Pintasan → entri / sidebar / carian / Peta laman

Arkib untuk November, 2007


Muat turun ikon bendera negeri-negeri di Malaysia

ikon_bendera_negeri.png

Assalamualaikum dan selamat hari Sabtu! Lama betul aku tak menulis kat sini kan? Minta maaf banyak-banyak, tak dapat dielakkan sebab aku sedang siapkan beberapa kerja-kerja terbengkalai. Justeru, terimalah set ikon Negeri v1.0 yang aku baru siapkan tadi, hehe.. ^_^ Ini versi pertama, jadi cuma ada 13 negeri sahaja buat masa ni, InsyaAllah bila aku ada masa lapang, aku tambah lagi.

Err, sila guna tanpa ragu-ragu, percuma ja, tak payah bayar sebab tak berapa susah nak dibuat. Dan, sila sebarkan set ikon ni, harap-harap dapat memanfaatkan orang lain, ok! Baca entri ini sampai habis »

Android, Telekomunikasi Masa Hadapan

Android

Yeah, tiada Gphone dari Google, sebaliknya Android. Mari kita kenali apa itu Android.

Open Handset Alliance

Android adalah satu ‘operating system’ untuk telefon pintar seperti Symbian yang dibangunkan oleh Open Handset Alliance, sebuah organisasi yang dianggotai lebih 30 gergasi telekomunikasi, teknologi maklumat dan pembuatan komputer. Baca entri ini sampai habis »

Links menarik untuk hari ini.

Antaramuka Ebay Malaysia sudah diperbaharui! - [Sumber dari EmptySpace]

Hari ini ialah hari terakhir untuk mengundi di 2007 Weblog Awards.

Ada apa dengan tagcloud? Lihat inovasi dan hasil kreatif developer dalam menghasilkan tagcloud.

Apple sedang membangunkan Tablet PC?

BlogOhBlog - Dijual pada USD10,000!

blogohblog.png
Berita yang agak menggemparkan, Bob iaitu pemilik blog BlogOhBlog telah berjaya menjual blognya pada harga 10 ribu USD di laman web SitePoint. Antara sebab-sebab beliau menjual blog tersebut ialah terpaksa memberi komitmen kepada tugas dan bisnes. BlogOhBlog merupakan antara blog yang popular di arena antarabangsa kerana menduduki tangga ke-44 senarai blog popular Technorati, dan juga mempunya Google PageRank 6.

Apa-apa pun, diharap Bob dapat meneruskan hobi beliau iaitu menghasilkan theme wordpress untuk blogger di masa hadapan. Theme-theme wordpress beliau berjaya menambat hati ribuan blogger di internet. Owh, selain itu, Bob juga merupakan pemilik blog Adooi.com dan juga galeri laman web CSS iaitu CSS Snap.

Tahniah Bob!

Bacaan lanjut:
BlogOhBlog
Tebaboom
RajaBlog.info
MohdIsmail dot com
Flisterz

Google Blog Search - Pencarian blog di alam semesta

blogsearch.png
“Tercari-cari rakan lama anda? Mungkin rakan anda sudah pun mempunyai blog, atau dia kini sudah bergelar problogger!”..

Huhu..Insiden di atas mungkin berlaku, sebab trend di Malaysia sekarang, boleh dikatakan ramai yang sudah mengetahui istilah ‘blogging‘. Encik Azhar Ahmad baru-baru ini mengatakan kepada aku yang Google Blog Search dapat memberikan carian yang agak memberangsangkan sekiranya kita ingin mencari blog seseorang(Dalam kes ini, beliau tercari-cari blog personal aku). Kesudahannya, beliau dibawa terus ke jurnal peribadi aku yang ditandakan sebagai “Related blogs“.

Kalau tak percaya, boleh cuba sendiri dengan menaip “Mohd Huzairy”, “Chot” atau pun “Rasso”. Hasil cariannya agak tepat, aku sebut ‘agak tepat’ sebab nama-nama di atas memang diketahui mempunyai blog. Jadi kalau nak cari orang lain, mungkin bergantung pada keadaan juga (kewujudan blog tersebut). Jadi marilah mencari dan meneroka blog-blog di alam semesta! Wuhuu!

p/s: Sekarang musim peperiksaan bagi yang bergelar pelajar di IPT(Termasuk la aku, huhu), justeru marilah kita berdoa agar mereka yang terlibat dapat menjalani peperiksaan dengan tenang. Amin..