Pintasan → entri / sidebar / carian / Peta laman

Arkib untuk August, 2007


Wordpress Dalam Joomla?

Cpanel wp

Sudah lama tidak menulis di Infomalaya ni, sekarang arynet kembali memeriahkan suasana yang sudah meriah nih, mohon maaf kepada Bat. Pernah anda terfikir untuk menggunakan dua CMS (Content Management System) dengan menggunakan satu database dan admin yang sama ? ok, gambar diatas menunjukkan dashboard wordpress yang telah diinstall ke joomla. Fungsi antara muka juga serupa dengan wordpress sebenar.

Terdapat dua component atau wordpress untuk joomla ini, pertama JD-wordpress, ia mempunyai interface serupa dengan wordpress sebenar seperti mana yang digunakan di joomla.org, ary mendapati projek JD-wordpress telah berhenti, mungkin mereka tiada orang mahu membantu, anda mahu? tapi masih ada untuk didownload versi lama, hehe.

Keduanya ialah mojoBlog, merupakan projek terkini untuk wordpress dalam joomla ni, mojoBlog mempunyai kelebihan kerana dapat menerima plugin-plugin, theme, yang popular dan bekerjasama baik dengan joomla! untuk maklumat lanjut boleh la kunjungi ke joomlify.

Untuk sidebar pula, anda boleh download module joomla yang digunakan untuk JD-wordpress dan juga mojoBlog. untuk melihat contoh, anda boleh berkunjung ke JoomlaDotOrg.

Jika anda berminat, anda juga boleh import database wordpress ke joomla. Ini perlu sedikit pengubahsuaian kod database. Kepada yang pakar mungkin mudah. Kepada yang masih baru, insyaAllah akan ada tutorial lepas ni.

p/s : arynet peminat Joomla, Majulah Wordpress dan Joomla.

Kemaskini pantas #3

Aku sibuk ni, esok dah merdeka, ^_^ Sedang menyiapkan entri khas untuk merdeka esok. Namun, sila ambil berat berkenaan beberapa info di bawah :

Bob menganjurkan pertandingan “Hadiah untuk mu” di blog Adooi.com, hadiahnya sangat menarik, sebuah tema wordpress custom-made, sila bertandang ke sana untuk maklumat lanjut.

Hafreze juga menganjurkan pertandingan, kali ini hadiahnya ialah nama domain percuma! Pemurah betul dia kan? Sekali lagi, sila berkunjung ke sana untuk maklumat lanjut. Aku teringin nak join, cadang ‘kalau’ menang nak ambil domain www.mohdhuzairy.com, tapi selepas mendengar pendapat dari Shutterspeaks, aku rasakan yang aku lebih sinonim dengan nama Bat Infomalaya, jadi aku akan terus melekat dengan bat.infomalaya.com buat masa ini.

Tahniah kepada pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia di atas kemenangan ke atas Myammar semalam! Gol ke-3 sangat cantik, haha..

Aku ulangi, aku sibuk, dan sebagai ‘membayar’ kesibukan aku itu, bulan September ni, InsyaAllah blog ini akan bersalin kulit sekali lagi. Terima kasih kepada pemberi maklumbalas, tukang kritik dan tukang kutuk..Haha..Design dah siap, tinggal masa nak tulis kod sahaja. Kau, kau dan kau mungkin akan sukakannya atau pun sebaliknya..Tunggu saja!

Tag Rumpun 2007!

rumpun2.png

Maka tersebutlah kisah, Rumpun 2007 berakhir dengan gemilangnya. Namun, edisi Rumpun yang akan datang akan diperbaiki lagi kerana banyak lagi yang masih kurang, aku meminta maaf selaku pihak penganjur. Dari blog saudara AzharAhmad, aku mendapat tag Rumpun, sesuai dan tepat pada masanya untuk dijawab demi memastikan kelancaran Rumpun seterusnya. Mari kita lihat!

