Pintasan → entri / sidebar / carian / Peta laman

Arkib untuk June, 2007


Kemaskini hujung bulan Jun!

InfoMalaya

Wuhuu..Sibuk betul hujung minggu ni.. ^__^ Di sini aku ingin mengumumkan beberapa perkara iaitu :

  • Komentator paling banyak untuk bulan ini ialah saudara Harith, tahniah diucapkan.. =) Tapi aku amat menghargai lagi kepada sesiapa jua yang sudi memberi komen walaupun satu komen sahaja..Tanpa komen-komen kau semua, blog ini takkan menjadi.. =) Kepada Harith, sila emelkan kepada aku alamat, dan nyatakan sama ada sticker itu mahu warna hitam atau pun putih.
  • Yang keduanya, rasanya ada yang tahu infomalaya akan menggunakan ExpressionEngine tidak lama lagi, aku dalam tempoh mencuba EE di dalam PC aku, tampak elegan dan lebih senang dikendalikan berbanding WordPress..Hairan kan? Aku sendiri pun hairan..haha..
  • Mulai esok aku akan buang rel=”nofollow” di ruangan komen..Jadi enjin carian akan dapat mengindeks URL pengomen..Aku tidak guna plugin, tapi aku cuma buangkannya di dalam comments template. Jadi bermula esok, jangan segan-segan nak beri komen.. =)
  • Err..Ada sesiapa yang ingin menaja hadiah untuk komentator terbanyak bagi bulan Julai? Kalau ada, sila maklumkan pada aku!
  • Dan, aku juga dengan sukacita memaklumkan, sekiranya ada sesiapa yg ingin mencari penaja untuk komentator terbanyak di blog masing-masing, aku sudi menaja sticker custom made aku. Cuma sebagai balasan, satu banner infomalaya perlu dinaikkan di blog itu. Contoh sticker akan diletakkan di sini, setelah aku siap memotong sticker untuk saudara Harith..hehe..Ada yang sudi?

Itu saja dari aku, selamat berhujung minggu! ^__^

Pownce, Kevin Rose’s new baby

I love this guy, a lot! Ha ha. Bermula dengan Digg yang menjadi hits seluruh dunia hari ini, dan Revision3, Kevin Rose terus-terusan datang dengan idea yang menggila, kali ini dengan Pownce.

pownce.JPG

Jadi, apa sebenar’nya Pownce ini?

“Pownce is a way to send stuff to your friends. What kind of stuff? You can send just about anything: music, photos, messages, links, events, and more. You can do it all on our web site, or install our lightweight desktop software that lets you get out of the browser.”

Setakat ini menurut laman rasmi Pownce, terdapat empat jenis perkara asas yang boleh di’hantar menerusi Pownce; mesej, link, file & event.

Di’bawah adalah screenshot untuk profile Kevin Rose di Pownce, dan kenapa tidak kalian pergi ke’sana dan kata’kan Hello! kepada beliau.

pownce_kevin_rose.JPG

Idea, idea! Di’mana kau idea?!

Narakka.Org - Server DOTA(WarCraft III)

DOTA - WarCraft III

Entri ini ditulis atas permintaan rakan aku. Jadi tanpa berfikir panjang, aku pun setuju untuk menolong mereka memeriahkan lagi suasana di sana. Khas kepada para peminat DOTA(WarCraft III), ada sebuah server 24 jam, lokasinya di battle.narakka.org. Cara untuk turut serta ialah, pergi ke laman web berkenaan, pilih bahagian download, dan muat turun fail ‘Narakka pack 1.0‘ dan ‘Narakka Loader‘, lepas tu install macam biasa. Seterusnya boleh la login dan bermain secara online dengan pemain-pemain lain. :)

Mereka juga ada ruangan forum untuk berdiskusi sesama ahli. Terus terang aku katakan, aku tidak pernah lagi bermain permainan online seperti ini, seronokkah? Kalau seronok maklumkan kepada aku.. ^__^

Pertandingan 50 Tahun, 50 Wira oleh TheCicak.com!

TheCIcak.Com

Petikan dari laman web TheCicak.com :

theCICAK, sebuah e-majalah sosio-ekonomi Malaysia, sedang mencari 50 wira muda Malaysia sempena Hari Kemerdekaan ke-50 negara kita.

Para peserta perlu menangkap gambar dan menulis tentang seorang “wira negara” yang telah memerangi pelbagai dugaan untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang, ataupun seorang wira muda yang menyumbang secara unik kepada rakan-rakan, keluarga, masyarakat, ataupun negara. Tulislah tentang langkah-langkah yang telah diambil oleh wira anda dan masalah-masalah yang diatasinya untuk mencapai kejayaan. Ceritalah tentang hasrat beliau, suka-duka, matlamat hidup dan pengalaman wira anda bagi menyahihkan lagi karangan anda. Jangan lupa, gunakan kreativiti anda sepenuhnya!

