Pintasan → entri / sidebar / carian / Peta laman

Arkib untuk July, 2007


Motivasi ketika berBLOG - Perlukah?

motivasi.png

Motivasi – Elemen dalaman yang menyedarkan, mendorong atau mengekalkan sikap atau keadaan seseorang itu. (Translasi dari Woofolk, 1993, mukasurat 336).

Pernah tak terfikir semasa kita berblog, tatkala kita ketandusan idea atau lebih dikenali sebagai mental block, dan lepas tu, kita dapat bangun semula yakni kembali menulis seperti biasa ataupun lebih baik dari sebelumnya? Itulah motivasi sebenarnya, keadaan di mana kita bagaikan mendapat satu tenaga yang luarbiasa untuk menggerakkan tangan untuk menaip mengikut apa yang berada dalam akal fikiran kita demi melahirkan satu karya agung yakni entri untuk blog…Fuhh.. Baca entri ini sampai habis »

Populair.eu - Senarai links laman web yang segar!

populair.png

Populair.eu, laman web ni aku rasa sesuai untuk mereka yang dahagakan sumber info dan bacaan di dalam internet ni. Dan mungkin juga berguna kepada blogger yang tercari-cari sumber untuk dijadikan entri. Tapi jangan sampai jadi information overloaded, nanti terus tak jadi nak menulis…Hehe..

Tak dapat nak menulis panjang lebar kali ni, sebab tengah bersiap nak pergi Pangkor esok pagi, dan amat sedih sebab tak dapat nak meraikan ulangtahun pertama blog ni..Isk isk, berkenaan theme baru, dah 70% siap, dan sekiranya tiada aral melintang, InsyaAllah akan digunakan pada 1hb Ogos ni ^_^ walaupun aku takda masa tu. Dan kalau dah siap pun, tak bermakna 100% siap, realitinya mesti ada bug dan nak kena fix untuk IE.

Harap-harap trip sambil belajar aku masa kat Pangkor nanti, dapat la inspirasi, idea dan semangat untuk aku teruskan hobi blogging ni..Oh yeah! ^_^

Getting Real - Buku yang patut dibaca!

GettingReal

Nak tengok tak buku yang takda langsung gambar, tapi mengajar kita pasal cara nak membangunkan laman web, merangka pelan kerja dan pegurusan dalam pendekatan yang efektif? Buku Getting Real dari 37Signals dah membuktikannya. Sebenarnya 37Signals ni adalah sebuah syarikat yang membangunkan web apps, Ruby On Rails dan juga pencipta BaseCamp. Mereka menyenaraikan cara mereka berkerja dalam buku ni. Tapi, buku ni bukan saja sesuai oleh pembangun laman web, designer dan pengurus, TAPI usahawan, pekedai, budak universiti pun boleh baca, memang berbaloi wa cakap lu. Kalau tak percaya, pergi baca, kalau tak bermanfaat, datang sini pastu marah aku balik…Hehe..

Yang paling menarik, kita boleh baca buku ni dalam 3 cara. Pertama, beli buku ni dalam bentuk fizikal, kedua beli dalam bentuk e-book, dan yang ketiga, dan aku berani jamin, ramai yang akan pilih cara ni, iaitu baca secara online dan percuma! Pada pendapat aku la, syarikat ni tak rugi pun kalau bagi orang lain baca secara percuma, sebab realitinya, lepas aku baca, rasa macam nak beli ja buku tu. Sebab apa? Sebab berbaloi dan boleh bawak kemana-mana. ^_^

Oh, Azraai la yang rekemenkan buku ni kat aku, dan aku pun rasa nak rekemenkan buku ni kat hangpa semua. Rugi kalau tak baca, aku dah sampai chapter 9 dah, tak sempat nak abiskan, tunggu masa lapang baru layan balik. Ok geng, kalau rasa buku ni elok, sebar-sebarkanlah pada orang lain, ^_^ Baru la orang Malaysia bertambah maju!

Transcending CSS - Siri 7

Akhirnya, sampailah kita ke penghujung artikel Transcending CSS ni, lambat betul nak habis kan? ^_^ Dan, prinsip terakhirnya ialah berkongsi dan berkolaborasi pengetahuan kita tentang CSS dengan orang lain. Itu saja, nampak mudah tetapi membawa maksud yang mendalam. Walaupun CSS ni ramai yang tahu, tetapi penggunaannya boleh dipertingkatkan, dioptimakan dan digunakan secara lebih meluas lagi. Dan sampai sekarang, rasanya masih banyak teknik dan pendekatan yang masih belum diterokai di dalam CSS itu sendiri.

