OpenSocial, Respon Google Terhadap Jaringan Sosial

Esok, 1 November, Google akan melancarkan ‘application programming interface’ yang dinamakan OpenSocial. TechCrunch melaporkan OpenSocial ini dilancarkan untuk menyaingi Facebook yang baru sahaja menerima US$240M dari Microsoft tempoh hari. Tetapi pada pandagan saya ini adalah permulaan untuk Google menjadi champion dalam niche ini.
Mengapa? OpenSocial akan disertai oleh Orkut, jaringan social milik Google; Friendster, jaringan sosial pertama di Asia; Xing, jaringan sosial untuk perniagaan; Ning, aplikasi dimana anda boleh mencipta jaringan sosial sendiri; Plaxo, aplikasi dimana anda boleh memerhati jaringan-jaringan sosial yang lain; LinkedIn, jaringan sosial untuk professional, Newsgator dan Oracle. Kesemua ini akan bertindak sebagai host atau penyedia perkhidmatan. Manakala Slide, Flixster, iLike dan RockYou akan bertindak sebagai pembangun aplikasi rasmi OpenSocial.
OpenSocial ini akan menyatukan semua penggunaan API dalam satu markup language dalam kata lain setiap kali muncul aplikasi jaringan sosial, maka tidak perlu lagi membina API tambahan. Sebaliknya, terus menggunakan OpenSocial. Ini akan memudahkan para pembanguan aplikasi berasaskan web.
Tunggu sahaja apa kesudahan ‘peperangan’ ini.
# Gambar ihsan, TechCrunch.
# Link ke halaman OpenSocial hanya akan berfungsi pada 1 November 2007 mengikut masa Amerika Syarikat.