1. Apakah impresi awal anda sebaik sahaja melangkah masuk ke tingkat atas Restoran Pelita Nasi Kandar KLCC?

Aku terkejut, yang aku kenal pada masa tu ialah cuma Omar seorang..Hehe..Aku datang berteman dengan kawan aku, Razman.

2. Adakah suasana gathering seperti yang anda sangkakan sebelum ini?

Tidak, sebab gathering sebelum ni yang datang cuma 10 orang, hehe..

3. Peserta gathering manakah yang paling ketara kehadiran kepada anda?

Disebabkan aku pihak penganjur, jadi aku menantikan kedatangan semua orang dengan hati yang gembira!

4. Perkara / acara apakah yang paling anda berpuashati sepanjang gathering ini.

Keramahan para tetamu.

5. Apakah cadangan perubahan bagi memantapkan RUMPUN tahun hadapan?

Tempat yang lebih besar! Dan juga PA system.

6. Perkara yang hendak anda sumbangkan kepada RUMPUN untuk gathering akan datang?

Apa-apa sahaja asalkan mampu.

7. Adakah anda ada gambar-gambar menarik yang ditangkap sepanjang gathering? Tampal di sini atau tunjukkan kami fotoblog anda.

Aku haram tak ada kamera, jadi camna nak tunjuk..Haha..

Jadi kau, kau dan kau yang telah pergi ke Rumpun, sila jawab tag ini sama ada di blog masing-masing, ataupun di ruangan komen entri ini. Sekian dari aku, Assalamualaikum. ^_^

Rumpun 2007 berjalan lancar!

rumpun.png

Pertama sekali, minta maaf sebab lambat kemaskini pasal Rumpun 2007. Aku sakit kepala malam tadi, haha..Tentang gambar, aku sedang mengumpul gambar-gambar untuk dimuatkan ke dalam laman web rasmi Rumpun. Setakat ni, gambar-gambar yang ada tak berapa banyak, mungkin esok kita akan lihat gambar-gambar yang lain dari Chot, Shutterspeaks, Iejal dan beberapa blogger lain. Kalau ada yang nak hantar gambar untuk dimuatkan ke dalam galeri, boleh emelkan kepada aku di info_malaya[at]yahoo.com .

Gambar di atas ialah senarai kehadiran dari buku nota aku, ada yang tulis 2 kali dan ada juga blogger yang mungkin tak sedar tentang kewujudan buku nota aku itu..Haha..Akhir kata, aku meminta maaf sekiranya para hadirin mengalami apa-apa masalah sepanjang majlis kita berlangsung. Dan terima kasih aku ucapkan kepada pihak Adverlets, Josh Lim kerana sudi menaja perjumpaan kita. Kita tunggu Rumpun 2008 selepas ini, InsyaAllah.

*Aku sangat-sangat gembira apabila dapat bertemu kalian di sana. Semuanya sangat peramah dan manis-manis. ^_^

Beberapa entri tentang Rumpun 2007 :

Nazz
NoorizamShah
Hafreze
IcedNyior
Momochi Zabuza aka nazri
Advertlets
MohdIsmail
Vangardx
Mirakimura

Kemaskini terbaru:
Chot dah masukkan gambar dalam album flickrnya. Sama-sama kita menghabiskan bandwidth Chot..Haha..Jangan marah Chot..

Lagi baru!
Iejal sudah buka fotopages! Selepas menyerang Chot, apa kata kita serang pula fotopages Iejal, haha..

Rumpun 2007 - Sila ambil perhatian

Esok, hari yang dinanti-nantikan oleh semua blogger yang ingin bersua muka antara satu sama lain. Aku pun tak sabar sebenarnya untuk menunggu hari esok. Jadi, pesan aku kepada yang telah mendaftar, sila datang awal. Dan sekiranya mempunyai masalah seperti tidak tahu arah jalan dan sebagainya, boleh hubungi aku di talian 012-5360932. Aku akan menunggu di sana dengan penuh debaran dan sabar. Oh ya, kalau ada yang tidak pernah cam aku, sila kenalpasti lelaki yang berkulit hitam manis, memakai topi biru, dan tinggi dalam 174cm dan berjambang. Itu aku.