Pada pandangan aku, CSS dapat menjadikan kita kreatif ketika membangunkan sesebuah laman web. Kerana kita akan cuba menyelesaikan masalah (Problem solving; Istilah dalam programming), dan kita akan cuba selesaikan masalah tu dengan mengeluarkan atau mencari kaedah-kaedah yang berkesan dan kreatif. Dan, sekiranya kita berjaya memikirkan kaedah yang dapat menyelesaikan masalah kita tadi, jangan lupa kongsikan di dalam blog atau web. Sebabnya, mungkin teknik tu masih ada kekurangan, dan ini membolehkan programmer lain membantu kita untuk memantapkan lagi kaedah kita tu.

K alau pun kaedah kita tu benar-benar mantap, jangan simpan beb, kongsikan dengan orang lain yang memerlukan. Sebab benda ni ilmu, jadi ianya tidak akan luak langsung malah mendatangkan kebaikan kepada kita sendiri. Faham kan? Prinsip ni sama seperti Sumber Terbuka (Open Source).

Mengenai kolaborasi, erm.. Berlaku apabila lebih dari seorang programmer cuba menyelesaikan satu masalah untuk datang dengan kaedah yang mantap. Itulah kolaborasi. Setakat ni, aku cuma pernah membuat kolaborasi dengan Azraai dan Xero sahaja, dan yang menariknya, aku dapat belajar sesuatu yang baru dari mereka. Seronok kan? ^_^

Akhir sekali, aku ingin mengucapkan tahniah dan salam hormat aku kepada designer dan programmer, termasuk juga blogger yang aku kenal, yang sudi berkongsi dan membuat tutorial mengenai pembangunan web di blog mereka. Insan-insan tersebut ialah Flisterz, Novatech, ikram_zidane, Crynobone, Cypherhackz, Zeo, dan juga Bob. Ada di antara mereka yang sanggup mengedarkan theme Wordpress percuma kepada blogger lain. Bukan senang nak buat theme dari zero. Kalau ada sesiapa lagi, sila maklumkan pada aku, aku nak update list ni.

Jadi, sekian saja diskusi kita berkenaan Transcending CSS, dan aku pohon maaf sekiranya ada info yang bercanggah dengan mana-mana sumber, penulisan ni berdasarkan apa yang termaktub di dalam pengetahuan aku. Apa-apa pun, majulah pembangunan web untuk negara! Hehe.. ^_^

p/s: Nanti aku edarkan dalam bentuk PDF, tapi taktau bila nak buat, tunggu kerja surut dulu la..

Kekunci Pintas - Jadilah seorang PRO!

shortcut_keys

Kekunci pintas atau dalam bahasa inggerisnya, Shortcut key, aku rasa satu skill yang perlu sekiranya kita nak cepat, tak nak menggunakan mouse(Atau mouse rosak), atau pun nak tunjuk terer depan awek atau kawan.Heh..Kalau ikutkan aku, aplikasi yang aku selalu guna kekunci pintas ni ialah WindowsXP, Photoshop 7 dan Winamp. Selain daripada yang dinyatakan, aku main klik ja, sebab tak tahu dan tak pernah nak cari shortcut keys dia.

Tapi, baru-baru ni, Smashing Magazine ada membuat entri mengenai 200+ kekunci pintas untuk meningkatkan produktiviti. Ada beberapa aplikasi yang disenaraikan di sana. Tapi sayangnya, tiada kekunci pintas untuk Adobe Photoshop, huh. Tapi takpa, ni aku dah tolong carikan, jadi bolehlah muat turun di Morris-Photographics.com . ^_^

Kesilapan atau Gaya?

Salam Sejahtera, bertemu kembali kita pada hari ini, hari demi hari kita ditinggalkan. Sebelum Infomalaya bertukar wajah, ary nak tulis satu penulisan yang sememangnya kita tahu perkara ini. Ianya sebagai Gaya penulisan atau kesilapan?

Bagi ary, kalo bagi blogger ianya adalah satu kesilapan, sebab apa? opps! lupa pulak, apa benda yang nak disampaikan ini.

Ok, pernah tak anda semua tulis ayat seperti ini :

  • Untuk masuk ke blog saya sila klik disini.

Sedangkan anda boleh tulis begini :

  • Sila masuk ke blog saya.

Bayangkanlah kalo suatu hari nanti anda menjadi popular dan penulisan anda dibukukan. Jika orang terbaca, sila klik sini, ada patut beliau klik atas kertas? ^_^.

Kehilangan? Apa sebabnya?