50 cerita terbaik akan diterbitkan dalam sebuah buku. Hadiah bernilai RM5,000 akan dihadiahkan kepada pemenang!

Dulu aku pernah masuk pertandingan yang dianjurkan TheCicak.Com, WriteIt. Aku tak menang, tapi dapat la hadiah saguhati ja..Err..Jadi, ada sesiapa yang ingin menulis tentang aku? hahaha… ^__^

HowStuffWorks - Ingin tahu bagaimana sesuatu itu berfungsi?

HowStuffWorks

Ini ada satu lagi laman web killer yang aku rasa teramatlah berguna untuk dijadikan sumber rujukan. Mungkin ada yang lebih suka menggunakan wikipedia, aku pun suka, tapi bagi aku, laman web HowStuffWorks ini lebih spesifik kepada bagaimana sesuatu benda atau peralatan itu berfungsi.

Sebagai contoh, aku teringin untuk mengetahui bagaimanakah rupa dan perihal enjin Rotary yang digunakan oleh kereta RX-7 keluaran Mazda. Alhamdulillah, mereka tidak mengecewakan aku..hehe..Aku dah faham bagaimana enjin tersebut berfungsi dengan jayanya.. ^__^ Seronok betul..

Ingin mencuba? Aku tahu kau ingin bukan? hehe.. :)

Evolusi Produk Apple 1976-2007

apple_evolution_small.jpg

Klik untuk gambaran lebih besar, woot!

InfoMalaya akan berevolusi sedikit masa lagi..

Reset

Sepatutnya entri ni keluar semalam, tapi malam ni baru keluar..Alahai..huhu..Takpalah, masuk bulan Ogos ni, genap la setahun InfoMalaya bertapak sebagai blog..Dan, aku ada hadiah untuk para pembaca blog ini, iaitu InfoMalaya akan bertukar sepenuhnya..Bukan setakat theme saja, tapi kesuluruhan dari segi kategori(dalam kajian), konsep, dan mungkin juga tidak lagi menggunakan WordPress..Abis tu nak guna apa? Pihak R&D InfoMalaya sedang mengkaji untuk menggunakan ExpressionEngine untuk blog ini..Aku pun sedang ambil masa untuk belajar guna ExpressionEngine..Tapi jangan bimbang, ini cuma cadangan ya.. ^__^

Untuk apa ini semua? Semuanya untuk menggembirakan hati pembaca blog ini, itu saja, jadi di sini, aku ingin meminta pandangan dan komen berhubung perkara ini, berikan pendapat kau, kau dan kau..Aku mahu dengar, luahkan bagaimana kau ingin lihat blog ini dicorakkan! Anda mampu mengubahnya.. ^__^

PingDom - Untuk pemilik laman web!

PingDom.Com

Aku masih lagi mengkaji untuk mempercepatkan loading time untuk blog ini. Sebab apa?

  • Yang pertama supaya para pembaca aku tidak menyumpah-nyumpah jikalau blog ini lembab(sekiranya koneksi internet dalam keadaan baik)
  • Supaya menjimatkan bandwidth akaun hosting aku(Sebulan cuma 50Gig) Dan aku bercadang untuk meletakkan beberapa laman web lagi di dalam akaun aku.
  • Cukuplah dua alasan di atas.. =)

Baru-baru ini, aku ada terlihat satu servis yang menawarkan khidmat memeriksa fail-fail yang akan diload apabila pengunjung membuka blog atau laman web. Namanya Full Page Test dari PingDom, tapi jangan salah sangka, PingDom tidak menawarkan servis Full Page Test sahaja, banyak lagi servis mereka yang agak canggih.
Baca entri ini sampai habis »

80+ kaedah profesional untuk panggunaan Ajax

Peminat AJAX? Mungkin kau ingin lihat 80+ kaedah profesional untuk penggunaannya.

VeohTV - kembar Joost!

VeohTV

Kalau dulu aku pernah blog pasal Joost, ni dah ada servis baru oleh Veoh, iaitu VeohTV. Dan kali ni, setiap orang boleh dapat, tanpa menggunakan invitation lagi. Tapi apa-apa pun, aku dah bosan dengan servis-servis macam ni, mungkin sebab internet tak laju, aku banyak kerja yang nak dibuat, dan tak ada rancangan yang seronok untuk ditengok..haha.. ^__^

Sumber : Techrunch

Halaman 1 daripada 41234»