IcedNyior telah pun menulis tentang cara untuk ke tapak perjumpaan kita. Terima kasih aku ucapkan. Sila baca dan fahamkan untuk yang tidak pernah ke sana.

Naik Putra LRT sampai KLCC, pastu selepas keluar dari automatic gate (tempat cucuk card) belok kiri jalan melalui terowong tu, naik escalator atas lepas tu keluar naik tangga kiri. Jgn pegi straight menghala ke dlm KLCC dan kedai RotiBoy.

Bila dah kuar dari terowong tu, you akan nampak construction site kat sebelah kanan dan KLCC ada kat kanan tapi belakang skit. Kat seberang jalan (kat kiri) pula ada Lembaga Getah dan Avenue K (depan skit).

Jalan straight je lepas construction site tu you akan nampak bangunan yg ada kedai mamak, jalan straight gi. Pastu akan nampak pelita kat sebelah kanan.

Dan jangan lupa untuk membawa Jalur Gemilang. Itu penting untuk menyemarakkan bulan kemerdekaan kita. ^_^ Sekian, Jumpa esok, InsyaAllah.

Fenomena Tentang Azan

Video youtube ni aku ambik dari blog En Adi kita, rajin betul dia tolong tambahkan subtitle, terima kasih ya En Adi. Apa-apa pun, layan dulu video ni, dan fahamkan. Lepas ni harap tak ada lagi yang jadi macam kes Namewee tu.

Countdown Rumpun 2007 : 3 HARI lagi!

Upgraded to 2.2.2

Mintak maaf sebab tadi lama la jugak blog ni pengsan, hehe..Aku tengah upgrade wordpress tadi. Jadi dengan ini, blog ni dah pun di’upgrade’. Aku tengah bereksperimen dengan beberapa plugin yang aku rasa macam best seperti Ultimate Tag Warrior. Macam susah ja nak pasang. =_=

Rakan Media Rasmi InfoMalaya.Com

Seperti yang dijanjikan, kali ni aku nak menulis tentang beberapa laman web yang berkolaborasi dengan blog InfoMalaya ni. Sekadar ingin membuat hebahan dan menyatakan rasa terima kasih kepada mereka. Jom kita tengok!

demoplanettv.png

Demoplanet.tv, milik sebuah syarikat produksi di Malaysia. Teringat aku ketika mula-mula dihubungi oleh Abang Wantranz, waktu tu macam tak percaya apabila dipelawa berkolaborasi dengan mereka, sebabnya InfoMalaya waktu tu baru diwujudkan dan sangat kecil kalau dibandingkan dengan blog-blog lain. Terima kasih sebab percaya dan memberikan peluang kepada blog ni.

Fakta: Tahu Kaber Hero Kaber Zero? Itu semua di’shooting’ oleh team Demoplanet. ^_^

sirehandcengkeh.png

Sireh dan Cengkeh, dibangunkan oleh saudara Syed Syahrul Zarizi. Konsep yang diketengahkan ialah Web Zine yang memuatkan temuramah dan penemuan inovatif dunia web. Sangat di’rekemen’kan untuk dilawat.

Fakta: Temuramah bersama Timothy Tiah ( Pengarah Eksekutif Nuffnang ) juga ada di sana!

gengturbo.png

Gengturbo.org — Sebuah forum komuniti hantu kereta. Diwujudkan pada tahun 2003, jadi hampir 4 tahun sudah online. Ada kereta? Gila kereta? Boleh la pergi sana untuk berforum ^_^.

DriveProject.Net — Medan ’showcase’ kereta masing-masing. Juga ada bahagian untuk jualan kereta dan peralatan. Sesiapa yang ada kereta yang lawa-lawa mungkin boleh tunjuk belang di sana, haha…

Kedua-duanya dibangunkan oleh saudara Mohd Fazlee dari Phixelcode Systems merangkap abang kandung aku. Tapi aku tiada apa-apa syer di sana ya.