AwanBiru

Seperti yang dijanjikan, kali ni aku nak menulis tentang mengapa aku dah macam tak ber’semangat’ nak menulis kat blog ni. Kadang-kadang aku dah macam biskut, sekejap ada, sekajap takda. Ironinya, ini turut berlaku pada para penulis InfoMalaya yang lain. Tapi aku tak salahkan mereka, mereka juga ada hal masing-masing yang perlu diutamakan. Dan sekiranya tiada sebarang kemaskini pada blog ini, individu yang perlu dipersalahkan ialah aku, bukan mereka.

Baca entri ini sampai habis »

Semua terkorban - Misteri kehilangan nuri terjawab

Pagi tadi, masa lepak di utusan online, baru dapat tahu yang semua mangsa pesawat nuri yang hilang tu dah terkorban…Innalillah..

Transcending CSS - Siri 6

MicroFormats

Okeh, sekarang dah hampir ke penghujung siri Transcending CSS, sekarang aku nak diskus pasal prinsip ke-6 iaitu, gunakan penamaan secara semantik dan gunakan microformats.

Semantik - Kajian mengenai maksud perkataan, jadi kalau di dalam web, kita panggil web semantik, yakni setiap penamaan id dan classes di dalam ID dan CSS adalah bermakna. Contohnya, untuk bahagian header blog ni, agak-agak kalau aku letakkan nama untuk ID header kepada #top, adakah ianya membawa apa-apa maksud? Mungkin bermakna, tapi ianya terlalu umum, kalau guna #header, memang sesuai, tapi macam dah terlalu biasa, jadi aku pun letak la nama dia kepada #branding, sebab tu membawa maksud jenama, logo, dan tagline infomalaya.

Microformats - Dibangunkan khas untuk melebarkan dan memberikan makna(semantik) yang lebih tepat lagi kepada markup xhtml kita. Aku sedang berkira-kira mahu menggunakan hAtom0.1(Salah satu elemen dalam microformats) untuk InfoMalaya v4. Antara web apps yang telah dikenalpasti oleh aku menggunakan microformats ialah twitter dan technorati.

Ok, cukup setakat tu, aku tak nak cerita panjang-panjang, perkara ni boleh dikatakan sebagai subjektif, sebab ada orang yang fikir, tak penting pun semantik ni, tapi bagi aku, penting la, sebab aku koder, jadi kalau aku memain letak nama, susah la aku nak cari balik atau kalau-kalau terlupa nama ID dan class tuh.

Selain tu, semantik dan microformat ni sangat-sangat membantu di dalam pembangunan web sekiranya kita berada di dalam kumpulan pembangun. Contohnya, 2 orang koder ditugaskan membuat sebuah laman web, di mana mereka berdua dikehendaki berkerjasama di dalam projek tersebut. Sekiranya mereka berdua tidak berkolaborasi atau main letak ja nama ID dan classes, tak ka haru biru dan pening kepala mereka apabila masing-masing nak membetulkan kod atau menambah fungsi? Jadi, kalau ID dan classes tu dinamakan dengan nama yang boleh difahami, atau menggunakan microformats, dah tentu makin senang kerja mereka kan?

Sebenarnya banyak lagi kebaikan menggunakan prinsip ni dalam pembangunan web, tapi itu dah berada di luar skop pemahaman aku, dan kalau ada sesiapa yang nak tambah atau komen, sangat-sangat dialukan, ^__^ Sekian dulu..

InfoMalaya Versi 4 bakal tiba!

infomalaya_versi4

Assalamualaikum semua, dah dekat 3 hari aku tak update entri baru kat blog ni. Tapi aku ada melawat blog-blog rakan dan yang berada dalam Google Reader aku. Banyak sungguh perkara yang berlaku dalam masa 3 hari ni. Itulah kuasa dan keupayaan internet dan bloggers. Nanti aku akan tulis entri berkenaan ‘kehilangan’ aku, sebab sekarang aku nak umumkan beberapa perkara yang teramatlah penting.

InfoMalaya versi 4?

Ya, gambar di atas merupakan header untuk tema selepas ini. Sudah siap dalam 60 peratus, hanya menunggu ilham dan masa sahaja untuk disiapkan. Kali ini, InfoMalaya bukan sahaja akan di’redesign’ tetapi akan turut di’align’. Saksikan saja agenda aku untuk blog ini. InsyaAllah aku akan bawakan beberapa pembaharuan. Ini salah satu sebab aku ‘hilang’.
Berkenaan CMS yang akan digunakan

Isu ni pernah dibangkitkan dulu, dan ianya sangat tegang sampai boleh putus urat tengkuk, hahaha…Sebelum tu, biar aku senaraikan kelebihan dan kekurangan CMS yang menjadi pilihan aku, dan aku akan dedahkan CMS mana yang akan aku pilih.
Baca entri ini sampai habis »

Halaman 1 daripada 3123»