ni, dah 3 tahun acara ini dijalankan.
Setiap peserta dikehendaki membogelkan laman web/blog masing-masing dari CSS. Hasilnya, laman web berkenaan akan kelihatan togel dengan apa-apa style dan grafik(kecuali gambar yang dimasukkan dalam HTML atau entri). Boleh lihat contoh laman web peserta di sana.
Apa-apa pun, rasanya infomalaya dot com tidak menyertai acara ini pada tahun ini. Lagipun tema blog ni baru guna 3 hari, sayangnya nak biarkan dia togel, hehe..
Jadi, kepada yang berminat, bolehlah sertai mereka di sana dengan mengisi borang pendaftaran.

Screenshot dari laman web PitchFork.tv
Memperkenalkan PitchFork.tv, sebuah laman web video muzik yang bagi aku agak menarik dari segi:
Ada lagi laman web video muzik yang lain? Youtube dan Veoh jangan diambil kira sebab kandungan video di sana bercampur aduk. Sekian sari berita penting.
Cloud Computing Take 2 — Google baru sahaja melancarkan aplikasi pembangunan web dalam talian mereka yang dinamakan Google App Engine dalam usaha menyayingi apa yang sedang dilakukan oleh Amazon melalui Amazon Web Service. Pada peringkat BETA ini hanya aplikasi BigTable iaitu sistem pangkalan data seperti Amazon SimpleDB dan simpanan fail aplikasi sahaja disediakan. Fungsi seperti EC2 dan S3 masih belum dikeluarkan. Video demo dan dokumentasi rasmi. Satu lagi usaha untuk terus menguasai dunia.
Tajuk yang agak direct aku rasa. Untuk memulakan entri ini, biarkan aku bercerita tentang sebuah kisah benar yang telah berlaku:
Ahmad(bukan nama sebenar) sering melayari internet terutamanya blog. Pada satu hari, dia ternampak seorang blogger ini menggunakan perkataan LOL di dalam entrinya. Tanggapan Ahmad pada waktu itu, itu adalah cara sebutan perkataan itu, iaitu dengan mengeluarkan bunyi “lool” dari mulut, yang membawa maksud terkejut dalam nada gembira.
Hendak dijadikan cerita, ketika dia sedang berchatting dengan rakannya di YM, kawannya ada memberitahu yang dia(rakannya itu) telah menerima tawaran untuk menjadi creative director di sebuah studio. Ahmad yang ketika itu terkejut dan gembira telah menaip perkataan LOL secara spontan. Kawannya terasa hati dengan tindakan Ahmad kerana kawannya itu tahu maksud sebenar LOL (LOL = Laughing Out Loud). Ahmad terpinga-pinga bila rakannya menegur kebiadapannya. Kesian Ahmad. Dia sepatutnya mengambil langkah bijak dengan mengoogle dahulu perkataan LOL itu.

Kredit poster untuk baliomega dan Persetankan.com
Digital Foto Jeritan Jiwa bulan ini tampil dengan tema Flora, satu tema yang agak best dan seronok untuk dilihat. Tapi pastikan gambar-gambar anda menepati regulasi yang telah ditetapkan untuk memastikan kualiti terjamin.
[Sumber dari Omar Bahrin]
Instapaper - simple, smart and practical! - Masalah yang sering aku alami sewaktu surfing ialah browser aku akan jadi terlalu penuh dengan tabs sampai tak cukup ruang. Aku surfer jenis tengah baca artikel ni, kalau ada pautan yang menarik dalam artikel tu yang aku nak baca, aku akan bukak dalam tab baru. So you can imagine how cramped it would be from its chain reaction! Most of the time, aku takkan habis baca pun semua tab tu, nak terus close? sayang. I believe knowledge is hard to find, and setiap kali jumpa, kenalah simpan.
Aku fikir dulu Tumblr boleh selesaikan masalah aku tapi sekarang aku rasa Tumblr aku dah makin sesak dan makin susah aku nak cari nota tertentu. Haha!
Kepada sesiapa yang mengalami masalah sama macam aku, give Instapaper a try. Bagi aku, Instapaper sangat straight forward, intuitive dan sangat practical. Simple functions like “Skip and Mark Unread”, K.I.S.S UID and a cool bookmarlet called “Read Later” ensures usability and user experience at top notch.
Muxtape - Pita Kaset di Digitalkan — Satu cara mudah untuk menyebarkan atau berkongsi lagu. Teramat mudah. Seperti kat mohdismail, “mengembalikan nostalgia lama”. Apa lagi band-band bawah tanah dan indie. Kongsikan muxtape masing-masing di ruangan komen. Satu idea mudah yang disisihkan oleh pengaturcara kerana terlampau memikirkan idea-idea yang lebih ‘kool’ seperti MySpace Music mahupun AMP. Muxtape adalah buzz seterusnya selepas Twitter.
Nufflets: Advertlets or Nuffnang Exclusive? — Miki telah membangunkan sebuah aplikasi mini untuk menunjukkan sama ada kita patut menjadi ahli eksklusif Nuffnang Glitterati atau pun Advertlets Titan. Keputusan dikira berdasarkan pendapatan terakhir yang kita dapat dari kedua-dua syarikat pengiklanan tersebut(Kalau guna dua-dualah). ^_^
vektorika magazine: vector graphic design — Majalah berformat .PDF yang boleh dimuat turun secara percuma, memuatkan artwork mengikut tema untuk setiap versi. ‘Kadang-kadang’, aku pun minat vektor.
The Unofficial Web Applications List — Aku tak tahu kenapa dinamakan senarai tak rasmi. Mungkin sebab dah ada laman web rasmi yang kumpulkan aplikasi macam ni agaknya. Kebanyakan aplikasi guna Flash. Sesuai untuk mereka yang dah boring taktau nak buat apa depan PC. haha..