Baiklah, itu sahaja untuk hari ini. Lepas ni, InsyaAllah page Jaringan akan dikemaskini. Dan tinggal 4 HARI saja lagi sebelum Rumpun 2007 berlangsung. Jangan lupa daftar. ^_^

Projek Jaringan Info Malaya

Perhatian: Sesiapa yang link, www atau blog yang tersenarai dalam halaman Jaringan. Sila baca entri ini dengan teliti.

Pihak pengurusan Info Malaya akan mengemaskini halaman tersebut pada hari Rabu. Terdapat perubahan pada kategori link tersebut. Kategori akan disusun semula seperti berikut:

  • Teknologi - blog mengenai pembangunan teknologi di muka bumi ini. Perkataan/Tag berkaitan; Windows, Apple, Linux, Software, Reka Bentuk Kapal Terbang, Bill Gates.
  • Fotografi/Seni - blog mengenai seni dan yang berkaitan dengannya. Perkataan/Tag berkaitan; Artis, Muzik, Grunge, Kamera, Video, Sultan Muzaffar.
  • Perniagaan - blog mengenai perniagaan. Tak faham!. Perkataan/Tag berkaitan; saham, Dow Jones, BSKL, Sales Letter, Nor Mohammed Yackop. Tapisan akan dilakukan dalam kategori ini.
  • Pembangunan Web - blog mengenai pembangunan web. Perkataan/Tag berkaitan; Design, HTML, CSS, XML, PHP, REST, Usability, Accessibility, Kevin Rose.
  • Peribadi - blog berkaitan mitos kehidupan anda. Perkataan/Tag berkaitan; sekolah, kerjaya, tersayang.

Kami juga menerima pernyertaan baru ke halaman tersebut. Sila beri respon sebelum 12:00 Selasa ini di bahagian komen.

InfoMalaya Versi 4!

Alhamdulillah, proses redesign telah berjalan lancar, ^_^ Oh ya, biar aku huraikan beberapa perkara yang rasanya penting untuk diambil kisah oleh semua..

Theme baru! — Kini warna hijau tidak lagi menawan di hati aku..Hehe..Terima kasih kepada pegawai teknikal InfoMalaya, saudara Azraai di atas hasil usahanya menulis kod untuk theme ini. Buat pengguna IE, harap maaf, mungkin ada beberapa kecacatan yang dapat dilihat dengan jelas, aku belum habis lagi memperbaiki theme ini. Harap bersabar dan melaporkan kepada aku sekiranya ada apa-apa bug.

Gerakan Haluan Kiri Nuffnang — Aku rasakan ruang yang aku berikan kepada Nuffnang tidak berbaloi dengan apa yang aku dapat, bukan tidak mahu bersyukur, tapi rasanya ramai yang dah tahu kisahnya kan? Harap pihak Nuffnang dapat menawan kembali hati para bloggers yang telah terluka..Tolonglah…

Forum? — Dengan ini diumumkan bahawa Forum InfoMalaya ditutup secara rasminya. Aku menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada insan-insan yang telah mendaftar di sana. Selepas ini, InsyaAllah takkan ada lagi forum di InfoMalaya.

Rumpun 2007 — Kepada para bloggers Melayu dan atau yang berblog dalam Bahasa Melayu Malaysia, sila daftarkan diri anda di sana sekiranya ingin memeriahkan majlis. Datang jangan tak datang..Heh..

Kepada Editor InfoMalaya — Untuk gambar entri, sila guna lebar sebanyak 500px. Dan diharap dapat membalas komen-komen pembaca. ^_^ Dan kepada pembaca, sila komen dengan seikhlas hati dan telus..Jangan bimbang, bagi kami ‘readers always right’..Haha..

Tentang — Ruangan Tentang telah dikemaskini, sila lihat. Terima kasih sekali kepada Azraai.

Baik, ada apa-apa lagi yang aku tertinggal? Kalau ada sila maklumkan ek. :)

Selepas ini, entri berkenaan rakan media rasmi InfoMalaya akan menyusul…InsyaAllah.

Halaman 1 daripada 3123»