
Assalamualaikum dan selamat malam aku ucapkan. Pertama sekali, minta maaf sebab hampir 3 hari menghilang. Aku kena pergi Batu Pahat, Johor. Ada lawatan industri mengenai food studies, subjek yang aku belajar semester ini. Namun, abaikan tentang itu, semua itu berkaitan dengan perkara peribadi, jadi kalau nak tahu lebih lanjut, boleh pergi jenguk blog peribadi aku di sana.
Antara perkara yang ingin aku sampaikan ialah :
Masalah aku untuk memberi komen di blog orang lain telah pun selesai. Semuanya gara-gara Akismet yang telah menyenarai hitam kan url www.infomalaya.com. Jadi aku telah pun buat sebuah blog mini di http://infomalaya.tumblr.com, demi membolehkan aku memberi komen di blog orang lain sambil mempromosikan InfoMalaya.com. (Mungkin akan guna domain infomalaya.net)
Berkaitan perkara pertama di atas, selepas ini, aku akan mengemaskini blog di tumblr dan juga di sini. Aku sedang berusaha merancakkan Projek Rangkaian Blog infomalaya yang sebelum ini agak terbiar. Jadi, semua entri yang terbaru dari blog-blog dalam rangkaian, dan juga penemuan/info/links yang menarik akan disumbatkan di sana(Sebab Tumblr tak ada fungsi komen). Di sini, cuma akan dimuatkan entri-entri yang agak komprehensif, bercorak tutorial, perbincangan dan juga review(Sebab Wordpress ada fungsi komen).
Bulan Ramadhan ini, InsyaAllah, ada perubahan besar dari segi rupa paras blog ini. Mungkin ada yang pernah terlihat theme baru tu, tapi sebenarnya ianya lebih dari itu. Jadi, harap bersabar.
InsyaAllah, setelah setahun blog ni wujud, aku akan menjual ruangan untuk iklan penaja di sini. Bukan aku ni tamak, walaupun di blog ni dah ada iklan Advertlets(Sampai sekarang aku check aku belum diproses Sudah diproses, tengahari tadi aku tengok status dah berubah dari unpaid ke sent), dan juga dulu ada Nuffnang(Masih juga tak terima check). Aku nak jual ruangan iklan atas sebab-sebab lumrah iaitu membayar duit hosting, dan juga duit untuk membeli ruangan iklan di blog orang lain. Gaji aku? Cukuplah dengan upah yang aku dapat dengan membuat laman web untuk orang lain(Walaupun jarang-jarang dapat tempahan).
Itu saja buat masa ini, InsyaAllah esok aku akan mula menulis kembali di sini. Sekian. ^_^