Pintasan → entri / sidebar / carian / Peta laman

Arkib untuk January, 2008


Musicovery.Com - Aggregator Muzik

musicovery.png
Terima kasih kepada Cik Bitter kerana rekomenkan laman web Musicovery.Com kepada aku. Khas untuk penggemar muzik, laman web ini sangatlah menarik dari segi konsep dan antaramukanya. Kita hanya perlu pilih genre muzik yang kita minat, pilih tahun bila lagu itu keluar, dan kita juga boleh pilih mood lagu tersebut. Aku setuju dengan Cik Bitter yang mengatakan laman web ini hanyalah aggregator semata-mata kerana lagu-lagu ini diambil dari laman web muzik yang lain seperti Ireans, dan beberapa laman web lain yang aku sendiri tak dapat kenal pasti.
Baca entri ini sampai habis »

SecretSaya.Com - Tak salah kan kalau berkongsi?

secretsaya.png
Memperkenalkan SecretSaya.Com, sebuah laman web khas untuk meringankan beban menanggung rahsia peribadi. Didatangkan dalam 3 pakej untuk berkongsi rahsia iaitu melalui Artwork(Hasil seni), suara(Audio) dan juga penulisan(Penceritaan). Tapi jangan risau, identiti peribadi adalah sulit. Jadi takda masalah kalau nak ceritakan tentang perasaan sayang kita kepada seseorang, cewah, hahaha…Yang menariknya, ahli lain boleh memberikan cadangan atau komen tentang apa yang kita kongsikan.
Baca entri ini sampai habis »

Lama tak nampak? Apa cerita?

infomalaya.png
Setelah sekian lama mendiamkan diri tanpa entri dan komen-komen di blog rakan-rakan, akhirnya hari ini aku muncul juga. Alasan yang aku boleh sebutkan, terpaksa meninggalkan komputer buat sementara waktu di kampung. Macam tak masuk akal, tapi kenyataannya, begitulah nampaknya. Penulis InfoMalaya yang lain pun ada komitmen dan perkara yang perlu diutamakan, jadi sebab tu mereka pun tak dapat nak menulis di sini.
Baca entri ini sampai habis »

Nothing But Net

JPMorgan - Nothing But Net

Laporan/Panduan tahunan untuk pelaburan internet 2008 oleh JPMorgan. Laporan setebal 312 muka surat ini memperinicikan pembangunan internet bagi tahun 2008 dan panduan tentang bentuk-bentuk perniagaan yang bakal muncul bagi tahun 2008.

Ramai penganalisa internet berpendapat 2008 adalah tahun yang akan ‘flat’ pembangunannya berikutan recession terhadap ekonomi Amerika Syarikat. Berikutan itu ramai ‘venture capital’ akan berhati-hati dalam menguruskan pelaburan masing-masing tetapi seperti biasa nama-nama besar seperti Google , Yahoo, dan Amazon akan terus menghasilkan keuntungan melalui pengiklanan.

Baca entri ini sampai habis »