
Mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai tajuk entri di atas, bukan? ^__^ Aku ingin berkongsi mengenai sesuatu hari ini.
Asah pisau untuk menajamkan pisau, kerana jika kerap digunakan untuk memotong, pisau yang tajam sekalipun akan tumpul juga akhirnya. Begitulah juga dengan akal dan kecekapan manusia, jika tidak diasah, sepandai atau segenius mana sekalipun, akan hilang dan lupa begitu saja..
Kadang-kadang kita lupa, aku pun selalu lupa, apa yang kita dah belajar hari ini, semalam dan hari-hari sebelumnya. Lupa kerana tidak mengamalkan, lupa kerana ambil mudah, lupa kerana fikir benda itu tak penting, lupa kerana fikir kita dah terlalu pandai mengenai perkara tersebut DAN LUPA KERANA TIDAK MENGASAH PENGETAHUAN.
Dan, kadangkala sikap kita yang kerap berpuas hati dengan sesuatu membuatkan kita kecil. Kecil kerana tidak mahu lagi meningkatkan lagi perkara itu ke tahap yang lebih tinggi. Bukan bermaksud tidak mahu bersyukur, bersyukur itu perlu. Cuma persoalannya di sini, adakah kita betul-betul berusaha membuat sesuatu dengan sepenuh hati? Adakah usaha kita ini sesuatu yang dapat membanggakan kita? Atau adakah pencapaian kita ini sekadar layak disebut jaguh kampung sahaja? Dunia ini luas, ramai lagi manusia yang inginkan kejayaan dan berusaha tanpa mengenal erti jemu. Dan bagaimana kau ingin bersaing dengan mereka? Carilah ilmu, amalkan, dan jangan lupa menyebarkan kepada orang yang memerlukan.
Bukan ingin dikatakan perfectionist, dan bukan juga ingin dikatakan terlebih rajin. Persetankan semuanya! Hanya kita saja tahu apa yang kita fikirkan dan inginkan untuk berjaya dan mencari ilmu. Asalkan jangan kita membuat sesuatu itu semata-mata untuk mendapat markah lebih, dipuji, dan dapat menyusahkan/menjatuhkan orang lain, sudahlah. Yang aku maksudkan di sini,perkara yang kita usahakan sendiri.
Tepuk dada, dan tanya diri masing-masing. Adakah aku dah mencuba dan berusaha bersungguh-sungguh atau aku hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja? Atau aku sekadar ingin menyiapkan sesuatu dan berfikir “Ah, asal siap sudahlah! Buat apa nak buat lebih-lebih!”..
Berbalik kepada topik asal kita, asahlah pemikiran kita wahai taulan, asahlah supaya tidak berkarat, supaya tidak luput, dan supaya ianya menjadi lebih tajam dari sebelumnya. Perihal insan ialah selalu terlupa, lupa itu nikmat sebenarnya, tetapi dalam konteks mencari ilmu, kita tidak boleh lupa. Dan jangan lupa mengucapkan syukur kerana itu adalah tanda kita berterima kasih kepadaNya.
Kalau hari ini kau menepuk dada dan berkata, “akulah yang paling hebat!” Ketahuilah bahawa ada orang lain lagi yang lebih hebat dari kau. Dan kau tetap akan berada di tahap itu sampai bila-bila. Tapi jika kau berkata,”Masih banyak lagi yang perlu aku pelajari!” Tahniah, kau memang hebat, kerana kau akan terus memperbaiki dan belajar dan tanpa kau sedari, kau sudah pun berada di puncak kejayaan. Itu saja yang dapat aku simpulkan. Sekian. ^__^
p/s: Selama aku ada bercuti 5 hari lepas, asyik tengok VCD ja..haha..Selain tu, banyak termenung, sebab dah nak masuk maktab minggu ni..^__^ Ops, sekarang InfoMalaya dah diletakkan di bawah Happy People Media Network. Apa tugas aku? Pembancuh kopi..haha..